"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....




1 OKTOBER 2009 MASIHI....

MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

Madrasah Islamiah Bandar Kuching,
Tingkat 3, Lot 3 & 4,
Bangunan Baitulmal, Jalan Haji
Taha, 93400, Kuching,
Sarawak, Malaysia.


e - mail : islamiahmadrasah@yahoo.com

: madrasahislamiah@gmail.com

Tel: 082 - 250432

facebook: madrasahislamiah@gmail.com

twitter: www.twitter.com/mibk


Flixster: www.flixster.com/user/madrasahislamiah

Weblog Lama: www.madarasahislamiah.blogspot.com

www.bkpmik.blogspot.com

Weblog Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching:

www.badankebajikanpengawas.blogspot.com



Thursday, May 27, 2010

Kenang-kenangan Majlis Maulid Masjid Negara 2009 (Haul Syeikh Abdul Qadir Jailani)



Insya-Allah pada 15 Mei 2010 ini, Haul Syeikh Abdul Qadir Jailani* akan diadakan di Masjid Negara, bermula pukul 5.00 petang (selepas solat Asar). Majlis dianjurkan oleh sebuah syarikat Amanah al-Wariseen kendalian Syeikh Afeefudin. Majlis haul tersebut merupakan majlis ulangtahun memperingati seorang ulama sufi yang banyak berjasa kepada umat dan merupakan keturunan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Apakan daya, tahun ini sudah kembali ke tanah air. Hanya mampu mengenangkan saat-saat indah bersama-sama para alim ulama dari seluruh dunia; berkumpul berkongsi bersama masyarakat menyatakan rasa cinta kepada guru yang mendidik manusia kepada Allah.... Rasulullah Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Tuan Guru Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin berucap ketika majlis pada 2009

Marilah kita raikan, marilah kita datangi majlis yang penuh keberkatan ini. Terutama kepada anda yang hampir dengan Kuala Lumpur, usah lepaskan peluang ini. Janganlah dengan menuduh majlis ini dilingkungi dengan kesesatan. Sikap terlalu mudah membid'ah ataupun mengkafirkan orang lain adalah sikap yang berbahaya dan perlu dihindari. Datang dahulu, kemudian baru nilai. Datang dahulu, barulah nilai.



Coret-coret catatan kenang-kenangan boleh didapati di pautan ini:

Kenang-kenangan Majlis Maulid Masjid Negara (1)

Kenang-kenangan Majlis Maulid Masjid Negara (2)


Makluman lanjut mengenai program boleh didapati di laman Darul Jailani di pautan ini.


*NOTA: Syeikh Abdul Qadir Jailani merupakan seorang ulamak besar yang pernah hidup pada suatu masa dahulu. Susur galur beliau terjalin terus kepada baginda Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam melalui nasab Hassan bin Ali bin Abi Talib [1]. Beliau telah digelar sebagai sultanul auliya’ ataupun penghulu bagi para wali-wali. Beliau merupakan kesan langsung daripada tarbiah (pendidikan) pemikiran Imam al-Ghazali. Antara sumbangan besar beliau ialah secara langsung melahirkan satu generasi pilihan Allah, generasi Salahuddin al-Ayyubi yang bakal membebaskan Baitul Maqdis (Jurusalem) daripada cengkaman tentera Salib. Kesan perjuangan Imam al-Ghazzali serta munculnya Syeikh Abdul Qadir Jailani dan generasi Salahuddin telah dikaji dengan teliti oleh seorang ulamak, Dr. Majid Irsan Kailani [1]. Khabarnya beliau merupakan salah seorang daripada keturunan Syeikh Abdul Qadir Jailani.

[1] Dr. Majid Irsan Kailani, (2000). Kebangkitan generasi salahuddin dan kembalinya jurusalem ke pangkuan Islam. Thinkers Library: Gombak.

Tuesday, May 25, 2010

Sudah habis ujian dah!

Pelajar - pelajar di Madrasah Islamiah Bandar Kuching sekarang ini sedang bersedia untuk bercuti. Minggu terakhir bulan Mei ini, sudahpun habis pula Ujian Penggal Pertama untuk sekolah mereka. Mereka semua sedang sibuk juga dengan percutian - percutian yang akan dinikmati oleh mereka. Mereka semua berasa sangat gembira.



SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!







KEPADA PELAJAR - PELAJAR MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING, JANGAN LUPA DATANG KE MAJLIS PERKAHWINAN USTAZAH NOORMALA BTE AHMAD HATTA, DI KAMPUNG SEMERAH PADI, BERMULA PADA PUKUL 10.00 PAGI, IAITU PADA 30 MEI INI, HARI AHAD.

Sunday, May 9, 2010

MUSIM PEPERIKSAAN PENGGAL SUDAH BERMULA, BERSEDIALAH PELAJAR - PELAJAR MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.

MUSIM UJIAN SUDAH TIBA...........

Musim ujian sudahpun bermula sejak 3 Mei yang lalu. Pelajar - pelajar di Madrasah Islamiah Bandar Kuching(MIBK) sedang bertungkus lumus untuk mengulangkaji pelajaran - pelajaran yang akan mereka tempuhi pada waktu ujian kelak.


BERSEDIALAH MADRASAH ISLAMIAH!

TEMPUHILAH UJIAN PENGGAL INI DENGAN SABAR & TABAH!!!