"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....




1 OKTOBER 2009 MASIHI....

MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

Madrasah Islamiah Bandar Kuching,
Tingkat 3, Lot 3 & 4,
Bangunan Baitulmal, Jalan Haji
Taha, 93400, Kuching,
Sarawak, Malaysia.


e - mail : islamiahmadrasah@yahoo.com

: madrasahislamiah@gmail.com

Tel: 082 - 250432

facebook: madrasahislamiah@gmail.com

twitter: www.twitter.com/mibk


Flixster: www.flixster.com/user/madrasahislamiah

Weblog Lama: www.madarasahislamiah.blogspot.com

www.bkpmik.blogspot.com

Weblog Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching:

www.badankebajikanpengawas.blogspot.com



Tuesday, March 23, 2010

Sekilas....


Sertai Kumpulan Maulid PERKEPIS

Juh ekot kamek orang sekali... kita imarahkan Majlis Zikrullah dan Selawat 'ala Rasulillah s.a.w.

Kepada sesiapa yang berminat atau berkemahiran di dalam nukuk bongo, main kerincing, niup flute, main gitar atau pandei main apa-apa jenis alat muzik, kitak orang amat dialu-alukan... Mun sik pandei pun sik hal, nok penting minat ada... PERKEPIS akan nulong kitak orang belajar...

Sesiaapa yang berminat, boleh tinggalkan pesanan (nama dan nombor perhubungan) di chatbox... PERKEPIS akan hubungi kitak orang segera...

MONDAY, MARCH 22, 2010

Usrah Wida


Usrah Wida Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak, PERKEPISberjalan lancar malam tadi, 5 Rabiul Akhir 1431H/ 21 Mac 2010bertempat di Seketariat ABIM/PERKEPIS di Gita dengan kehadiran ahli usrah berjumlah hampir-hampir mencecah 50 orang. Ramai yang bertanya, adakah ini usrah terakhir PERKEPIS? Secara umum, definasinya adalah begitu, namun di dalam konteks gunapakai dalam PERKEPIS, usrah wida adalah usrah penamat sesi 2009-2010 menjelang Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PERKEPIS yang bakal dilangsungkan pada 12 Rabiul Akhir 1431H /28 Mac 2010akan datang.

Selepas ucapan aluan daripada
Khairul Anwar Shazali (YDP PERKEPIS), pengisian utama usrah disampaikan oleh Ustaz Zamri Mohamad (Pengarah YADIM Zon Sarawak). Ustaz Zamri Mohamad berkongsi fikir dan rasa tentang hala tuju gerakan pelajar Islam di Sarawak. Sambil mengiktiraf PERKEPIS sebagai satu-satunya persatuan pelajar Islam yang berdaftar di Sarawak dengan usia perjuangannya hampir 15 tahun, Ustaz Zamri Mohamad menyeru agar generasi muda pada hari ini untuk kekal fokus dengan misi dan visi diri sebagai Muslim untuk umat dan agama Islam khususnya di Sarawak.


Antara muslimat yang hadir


Antara muslimin yang hadir




Ustaz Zamri Mohamad

Banyak yang telah PERKEPIS usahakan bagi menerus kesinambungan perjuangan Islam di kalangan belia dan mahasiswa Islam di Sarawak sepanjang sesi ini, namun banyak juga yang belum sempat PERKEPIS laksanakan. Ustaz Zamri Mohamad bertanyakan satu soalan untuk dijawab oleh generasi muda Islam hari ini,
APA YANG SEBENARNYA KITA MAHU?

Ustaz Zamri Mohamad turut berkongsi pengalaman di dalam perjuangan dakwah Islam di Sarawak. Dengan pengalaman beliau semasa memimpin Aangkatan Belia Islam Sarawak (ABIM) Sarawak selama 10 tahun, beliau
berharap agar perjuangan dakwah Islam ini akan terus kekal disambung oleh generasi demi generasi demi umat dan agama Islam di Sarawak khususnya. Sambil mengingatkan ahli-ahli usrah yang hadir pada malam tadi untuk bersungguh-sungguh di dalam pengajian agar memperoleh kejayaan yang cemerlang di dalam akademik, beliau turut memingatkan agar tidak diabaikan pembangunan diri di sudut-sudut lain.


Pengisisan usrah kemudiannya disusuli oleh pesanan daripada
Muhammed 'Afif Iskandar (TYDP PERKEPIS) kepada ahli-ahli usrah yang hadir agar kekal komited dan konsisten di dalam perjuangan dakwah Islam dalam wadah PERKEPIS-ABIM Sarawak-WADAH Sarawak. PERKEPIS hari ini adalah hasil generasi terdahulu. Tiba masanya untuk generasi PERKEPIS hari ini untuk mencipta sesuatu sebagai legasi perjuangan di masa mendatang.

Kalau bukan sekarang bila? Kalau bukan kita, siapa?

Berjasa Kepada Masyarakat

MONDAY, MARCH 15, 2010

Khusus untuk Calon-calon Menara Gading!

No comments:

Post a Comment