"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....




1 OKTOBER 2009 MASIHI....

MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

Madrasah Islamiah Bandar Kuching,
Tingkat 3, Lot 3 & 4,
Bangunan Baitulmal, Jalan Haji
Taha, 93400, Kuching,
Sarawak, Malaysia.


e - mail : islamiahmadrasah@yahoo.com

: madrasahislamiah@gmail.com

Tel: 082 - 250432

facebook: madrasahislamiah@gmail.com

twitter: www.twitter.com/mibk


Flixster: www.flixster.com/user/madrasahislamiah

Weblog Lama: www.madarasahislamiah.blogspot.com

www.bkpmik.blogspot.com

Weblog Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching:

www.badankebajikanpengawas.blogspot.com



Tuesday, November 24, 2009

MESEJ DARI KETUA PELAJAR.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam bahagia dan salam sejahtera serta selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada anda semua khususnya warga Madrasah Islamiah Bandar Kuching(MIBK).

Terutama sekali saya ucapkan syukur kepada Allah subhanahu wa taala kerana dengan limpah kurnianya, kita sama - sama akan dapat meraikan Hari Raya Aidilahda, iaitu pada 27 November ini, iaitu Hari Jumaat.

Sedarlah rakan - rakan bahawa saya bukan saja - saja menulis mesej ini, serta bukannya suka - suka nak menulis mesej ini, tetapi ini adalah tugas saya sebagai seorang Ketua Pelajar untuk menyampaikan sebuah mesej ke weblog ini meskipun nama saya jarang muncul di dalam weblog ini.

Mesej ini adalah untuk menanyakan khabar berita kepada para pelajar - pelajar Madrasah Islamiah yang sedang bercuti pada akhir tahun 2009 ini.

Tidak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Haji, jadi raikanlah hari tersebut dengan penuh kesabaran dan kemenangan serta ketabahan.

Juga ucapan Takziah ditujukan kepada saudara Hj. Haziq Ahmad Zaki Al - Wasli, di mana jirannya dan jiran neneknya, yang juga sebahagian daripada keluarganya telah kembali ke Rahmatullah pada malam semalam, iaitu 24 November 2009.

Saya juga turut berasa sedih serta bersimpati atas musibah yang menimpa sahabat saya itu.

Walau apapun, saudara Haziq pernah bercakap dengan saya bahawa, walau apapun ujian yang melanda dia, tetapi dia pernah berjanji kepada saya untuk terus mempertahankan jawatan Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah sekiranya di tidak dipilih untuk bertanding jawatan Ketua Pelajar.

Namun begitu apa yang pasti, memang setiap manusia akan ditimpa musibah serta ujian - ujian daripada Allah Subhanahu Wa Taala, untuk menguji hamba - hambanya.

Mesej saya kepada rakan - rakan saya yang lain, saya mohon maaf sekiranya pernah terkasar bahasa kepada rakan taulan semua, tetapi ingatlah pesanan saya, selalulah beristiqamah, kerana tuhan akan nampak kita, tak kira di mana kita berada.

Salam maaf daripada saya, sekian........

Assalamualaikum...........




MOHD SUBRI BIN HJ RAFAI'E.

(Ketua Pelajar Madrasah Islamiah Bandar Kuching).




















Bahaya taklid dalam tauhid


umat islam hanya mentauhidkan Allah yang esa dan tidak menyembah makhluk lain.


APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma' wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.

Lantas mendatangkan hujah-hujah berbentuk taklid iaitu WAMY, ulama-ulama lain dan silibus-silibus beberapa buah universiti yang menyokong. Itu sebenarnya taklid.

Kadang-kadang didatangkan nukilan al-Baghdadi dalam al-Farq Baina al-Firaq berkaitan dengan tafsiran perkataan 'ahlussunnah' sebab mahu bergantung dengan ulama silam Ahlussunnah, namun ditiadakan syarahan bahawa Imam al-Baghdadi sebenarnya mensyarahkan tauhid Sifat di dalam kitab tersebut apabila beliau mensyarahkan firqah najiah (firqah yang selamat). Bahkan perkataan 'tauhid-tauhid sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara sifat-sifat 20.

Lihat bagaimana Imam al-Baghdadi mensyarahkan pandangan Ahlussunnah dalam mentauhidkan sifat Allah SWT: "Mereka ijmak bahawa tempat tidak meliputiNya (Allah SWT tidak bertempat) dan masa tidak mengikatnya, berbeza dengan firqah al-Hasyamiah dan al-Karamiah, yang mengatakan Allah memegang arasynya". (Lihat Al-Baghdadi, al-Farq Baina al-Firaq, hal.256).

Dalam isu tauhid, amat merbahaya kita bertaklid. Sepatutnya didatangkan nas-nas yang jelas berkaitan pembahagian tiga serangkai tersebut bersesuaian sekiranya kita bersarjanakan al-Quran dan sunnah.

Kalau berdoa selepas solat secara berjemaah yang tidak ditunjuk oleh hadis secara jelas pun dituduh bidaah dan sesat oleh sesetengah orang (walau berdoa disuruh dalam al-Quran dan sunnah), apatah lagi isu pokok dan besar seperti tauhid.

Apabila ditanya, mana dalil al-Quran dan sunnah apabila anda mengatakan penyembah berhala bertauhid dengan tauhid rububiah (tanpa tauhid uluhiyah)? Lantas akan dinyatakan kata-kata si polan dan polan mengatakan perkara ini dan di sokong pula dengan ulama-ulama ini dan ini.

Persoalan saya: Kenapa tidak ada sepatah pun ayat al-Quran dan hadis atau kata-kata ulama-ulama Salafussoleh (tiga kurun pertama) mengenai perkara ini?

Memang benar ada ayat yang bermaksud: Dan jika engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah; jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah SWT). (al-Zukhruf: 87).

Dalil ini digunakan untuk menunjuk- kan orang-orang Musyrik (penyembah berhala) beriman dengan iman rububiah. (Mohd. Naim Yasin, hal.11).

Namun kenapa tidak dicantumkan dengan ayat selepasnya? Dan (Allah mengetahui) ucapannya (Muhammad): Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman. (al-Zukhruf: 88).

Tidak pula al-Quran mahupun sunnah menyebut orang-orang Musyrik beriman dengan tauhid rububiah sahaja! Ini persoalan akidah, sepatutnya ada nasnya secara jelas.

Sebaliknya al-Quran mengatakan dengan jelas bahawa mereka bukan orang yang beriman. Bagaimana kita boleh mengubahnya mengatakan mereka beriman dengan tauhid rububiah? Mana dalilnya sebab ini persoalan akidah?

Ini adalah taklid. Kenapa kita membenarkan taklid dalam soalan akidah sebegini? Kita amat tidak adil apabila membenarkan taklid pada persoalan akidah sebegini.

Lantas kemungkinan saya pula ditanya: Apa dalil kamu dari al-Quran dan sunnah yang menyebabkan kamu mengkhususkan Sifat 20 untuk Allah SWT?

Maka saya berkata: "Bahawasanya Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan maha suci dari segala kekurangan. Sesungguhnya ketuhanannya melazimkan kesempurnaan mutlak secara khusus untuk ZatNya.

"Kemudian, kami memilih sifat-sifat terpenting daripada sifat-sifatNya yang maha sempurna dan kami menjelaskannya secara terperinci perkara-perkara dan keyakinan-keyakinan yang berkaitan dengannya (Lihat al-Buti, 1992, Kubra al-Yaqiniyat al-Kauniyyah, h108).

Adalah satu fitnah sekiranya kami dikatakan menghadkan sifat Allah SWT kepada 20 sahaja!

Saya mungkin ditanya lagi: Mana dalilnya dari al-Quran dan sunnah? Saya akan mengatakan bahawa semua sifat dua puluh itu ada dalilnya di dalam al-Quran dan sunnah. Kalau mahu diperincikan, boleh dilihat dalam semua buku yang mensyarahkan Sifat 20.

Saya ditanya lagi: Bukankan Sifat 20 itu susunan Muktazilah? Saya berkata: Sekiranya saudara membaca sejarah Islam silam, saudara akan memahami bahawa pada zaman Khalifah Abbasiah iaitu Ma'mun bin Harun ar Rasyid (198H-218H), al-M'tashim (218H-227H) dan al-Watsiq (227H-232H) adalah khalifah-khalifah penganut fahaman Muktazilah atau sekurang-kurangnya penyokong-penyokong yang utama dari golongan Muktazilah.

Dalam sejarah Islam, dinyatakan terjadinya apa yang dinamakan 'fitnah al-Quran itu makhluk' yang mengorbankan beribu-ribu ulama yang tidak sefaham dengan kaum Muktazilah.

Pada masa itu, Imam Abu Hassan al-Asy'ari muda remaja, dan belajar kepada seorang Sheikh Muktazilah, iaitu Muhammad Abdul Wahab al-Jabai (wafat 303H).

Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) melihat terdapat kesalahan besar kaum Muktazilah yang bertentangan dengan iktiqad (keyakinan) Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda, dan banyak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Lantas beliau tampil meninggalkan fahaman Muktazilah dan menongkah hujah-hujah kaum Muktazilah.

kefahaman masyarakat

Bermula dari itulah, Imam Abu Hassan al-Asy'ari melawan kaum Muktazilah dengan lidah dan tulisannya. Justeru, susunan tauhidnya bermula setelah dia berjuang menentang Muktazilah dan mengembalikan kefahaman masyarakat kepada al-Quran dan sunnah.

Di atas jalannya, ulama silam menelusuri, antaranya ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (wafat 365H), Imam Abu Ishaq al-Asfaraini (wafat 411H)., Imam al-Hafiz al-Baihaqi (wafat 458), Imam Haramain al-Juwaini (wafat 460H), Imam al-Qasim al-Qusyairi (wafat 465H), Imam al-Baqilani (wafat 403H), Imam al-Ghazali (wafat 505H), Imam Fakhrurazi (wafat 606H) dan Imam Izzuddin bin Abd Salam (wafat 660H). (Lihat Kiyai Sirajuddin Abbas (2008). Aqidah ahlussunnah wal Jamaah, h21-23).

Tidak pernah wujud pertelingkahan antara penghuraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari dan Imam al-Maturidi dengan pengikut-pengikut mazhab fiqh yang empat.

Kemudian saya mungkin diperlekeh kerana pengajian sifat 20 ini bentuknya kaku, lantas contoh sindirannya ialah: "Wujud maksud ada, lawannya tiada.... akhirnya semuanya tiada".

Saya katakan sememangnya cara perbahasan Sifat 20 kena diperbaharui dan diringkaskan.

Dalil-dalil al-Quran berkaitan sifat tersebut perlu lebih dipertekankan berbanding dengan dalil-dalil akal yang rumit-rumit yang mungkin zaman kita tidak memerlukannya.

Pada saya, mungkin penulisan seorang ulama Indonesia Kiai Sirajuddin Abbas bertajuk: Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah, boleh digunakan untuk memudahkan kefahaman pembaca. Buku ini masih banyak dijual di toko-toko buku di Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

Saya kemudian ditanya berkaitan dengan sahabat-sahabat saya yang mungkin belajar dan mengajar tauhid tiga serangkai ini?

Saya katakan pengalaman saya mendengar pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat saya yang mengajar tauhid pecah tiga ini, ada di kalangan mereka tidak ekstrem, tidak sampai mengkafirkan/mensyirikkan golongan yang tidak sependapat.

Contohnya bila memperkatakan tawassul dan menziarahi kubur, ada di kalangan mereka menerimanya tanpa mengkafirkannya atau menyesatkannya.

Demikian juga persoalan penafsiran ayat-ayat sifat, ada yang tidak menerima/ tidak taklid bulat-bulat kenyataan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan lebih kepada menyerahkan kepada Allah SWT. Mereka lebih suka merujuk terus ke Ibn Taymiyyah berbanding Sheikh Abd Wahhab.

Di kalangan mereka (mengikut cerita adik saya ketika dia belajar di Universiti Yarmuk, Jordan), pensyarah Aqidahnya mengatakan: Kamu orang-orang Malaysia, ramai mengikut Ahlu sunnah aliran Asyairah.

Namun, tauhid yang diajarkan ini mengikut susunan Ibn Taymiyah kerana menjadi silibus Universiti ini (pada masa itu). Terserah kepada kamu mengikut keyakinan Asyairah itu (tanpa beliau menyesatkannya).

Mereka menyedari ramai ulama silam (sama ada muhadithin, fuqaha' atau mufassirin) dari kurun ke tiga Hijrah berpegang kepada huraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333H).

Walaupun begitu, ada yang amat ekstrem dalam pegangannya sehinggakan menyesatkan imam-imam terdahulu yang berada dalam lingkungan ratusan tahun.

Semoga pembaca membuat pertimbangan dan terbuka berkaitan isu ini. Pada saya berpegang pada tauhid susunan dan huraian orang yang dekat dengan Rasulullah SAW (al-'ali) lebih selamat dari berpegang kepada tauhid orang terkemudian dan sekarang yang kelihatan cacar marba metodenya dan bertaklid dengan orang-orang baru (al-nazil).

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari kesesatan dan menganugerahkan kita jalan yang lurus.

Monday, November 23, 2009

Mesej daripada Mudirah Madrasah Islamiah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang melihat weblog Madrasah Islamiah ini, mudah – mudahan diberkati dan dirahmati oleh Allah Subhanahu Wa Taala.


Tidak lupa juga selawat dan salam dicurahkan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga serta para sahabat baginda, para tabii’n dan para tabik – tabii’n dan orang – orang yang mengikuti jejak langkah mereka semua.

Diucapkan tahniah setinggi – tinggi tahniah kepada Yang Di – Pertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak(PERKEPIS)Kharul Anwar Shazali, yang selamat melangsungkan perkahwinannya serta selamat diijab kabulkan pada 22 November yang lalu.

Minta maaflah kerana saya tidak dapat pergi untuk memeriahkan majlis tersebut, namun seorang daripada anak murid saya, iaitu Haziq Ahmad Zaki Al – Wasli sempat juga melawat rumah anda dan mewakili saya untuk ke majlis tersebut, walaupun dia datang ke rumah anda terlalu akhir.

Namun begitu juga, saya ucapkan setinggi – tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak(BPP – MIS), kerana sudi membuat sebuah program untuk kami, walaupun ianya hanya dibuat di dalam kawasan Bandaraya Kuching sahaja.

Terima kasih juga kepada pihak PERKEPIS kerana sanggup menjadi fasilitator di dalam program yang dianjurkan oleh jiran kami ini, demi untuk menjana kemajuan pelajar – pelajar di Madrasah islamiah ini.

Walaupun Madrasah Islamiah kini amat sederhana dari segi rupa bentuknya, tetapi Madrasah Islamiah inilah telah banyak melahirkan ulama – ulama Negeri Sarawak yang terkemuka, khususnya Allahyarham Ust. Awang Pon b. Awang Sebon.

Namu, saya tidak akan menulis panjang mesej saya ini, kerana kadang – kala saya tidak ada masa untuk melayari internet, walaupun internet dan computer ada di rumah saya, namun ianya adalah hak milik anak saya, bukannya saya yang punya.

Sebab itulah saya tidak ada masa untuk menulis panjang mesej ini, apatah lagi nak ‘update’ kan blog ini.

Tidak lupa juga, kepada sesiapa sahaja yang ingin mendekatkan diri mereka kepada Madrasah Islamiah ini, sila buka Facebook kami di islamiahmadrasah@yahoo.com atau madrasahislamiah@gmail.com .


Jangan lupa buka Flixster kami di www.flixster.com/user/islamiahmadrasah

Dan jangan lupa buka Twitter madrasah kami di www.twitter.com/mibk atau www.twitter.com/islamimadrasah

Itu sahaja yang mampu saya sampaikan, saya akhiri mesej saya ini dengan Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,

Assalamualaikum w.b.t.


YBhg. Datin Hjh Rohani bte. Hj Awi.


Mudirah Madrasah Islamiah Bandar Kuching.

Friday, November 20, 2009

Ucapan Ketua Biro Dakwah pada Majlis Akhir Tahun

SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI SEMUA

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim,

Alhamdulillahirobbil a’lamin, Wassola tu Wassala mu a’la ashrafil anbiya iwal mursalin, Sayyidina Wa Maulana Muhammad, Wa a’la alihi, Wasohbihi, Wattabiin, Wattabik – tabiinalahul Ihsani Ila Yaumid diin.

Alhamdulillah, segala puji – pujian hanya bagi Allah Subhanahu Wa Taala, tidak lupa juga selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam serta keluarga, Para Sahabat, Tabiin, Tabik – Tabiin serta orang – orang yang mengikuti jejak langkah mereka semua.









Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam sejahtera dan salam bahagia saya ucapkan kepada anda semua, bahawa saya, Hj. Haziq Ahmad Zaki bin Mohammad Zulkipli, akan mewakili Ketua Pelajar Madrasah Islamiah, Mohd. Subri b. Hj. Rafai’e dan pelajar – pelajar semua untuk menyampaikan amanat akhir tahun ini.











Saya bukannya nak bermain – main ataupun ingin bergurau senda dengan anda di hadapan semua, tetapi saya ingin memberi mesej yang anda jarang – jarang sekali dengar.

Saya akan mulakan ceramah saya di hadapan anda semua tentang prestasi pelajar – pelajar dan pengawas – pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching(MIBK).

Saya, selaku Ketua Biro Dakwah sesi 2009 hingga 2010, telah melihat bahwa semakin hari semakin ramai pelajar – pelajar Madrasah Islamiah yang kurang ambil perhatian tentang biro – biro yang telah diselaraskan untuk memajukan Madrasah Islamiah, terutama sekali Biro Dakwah.

Semasa saya berada di sini sejak tahun 2002 lagi, saya melihat Biro Dakwah amat diambil perhatian, ini kerana kerjasama, kekentalan serta ketabahan mereka di dalam aspek untuk menghidupkan Biro Dakwah.

Biro Dakwah dinaik taraf sebagai Biro paling terbaik diantara biro – biro yang lainnya pada tahu 2003, ini kerana dengan adanya majlis – majlis yang ada kaitannya dengan biro tersebut, berjalan dengan lancar.



















Saya menjadi semakin suka dan minat pada Biro Dakwah, dan pada tahun 2004, saya dilantik oleh Ketua Biro Dakwah pada masa itu, Mohd. Redzuan Abdullah sebagai ahli biro tersebut.

Saya juga melihat sendiri, bahwa Biro Dakwah mempunyai perkembangan yang tinggi berbanding biro – biro yang lain pada zaman itu, sehinggalah pada tahun 2007, Ketua Biro Dakwah pada masa itu, Mohd. Nurul Haq bin Abdul Rahim terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Biro yang sementara sahaja, berikutan dengan adanya krisis dalaman yang dihadapi oleh biro mereka pada masa itu.

Saya akui kewujudan krisis tersebut,sehinggakan krisis kepimpinan berlaku pada tahun itu juga.









Namun, dengan kebijaksanaan Mudirah Madrasah Islamiah, Datin Hjh. Rohani Hj. Awi, telah merombak semula jawatankuasa pengawas tersebut dan turut sama menyelesaikan krisis kepimpinan itu.









Dan pada masa itulah, saya dilantik sebagai Ketua Biro Dakwah bagi sesi 2007 hingga 2008, namun sebelum saya memegang jawatan Ketua Biro Dakwah pada masa itu, saya memegang jawatan sebagai Ketua Kelab Bahasa Arab.

Dalam pada masa yang sama, saya dan rakan – rakan pengawas dan biro – biro yang lain turut membantu dalam menyelesaikan krisis kepimpinan tersebut.








Ketua Pelajar pada masa itu, Mohd. Fikri bin Sazali turut membantu saya dalam menyelesaikan krisis di dalam Biro Dakwah pula.

Alhamdulillah, krisis kepimpinan telahpun berakhir pada Bulan Ogos 2008, yang pada masa itu juga bermulalah tugas saya sebagai Ketua Biro Dakwah penuh.

Pada tahun 2008, setelah Ketua Pelajar baru dilantik iaitu Musa Hasli, menggantikan Mohd. Fikri Sazali pada masa itu, saya diturunkan pangkat sebagai Naib Ketua Biro Dakwah sebagai pengajaran pada masa itu dan pada masa itu juga, sahabat karib saya Mohd. Harith Danial bin Sapawi dilantik sebagai ketua saya pada masa itu.








Namun, saya tetap teruskan tugas saya sebagai Naib Ketua Biro Dakwah sesi 2008 – 2009.

Saya tabah menghadapi dugaan, dan pada masa itulah, Biro Dakwah tidak lagi dipedulikan dan menjadi sebuah biro yang paling merudum.

Saya amat kesal dengan prestasi Biro Dakwah pada masa itu, dan saya juga meminta agar rakan karib saya bersama – sama








menyelesaikan krisis pada masa itu.

Namun, krisis tetap belum berakhir, tetapi krisis itu tidak seteruk tahu 2007.



Krisis dalaman Brio Dakwah pada tahun 2008 juga tidak melibatkan jawatankuasa pengawas pada masa itu.

Ini kerana pada masa itu, Biro Dakwah kurang diambil perhatian oleh pelajar – pelajar.

Biro Dakwah terus – menerus meneruskan Majlis Khitobah serta Majlis Fardhu Ain setiap kali pada hari Jumaat selang – seli dua minggu.







Namun, amat sedikit sekali pelajar ke hadapan, bahkan ada yang tidak mahu dan ada juga yang enggan ke hadapan.









Mereka enggan ke hadapan atas alasan tidak ingin untuk menyampaikan khitobah, mengaji, membaca doa penutup mahupun menjadi pengerusi majlis.

Tekanan semakin kuat pada Biro Dakwah pada masa itu hinggakan kami terpaksa menundakan beberapa – beberapa majlis yang disebutkan tadi, sehinggakan ada satu hari bahawa, sebuah perhimpunan itu tidak ada seorang pun yang membaca khitobah, mengaji Al – Quran, membaca doa mahupun, menjadi pengerusi majlis.

Saya sendiri berasa hairan, kenapa ada segelintir pelajar – pelajar enggan ke hadapan, hanya kerana MALU!

Bahkan ada juga mereka tidak mahu hadir ke sekolah, bahkan ada juga yang sanggup balik awal dan ponteng sekolah demi tidak mahu menghadirkan diri di dalam majlis – majlis yang disebutkan tadi.

Apalah salahnya kita sekali – sekala untuk ke hadapan, bercakap, mengaji Al – Quran, menjadi pengerusi majlis, mahupun membaca doa.

Dan pada tahun 2008 itu jugalah, saya meminta kepada Guru Penasihat Biro Dakwah, Al – Fadhil Ustaz Habbib Mustafa bin Ali Al – Haddad agar mengadakan satu mesyuarat luar biasa untuk Biro Dakwah pada msa itu.

“Tidak ada pilihan lain, kecuali dengan mengadakan mesyuarat tersebut”, kata saya kepada Ketua Biro Dakwah, iaitu Harith.

Harith tidak terlalu berfikir panjang pada masa itu, tetapi dia enggan mengadakan mesyuarat pada hari itu.

Saya sendiri terpaksa mendesak bahawa agar mesyuarat tersebut mesti diadakan walaupun agak lewat dan agak sekejap masanya.

Saya laporkan perbuatan Harith ini kepada Ustazah Rohani, kerana dia enggan mengadakan mesyuarat.

Dengan bantuan Ustazah Rohani dan Ust Habbib Mustafa, akhirnya Harith setuju untuk mengadakan mesyuarat dan ianya disahkan oleh oleh Ustazah Rohani bahawa, pihak Biro Dakwah telah mengadakan satu mesyuarat luar biasa.

Kelulusan daripada Ustazah Rohani itu diletakkan di dalam fail Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching(BKPMIBK), sebagai menandakan bahawa Biro Dakwah telah mengadakan satu mesyuarat yang tidak dijangka – jangkakan pada tahu 2008 yang lalu.

Dengan adanya mesyuarat tersebut, Biro Dakwah akhirnya berjaya menyelesaikan krisis dalaman yang ada pada mereka apabila perhatian pada biro tersebut diambil semula.

Akhirnya, semakin hari semakin ramai orang meminati Biro Dakwah yang dahulunya pernah diboikot oleh pelajar – pelajar Madrasah Islamiah itu sendiri.






Buktinya adalah semakin ramai pelajar – pelajar Madrasah Islamiah yang berani ke hadapan untuk berceramah dan menyampaikan khitobah, membaca Al – Quran serta membaca doa di khalayak ramai.

Mereka semakin berani untuk ke hadapan untuk berucap, Alhamdulillah.

Dan pada tahun ini, iaitu 2009, saya telah dilantik semula menjadi Ketua Biro Dakwah oleh Majlis Syura BKPMIBK buat penggal ke – 2, saya sekali lagi untuk mencuba nasib di dalam menyelesaikan masalah pelajar yang tidak suka berani untuk berucap di hadapan semua pelajar.

Inilah misi utama saya pada masa itu, dan pada masa itu juga, saya berazam untuk meletakkan Biro Dakwah sebagai biro terbaik pada tahu 2009.

Impian saya tercapai apabila Ustazah Rohani mengisytiharkan Biro Dakwah sebagai biro yang terbaik sekali pada tahun 2009.

Buktinya adalah semakin ramai pelajar – pelajar Madrasah Islamiah yang ingin ke hadapan.

Namun begitu, masih ada juga pelajar – pelajar Madrasah Islamiah yang mengetepikan diri mereka untuk ke hadapan.

Saya pernah menyampaikan ceramah saya pada bulan Febuari yang lalu, bahawa sedarlah anda semua, betapa pentingnya dakwah di dalam Islam ini, buktinya ada, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam berdakwah dan terus berdakwah tanpa mempedulikan dirinya dibaling batu walaupun seketu batu sekalipun.








Betapa besar jasa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wassalam, sehingga kita sendiri, tidak dapat membalas jasa Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam.

Sedarlah, dengan adanya Biro Dakwah ini, kita mampu hidupkan semangat dakwah di dalam hidup kita ini.









Sedarlah, hidup di dunia ini amatlah sekejap dan sementara sahaja, tidak ada yang kekal abadi, melainkan Zat Allah Subhanahu Wa Taala yang Maha Agung, Maha Mulia lagi Maha Kaya.

Buktinya ada di dalam Surah Ar – Rahmaan, yang berbunyi:

“Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa, Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan”.

Surah Ar – Rahmaan, ayat ke 26 – 27(surah ke – 55 di dalam Al – Quran).

Maka hendaklah kita senantiasa bersedia, apa yang akan berlaku pada keesokan harinya, lusa, dan pada masa akan datang.

Contohnya, dengan adanya propaganda yang menyatakan bahawa Planet Bumi ini akan “berakhir hayatnya” pada 2012 akan datang.

Namun, Allah telah berfirman di dalam Al – Quran, bahawa Kiamat itu akan berlaku bila – bila masa sahaja, tak seorang pun yang akan mengetahui bila hari kiamat itu akan tiba.

Sesungguhnya, HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENENTUKAN, bila hari kiamat itu akan tiba.

Berbalik kepada cerita Biro Dakwah tadi, pada tahun 2009 ini, saya telahpun menjawat jawatan iaitu sebagai Ketua Biro Dakwah sesi 2009 – 2010, tetapi masih ada juga pelajar – pelajar Madrasah Islamiah yang malu – malu untuk ke hadapan menyampaikan khitobah mereka.







Namun, setelah berbincang dengan Guru Penasihat Biro Dakwah, Al – Fadhil Ust Habbib Mustafa, dengan Naib Ketua Biro Dakwah, Siti Farah bte. Mohd. Nor, dan satu – satunya ahli di dalam Biro Dakwah, iaitu Mohd. Taufiq b. Zulkifli, krisis tersebut akhirnya berjaya diselesaikan.

Berbanding dengan biro – biro yang lain pula, biro yang bertanggungjawab mengenai kebersihan, iaitu Biro Penerangan pula mempunyai purata peratus yang amat sederhana berbanding dengan biro – biro yang lain yang tegas dan tulus ikhlas menjalankan tanggungjawab mereka.

Biro Khutub Khanah pula, iaitu biro yang bertanggung jawab tentang perpustakaan mempunyai ‘peminat’ yang amat sedikit, berbanding biro – biro yang lain.

Ini sesetengah kerana peminjam – peminjam buku gagal untuk menghantar balik buku – buku yang mereka pinjamkan dahulu.

Dan kemudiannya, mereka ini pula gagal menjelaskan hutang – hutang mereka terdahulu kepada Biro Khutub Khanah.

Inilah masalah Biro Khutub Khanah, tetapi mereka amat cekap menyelesaikan krisis yang ada pada biro mereka.

Saya ucapkan tahniah kepada Mohd. Syahrul b. Hamdan, iaitu Ketua Biro Khutub Khanah, kerana berjaya menyelesaikan krisis yang tersebut itu tadi.

Dan satu – satunya kelab, iaitu Kelab Bahasa Arab merupakan diantara kelab yang paling laris dan terbaik bagi tahun – tahun yang terdahulu.

Tetapi sayangnya, kelab ini mengalami kejatuhan pada tahun ini, disebabkan oleh jawatankuasa kelabnya sendiri yang tidak ada membuat satu pun program untuk kelab tersebut, khususnya yang berkaitan dengan bahasa arab.

Sepatutnya Kelab Bahasa Arablah yang menjadi peranan dan tonggak utama berbanding biro – biro lain di Madrasah islamiah.

Ini kerana bahasa arab adalah bahasa yang utama sekali di dalam Madrasah Islamiah, dan Kelab Bahasa Arab memainkan peranan yang amat penting dalam melariskan lagi bahasa arab sebagai bahasa utama Madrasah Islamiah.

Selain daripada perkembangan – perkembangan yang ada pada biro – biro yang ada di Madrasah Islamiah kini, kita sering melihat disiplin pelajar yang semakin hari semakin kurang diperhatikan.

Ini kerana dengan adanya sebahagian pengawas – pengawas itu sendiri yang selalu datang lewat ke sekolah.

Sepatutnya, pengawas – pengawas di Madrasah Islamiah ini menunjukkan contoh dan disiplin yang tinggi kepada pelajar – pelajar Madrasah Islamiah untuk diikuti, bukannya tunjuk ‘hebat’ diantara satu dengan yang lain.











Saya sendiri sebenarnya kesal dengan pelajar – pelajar yang dahulu – dahulu, sebelum tahun 2009 ini, kerana membuat perangai yang tidak senonoh, apatah lagi perangai yang tidak senonoh itu menjadi ikut – ikutan untuk semua pelajar.

Yang amat memalukan lagi, pengawas – pengawas yang sepatutnya menjaga disiplin pelajar – pelajar Madrasah Islamiah, menjadi ‘tonggk utama’ kepada perbuata- - perbuatan pelajar yang tidak senonoh itu.











Tetapi, Alhamdulillah, pelajar – pelajar Madrasah Islamiah pada tahun ini menunjukkan disiplin yang tinggi dan terbaik, dan prestasi ujian dan peperiksaan, sama ada peperiksaan akhir tahun mahupun peperiksaan pertengahan tahun semakin hari semakin meningkat.

Apa yang penting sekali, kita haruslah tabah dan sabar dalam menghadapi semua ujian – ujian Allah yang ada di dunia ini.

Sekian, itu sahaja ucapan saya pada hari ini.








Wabillahi Taufiq Wal Hidayah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.






















HJ. HAZIQ AHMAD ZAKI B. MOHAMMAD ZULKIPLI AL – WASLI.

(Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah sesi 2009 – 2010).



















Ucapan ini dibaca pada 19 November 2009,

Hari Khamis,

Jam 10.15 Pagi,

Di Dewan Kelas Tsanawi I,

Madrasah Islamiah,

Kuching.


Wednesday, November 18, 2009

Amanat Daripada Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Segala puji – pujian hanya bagi Allah Subhanahu Wa Taala serta selawat dan salam dicurahkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam serta keluarga dan Para Sahabat baginda, Tabiin, Tabik – Tabiin dan orang – orang yang mengikuti jejak – jejak langkah mereka.

Saudara, Islam adalah agama yang sempurna, agama yang maha adil dan agama yang maha mulia. Alhamdulillah, Syukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin – Nya, kita dapat menghabiskan dan menguruskan Majlis Akhir tahun ini. Apa yang penting, cita – cita dan impian kita yang mulia, yang senantiasa kita impikan, iaitu masa depan kita yang cemerlang. Salah satu cara – cara untuk memikirkan masa depan yang lebih cemerlang ialah dengan menghayati 1 Malaysia. Adalah penting untuk kita menghayati 1 Malaysia kerana dengan adanya 1 Malaysia inilah, kita akan Berjaya. Contohnya perpaduan dan kesepakatan yang ada pada rakyat Malaysia itu sendiri.

Ketahuilah bahawa Islam tidak menghalang kita untuk kita berkawan, bersahabat ataupun bergaul dengan bangsa – bangsa yang lain. Tetapi harus ingat bahawa persahabatan kita terhadap penganut – penganut agama yang lain ada batasnya.

Islam adalah agama yang relevan sepanjang zaman, Jadi, ikutilah contoh – contoh dan adab – adab yang ada di dalam agama yang diredhai Allah ini.

Kita jangan lupa, bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam adalah pembawa agama yang mulia ini. Betapa besar jasanya, sehinggakan kita sendiri tidak memikirkannya. Betapa mulianya Rasullullah Sallallahu Alaihi Wassalam hinggakan baginda sanggup ditikam dan dibaling batu oleh sekumpulan budak – budak jalanan. Rasullullah amat penyabar orangnya, hinggakan Para Sahabat menangis dan terharu melihat perjuangan baginda Nabi Sallallah Alaihi Wassalam.

Tidakkah kita tahu bahawa betapa besarnya jasa Rasullullah S.A.W?

Adakah kita memikirkan masa depan kita demi menyambung dakwah Rasullullah S.A.W.?

Renung – renungkanlah diri.

Seperti apa yang saya sebutkan di atas ialah pentingnya kita hayati 1 Malaysia, kerana ianya boleh menyatukan rakyat, menggalakkan perpaduan diantara kaum dan mengeratkan lagi silaturrahim diantara kita semua.



Warga Madrasah Islamiah sekalian,

Kita harus tahu apa visi dan misi kita, dan kita harus tahu apa yang ada pada diri kita ini, seperti apa yang Ulama – Ulama katakana, ‘MAN JADDA WA JADAA’ iaitu ‘SESIAPA YANG BERUSAHA, DIA AKAN BERJAYA’.

Islam tidak melarang kita untuk menyokong satu visi, contohnya apa yang dikatakan 1 Malaysia itu tadi, tapi kita harus ingat bahawa Islam melarang perkauman atau apa yang disebut sebagai ‘ASSABIYYAH’.


Islam melarang ‘ASSABIYYAH’ kerana ianya boleh membawa kepada kebinasaan satu Masyarakat.

Kenapa kita sendiri, Ummat Islam masih ada yang mengamalkan sifat ‘ASSABIYYAH’?

Kenapa?

Cuba anda Tanya diri anda sendiri?

Adakah kerana mewarisi adat nenek moyang?

Adakah kerana ianya suruhan keluarga?

Adakah ianya kehendak orang – orang di sekeliling kita?

Ataupun adakah kerana kehendak diri kita sendiri?

Cuba anda Tanya diri anda?

Kenapa?

‘ASSABIYYAH’ membawa kepada kemegahan satu bangsa dan kehancuran


Memang betul, bahawa 1 Malaysia adalah merupakan penyatuan seluruh rakyat di Malaysia.

Namun begitu, kita harus ingat juga bahawa Malaysia maju 2020 belum tentu akan menjadi kenyataan, jika kita masih lalai dan leka.

Oleh itu, marilah kita sama – sama membangun dan bangkit, demi tanah air yang tercinta dan demi agama kita yang tercinta


Sekian, Wassalam.................


Hj. Haziq Ahmad Zaki b. Mohammad Zulkipli Al – Wasli.
(Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah)

Tuesday, November 17, 2009

Serangga buta perosak rumah




PENGALAMAN melihat segerombolan anai-anai yang membaham kertas di dalam sebuah kotak membuatkan penulis berasa loya. Diiringi bau tengik yang kurang menyenangkan, ia pasti membuatkan sesiapa yang melihatnya memalingkan muka.

Serangga kecil berwarna putih yang habitatnya di dalam tanah, busut atau tempat-tempat yang tersembunyi dan lembap itu sering dikaitkan dengan kayu dan menjadi musuh utama di dalam rumah.

Kayu yang rosak angkara anai-anai perlu diganti segera. Bukan sedikit yang terpaksa dibelanjakan. Ini kerana kos mengganti kayu yang rosak itu turut melibatkan kos membina semula.

Sungguhpun begitu, tidak ramai dalam kalangan kita mahu mengambil langkah pencegahan. Sebaliknya, ramai yang mengambil sikap tidak peduli sehingga kerosakan akibat anai-anai dapat dilihat secara fizikal.

Spesies anai-anai mencecah angka ribuan tetapi di Malaysia, hanya terdapat kira-kira 180 spesies. Tidak semua daripada spesies itu merupakan perosak. Di dalam hutan, haiwan kecil itu bertindak sebagai agen yang membantu penguraian kayu-kayan.

Koloni anai-anai

Mengenai asal pembiakannya, makhluk kecil yang hidup dalam koloni itu adalah serangga yang mempunyai enam kaki, dua sayap dan tiga bahagian badan. Kehidupannya bermula daripada seekor kelkatu yang sering dilihat mengerumuni lampu-lampu neon menjelang malam.

Menurut Pensyarah Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ahmad Said Sajap, kelkatu adalah anai-anai yang keluar untuk membiak. Mereka akan terbang mencari pasangan dan kemudian akan ke tanah untuk mencari sarang.


MIDAH RAMLI menunjukkan pintu rumah yang diserang anai-anai di pangsapuri Batu Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. - Gambar hiasan


"Ketika proses itu, sayap akan digugurkan. Sebab itulah, kita jarang melihat kelkatu di lantai, hanya sayap tanpa badan. Kelkatu meninggalkan sayap untuk mencari kawasan yang sesuai untuk membina koloni yang akhirnya akan berubah menjadi anai-anai.

"Anai-anai adalah serangga yang unik dan hidup dalam satu koloni yang penuh sistematik dari segi pembiakan dan mencari makanan.

"Ia juga dikategorikan sebagai serangga yang bersosial kerana mempunyai kasta. Dalam satu koloni, terdapat seekor permaisuri, raja, askar dan juga pekerja," katanya yang menjalankan penyelidikan tentang anai-anai.

Tugas permaisuri dan raja adalah untuk membiak. Raja akan berada di sekeliling permaisuri dan permaisuri hanya akan bertelur. Askar pula mencari dan mengawal punca makanan manakala pekerja akan membawa balik makanan untuk diberikan kepada permaisuri, askar dan raja.

Walaupun askar anai-anai mencari dan mengawal punca makanan tetapi mereka tidak makan sendiri, sebaliknya mereka akan diberi makan oleh pekerja.

"Tidak semua spesies anai-anai merupakan spesies yang merosakkan rumah. Satu spesies yang kerap memasuki rumah adalah daripada spesies Coptotermes gestroi. Sebanyak 80 peratus daripada anai-anai yang memasuki dan merosakkan perumahan adalah daripada spesies tersebut," katanya.

Anai-anai yang memakan pokok hidup pula adalah daripada spesies Coptotermes curvignathus. Kedua-dua spesies itu adalah dari kumpulan anai-anai tanah atau dikenali sebagai subterranean termite. Anai-anai yang memakan kayu kering pula adalah daripada spesies Cryptotermes.

Menariknya tentang anai-anai adalah ia buta. Mereka membuat terowong di dalam gelap dan menggunakan bahan kimia untuk menandakan setiap perjalanan. Bagaimanapun, anai-anai yang keluar menjadi kelkatu tidak buta. Askar dan pekerja pula adalah mandul.

"Anai-anai akan keluar menjadi kelkatu apabila koloni itu mengesan bahawa sarang yang didiami sudah tidak selamat atau kekurangan makanan. Ia seterusnya akan membina koloni yang baru.


INI adalah produk pengumpanan yang digunakan oleh syarikat URC Global Care untuk perkhidmatan mereka.


"Manusia tidak dapat mengesan sebuah koloni anai-anai kerana mereka bersarang di bawah tanah dan tertumpu kepada satu kawasan yang mempunyai makanan. Apabila makanan di dalam koloni mereka sudah habis, ketika itulah mereka akan merayap dan mencari makanan di kawasan lain sehingga naik ke kawasan perumahan.

"Anai-anai akan pergi ke mana sahaja yang mereka kesan terdapatnya makanan. Malah, anai-anai boleh berjalan sejauh 100 meter dari koloni mereka," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor.

Serangan anai-anai

Serangan anai-anai adalah perkara yang tidak boleh dielakkan kerana perumahan didirikan di tapak yang tidak diketahui sejauh mana terdapatnya koloni anai-anai.

Perkara yang terbaik adalah membuat kawalan serangga sebelum ia menyerang. Paling penting adalah di peringkat pembinaan projek perumahan. Kini, banyak pemaju yang mementingkan rawatan tanah sebelum membuat sebarang pembinaan rumah.

Namun, itu belum boleh menjamin perumahan tersebut bebas daripada serangan anai-anai. Menurut Ahmad Said, terdapat aduan mengenai sebuah projek perumahan yang baru siap enam bulan telah diserang anai-anai.

"Apabila penduduk mendapat kunci dan masuk meninjau rumah baru, mereka dapati banyak aktiviti anai-anai berlaku dalam rumah mereka," ujarnya.

Menurut Ahmad Said, sebelum membina atau menduduki sesebuah kawasan perumahan, orang ramai perlu melihat sejarah tanah tersebut, misalnya di atas tapak apakah perumahan itu dibina.

"Sekiranya ia dibina di atas tapak tinggalan ladang kelapa sawit atau getah, kemungkinan terdapat banyak anai-anai. Ini kerana akar-akar kayu atau pokok terdapat di bawah tanah dan ia menjadi sumber makanan. Kadangkala pemaju terlepas pandang dan itu menyebabkan koloni anai-anai cepat menyerang rumah penduduk.

"Selain itu, orang ramai atau pemaju juga boleh menggunakan kayu yang telah dirawat untuk dijadikan bahan binaan atau pun perabot bagi mengelakkan serangan atau menggunakan kaedah semula jadi iaitu memilih kayu tahan anai-anai seperti kayu cengal atau balau," katanya.

Selain sektor perumahan mengalami ancaman anai-anai, industri rekaan landskap juga berdepan dengan masalah itu apabila pokok-pokok yang ditanam untuk menghiasi bandar raya menjadi hidangan utama anai-anai.

Hakikatnya, anai-anai yang memakan pokok hidup itu hanya memakan pokok-pokok tertentu sahaja. Antara yang menjadi kegemaran anai-anai adalah pokok pain dan palma. Oleh itu, elakkan pokok-pokok tersebut menjadi hiasan landskap di rumah anda jika tidak mahu ia tumbang di kemudian hari akibat anai-anai.

Melakukan pencegahan adalah lebih baik daripada membaiki kerosakan akibat aktiviti anai-anai. Tidak dinafikan, kawalan serangga (pest control) mahal harganya sehingga boleh mencecah ribuan ringgit mengikut keluasan bangunan.


Namun, apalah sangat jika dibandingkan dengan wang yang perlu dikeluarkan untuk membaik pulih bangunan yang reput dimakan anai-anai. Kos baik pulih jauh lebih mahal dan boleh mencecah empat kali ganda daripada kos rawatan anai-anai.

Sementara itu, Pengurus Operasi URC Global Care Sdn. Bhd. Farid Yusof, berkata, rawatan biasa yang dilakukan oleh setiap syarikat kawalan serangga adalah rawatan tanah (soil treatment) yang melibatkan penggerudian lubang-lubang kecil pada lantai untuk meletakkan bahan kimia.

"Tetapi ramai individu yang tidak menggemari lantai rumah mereka digerudi dengan alasan ia akan merosakkan. Oleh itu, ramai yang lebih suka memilih teknik mengumpan.


SEORANG pekerja URC Global Care menggunakan alat khas untuk mengesan kehadiran anai-anai di dalam rumah.


"Teknik ini tidak melibatkan penggerudian pada lantai. Ia menggunakan sejenis umpan yang mengandungi bahan kimia dan diletakkan di beberapa kawasan dalam atau luar rumah.

"Bahan kimia pada umpan tersebut tidak akan menyebabkan anai-anai tersebut mati dengan serta-merta. Pekerja anai-anai akan membawa balik makanan tersebut ke sarang dan seterusnya meracun seluruh koloni.

"Apabila semua pekerja mati, secara tidak langsung, kasta yang lain juga akan mati. Ini kerana hanya pekerja yang mencari makanan dan memberikan kepada semua ahli koloni makan. Ratu, raja dan askar akan mati kebuluran apabila tidak memperoleh makanan daripada pekerja," katanya.







Dari Kosmo



Monday, November 16, 2009

TERIMA KASIH BPP, PERKEPIS

Diucapkan jutaan terima kasih banyak - banyak kepada pihak PERKEPIS kerana turut menjadi fasilitator di dalam Program yang dianjurkan oleh PERKEPIS kepada sekolah kami

Terima kasih kepada fasilitator - fasilitator yang membantu kami ke arah kecemerlangan ummah semasa buat program di Kompleks Asrama Yayasan Sarawak

dengan kerjasama dengan BPPMIS, kami semua terhutang budi dengan Fasi - Fasi dari PERKEPIS, semoga berjaya di dunia dan di akhirat.....amien.

Thursday, November 12, 2009

Selasa, 2009 November 10


Selasa, 2009 November 03

Penahanan Mohd. Asri disokong

JOHOR BAHRU 3 Nov. - Persatuan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin kelmarin.

Presidennya, Datuk Syed Hussein al-Habshee berkata, pihaknya menerima banyak rungutan dan aduan di kalangan ahlinya dan masyarakat setempat di Wilayah Persekutuan dan Selangor tentang ceramah yang pendekatannya disyaki beraliran Wahabi.

"Ramai yang mendesak agar persatuan membuat permintaan terhadap kerajaan supaya diambil tindakan bagi mengelak kekeliruan masyarakat setempat yang berpegang kepada mazhab Syafie," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, Mohd. Asri ditahan oleh JAIS di Taman Sri Ukay, Hulu Klang kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor semalam tidak mendakwanya, sebaliknya Mohd. Asri hanya dikenakan bon jaminan JAIS sebanyak RM3,000.

Syed Hussein berkata, pendekatan yang disyaki Wahabi itu dikhuatiri akan memecah belah dan mengelirukan masyarakat khususnya generasi muda.

"Kita tidak mahu sesiapa yang cuba menjadi jaguh keilmuan dengan mencetuskan kontroversi dan polemik melalui pendekatan bercanggah dengan mazhab yang diamalkan di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar diadakan muzakarah antara mufti-mufti berhubung pendekatan dan fahaman yang dibawa Dr. Mohd. Asri itu.

"Mufti-mufti boleh membuat rumusan untuk membantu dan memberi panduan kepada umat Islam serta mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Perbincangan seterusnya adalah antara ilmuwan agama dengan Dr. Mohd. Asri sendiri," katanya.

Syed Hussein berkata, apa yang berlaku seolah-olah sejarah berulang kembali kerana pada sekitar 2007, tiga tokoh ulama bermazhab Syafie dari Yemen juga tidak dibenarkan oleh Dr. Mohd. Asri berceramah tanpa tauliah di Perlis ketika beliau menjadi mufti negeri itu.

Justeru, pihaknya percaya JAIS telah membuat pelbagai pertimbangan sebelum melakukan penahanan.

Isnin, 2009 November 02

MUSIM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SUDAH TIBA!!!















GAMBAR KENANGAN: Ketua Biro Dakwah, Hj Haziq sedang menerima hadiah daripada Yang Berbahagia Mudirah, Datin Hjh. Rohani Hj. Awi.


"Belajarlah rajin - rajin rakan - rakan ku"
(Hj Haziq Ahmad Zaki bin Mohammad Zulkipli Al - Wasly)
















Warkah Dari Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah.

Hj. Haziq Ahmad Zaki bin Mohammad Zulkipli Al - Wasly.


Sekarang, sudah tiba masa ujian dan peperiksaan penggal akhir tahun. Ramai pelajar - pelajar Madrasah Islamiah panik dan kelihatan kurang bersedia apabila mendengarnya. Mendengar sahaja ujian, pasti ada yang mengeluh dan bersedih. Kelihatan ramai pelajar - pelajar Madrasah Islamiah kini cuba memikirkan jalan yang terbaik macam mana nak menjadi pelajar - pelajar yang cemerlang dan terbaik.

Ujian peperiksaan penggal akhir tahun ini sebenarnya bermula sejak 26 Oktober yang lalu. Memang ramailah pelajar - pelajar Madrasah yang kurang bersedia, tetapi semangat dan kekentalan mereka masih ada. Kekuatan fizikal dan mental ialah antara yang menjadi punca mereka menjadi kental, kuat dan bersemangat, seperti Allahyarham anak saudara saya dulu, iaitu Allahyarhamah Siti Nur Hidayah Al - Hanisah. Dia sendiri pernah berpesan kepada saya bahawa "Usaha Itu Adalah Tangga Ke Arah Kejayaan, Kalau Tak Nak Usaha, Tidak Perlulah Kita Menaiki Tangga Kejayaan Itu".

Kata - katanya tersemat di dalam hati saya. Pemergiannya amat menyedihkan saya, namun namanya akan terus saya kenang sampai bila - blia. Itulah kata - katanya tadi yang amat memberi kesan kepada saya dan sesetengah rakan - rakan saya di Madrasah Islamiah. Kata - kata tersebut harus dipegang kuat kerana semakin hari semakin ramai pelajar - pelajar sekolah menengah di Malaysia yang kurang mengambil berat tentang pelajaran, apatah lagi mereka yang ingin menduduki ujian peperiksaan besar.

Musim ujian pun terus berlangsung di Madrasah Islamiah. Guru - guru di Madrasah Islamiah bersedia menampalkan jadual ujian yang akan kami duduki.

Sememangnya, apa yang pasti, kita semua nakkan kejayaan. Semua ingin berjaya. Tidak ada orang yang hidup di dunia nyata ini nakkan kegagalan dan kesesatan. Semua nak berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ujian peperiksaan akhir tahun ini menampilkan kehadiran seorang lagi pelajar baru dari Kampung Semerah Padi, iaitu Adi Fuad.

Walaupun dia baru sahaja masuk ke Madrasah Islamiah, tetapi Yang Berbahagia Mudirah, Datin Hjh. Rohani Hj. Awi tetap juga menyuruh dia agar dia menduduki ujian peperiksaan penggal. Tidak kira sama ada dia menduduki kelas lain ataupun kekal di kelasnya sendiri( iaitu Tsanawi I), dia tetap disuruh agar menduduki ujian peperiksaan penggal.

Fuad berlainan ujiannya berbanding kami semua kerana kami hanya memegang satu kertas untuk satu kelas sedangkan Fuad pula memegang dua helai kertas, iaitu kertas Kelas Tsanawi I dan kertas Kelas Khas.

Apapun, yang penting, mesej saya di sini ialah belajarlah rajin - rajin. Jangan lupa dan jangan alpa pada pelajaran dan Ilmu. Islam pun mementingkan Ilmu. Jadi "Work Hard, Study Smart".



Sekian, Assalamualaikum.


"BERILMU, BERAMAL, BERTAQWA."


Hj. Haziq Ahmad Zaki bin Mohammad Zulkipli Al - Wasly.

Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah.























Kewangan Islam wajar jadi elemen strategik pulihkan ekonomi

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sektor kewangan Islam yang semakin pesat wajar dijadikan elemen strategik bagi memulihkan krisis ekonomi dunia.

Perdana Menteri berkata, saranannya itu berdasarkan kepada kemampuan sektor berkenaan untuk terus berkembang walaupun dunia kini berhadapan dengan masalah ekonomi.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kepada pihak yang terlibat melaksanakan sistem tersebut supaya melakukannya bersungguh-sungguh dan bukannya secara sambil lewa.

''Untuk tujuan itu, kita memerlukan beberapa tindakan agar sektor ini benar-benar berperanan dalam menangani sebarang kesan ekonomi ekoran berlakunya krisis sama ada pada masa ini atau pada masa akan datang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur kali ke-6 (KLIFF 2009) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Najib berkata, tindakan yang dimaksudkannya itu merangkumi empat strategi.

Pertama, katanya, memastikan pelaksanaan sistem kewangan Islam menepati matlamat dan objektif yang ditetapkan oleh syariat.

''Kedua, memastikan pelaksanaan sistem ini disokong sepenuhnya oleh amalan urus tadbir yang berkesan iaitu dengan menentukan tugas institusi kewangan Islam dilakukan dengan betul supaya ia menepati kehendak syariah.

''Ketiga, memastikan sistem pengurusan risiko mempunyai pelindung yang sesuai iaitu dengan mengambil langkah menyediakan sistem yang canggih bagi tujuan melindungi sektor ini,'' katanya.

Terakhir kata Perdana Menteri, memastikan prasarana sokongan yang lebih komprehensif diwujudkan antaranya undang-undang, peraturan dan kerangka kerja bagi tujuan pembangunan industri kewangan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sektor kewangan Islam di Malaysia telah memasuki fasa baru apabila operasinya selaras dengan pelaksanaan persekitaran yang lebih liberal.

''Kita telah pun menawarkan pelbagai insentif untuk menarik lebih banyak penyertaan pelabur dan tenaga mahir untuk datang ke negara ini bagi melibatkan diri dalam sektor ini.

''Kerajaan sendiri telah mempromosi segala insentif yang ditawarkan supaya sektor yang sama di luar negara datang ke Malaysia bagi merancakkan lagi perkembangan sektor kewangan Islam di negara ini,'' tambah beliau.
















Penahanan Mohd. Asri disokong

JOHOR BAHRU 3 Nov. - Persatuan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin kelmarin.

Presidennya, Datuk Syed Hussein al-Habshee berkata, pihaknya menerima banyak rungutan dan aduan di kalangan ahlinya dan masyarakat setempat di Wilayah Persekutuan dan Selangor tentang ceramah yang pendekatannya disyaki beraliran Wahabi.

"Ramai yang mendesak agar persatuan membuat permintaan terhadap kerajaan supaya diambil tindakan bagi mengelak kekeliruan masyarakat setempat yang berpegang kepada mazhab Syafie," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, Mohd. Asri ditahan oleh JAIS di Taman Sri Ukay, Hulu Klang kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor semalam tidak mendakwanya, sebaliknya Mohd. Asri hanya dikenakan bon jaminan JAIS sebanyak RM3,000.

Syed Hussein berkata, pendekatan yang disyaki Wahabi itu dikhuatiri akan memecah belah dan mengelirukan masyarakat khususnya generasi muda.

"Kita tidak mahu sesiapa yang cuba menjadi jaguh keilmuan dengan mencetuskan kontroversi dan polemik melalui pendekatan bercanggah dengan mazhab yang diamalkan di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar diadakan muzakarah antara mufti-mufti berhubung pendekatan dan fahaman yang dibawa Dr. Mohd. Asri itu.

"Mufti-mufti boleh membuat rumusan untuk membantu dan memberi panduan kepada umat Islam serta mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Perbincangan seterusnya adalah antara ilmuwan agama dengan Dr. Mohd. Asri sendiri," katanya.

Syed Hussein berkata, apa yang berlaku seolah-olah sejarah berulang kembali kerana pada sekitar 2007, tiga tokoh ulama bermazhab Syafie dari Yemen juga tidak dibenarkan oleh Dr. Mohd. Asri berceramah tanpa tauliah di Perlis ketika beliau menjadi mufti negeri itu.

Justeru, pihaknya percaya JAIS telah membuat pelbagai pertimbangan sebelum melakukan penahanan.

Khamis, 2009 Oktober 29

GAMBAR KENANGAN MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI











Hj Haziq Ahmad Zaki dan rakan - rakannya, Mohd. Fikri(Berbaju Hitam) Mohd Harith Danial Sapawi(Berbaju Melayu Putih Johor), sedang mendendangkan lagu "Selamat Hari Raya Aidilfitri" yang dinyanyikan selalu oleh Dato' Ahmad Jais di kaca televisyen dan radio. Nama kumpulan pimpinan Hj Haziq ini ialah kumpulan "SRI SETIA DAKWAH".













Ustaz kami, Al - Fadhil Ustaz Habbib Mustafa bin Ali Al - Haddad sedang menyampaikan ceramah khas sempena Ramah Tamah Aidilfitri pada 15 Oktober yang lalu.

























Al - Fadhil Ustaz Habbib Mustofa Al - Haddad bersama Ketua Pelajar 'Unilateral' Madrasah Islamiah, Mohd. Subri bin Hj. Rafaie'.





















Hj. Haziq gembira dapat terima hadiah daripada Mudirahnya, Datin Hjh. Rohani Hj. Awi di atas kemenangan kumpulan mereka, iaitu SRI SETIA DAKWAH yang menjuarai pertandingan menyanyikan lagu raya pada hari itu.





















Gambar kenang - kenangan diabadikan buat selama - lamanya di dalam blog ini. Apa yang pasti, Ramah Tamah Aidilfitri pada 15 Oktober yang lalu dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara warga Madrasah Islamiah.























Ketua Pengawas "Unilateral", Mohd. Subri bin Hj. Rafaie menerima hadiah pertandingan pakaian tercantik daripada Mudirah.





















































































































Semua berebut untuk mengambil gambar.................



















"Semoga Allah Subhanahu Wa Taala memberikan kebahagiaan kepada kami semua, rahmat dan berkat serta panjang umur dan murah rezeki." Amin.

Isnin, 2009 Oktober 26

Perbankan Islam tunjukkan peningkatan.

SISTEM perbankan Islam termasuk pelaburan luar asing terus menunjukkan peningkatan dalam bahagian pasaran bagi aset, deposit dan pembiayaan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.


Aset meningkat 11.1 peratus kepada RM279.1 bilion berbanding RM251.1 bilion, tahun lalu dan merangkumi 18.9 peratus daripada jumlah aset sistem perbankan.
Deposit pula menokok RM24 bilion kepada RM218.5 bilion dan mewakili 20.4 peratus daripada jumlah deposit sistem perbankan. Pembiayaan berkembang 12.4 peratus kepada RM169.2 bilion, meliputi 20.2 peratus daripada jumlah pinjaman sistem perbankan.
Pembiayaan terus dikuasai oleh sektor isi rumah yang merangkumi 61.7 peratus atau RM104.4 bilion daripada jumlah pembiayaan.


Sementara itu, industri takaful mengalami pertumbuhan purata tahunan yang pesat sebanyak 24.8 peratus sejak tahun 2001 hingga 208 dengan aset mewakili 7.5 peratus atau RM11.5 bilion daripada jumlah aset insurans pada akhir Jun ini.


Sumbangan perniagaan baru bagi takaful keluarga berkembang 6.5 peratus kepada RM1.1 bilion terutamanya hasil daripada peningkatan dalam takaful keluarga biasa.


Seiring dengan perkembangan pesat industri, keuntungan takaful keluarga meningkat 28.6 peratus kepada RM871.9 juta bagi enam bulan pertama tahun ini berbanding 678.1 juta, tempoh sama tahun lalu.


Penembusan pasaran bertambah baik kepada 5.0 peratus pada akhir Jun ini daripada 4.2 peratus, tahun lalu.


Bagi enam bulan tahun ini, sumbangan langsung kasar untuk takaful am menokok 26.4 peratus kepada RM512.3 juta berbanding RM405.4 juta, sebelum ini, disebabkan peningkatan dalam permintaan perlindungan kebakaran dan kenderaan bermotor.


Bagi tempoh yang sama, keuntungan operasi merosot 27.5 peratus kepada RM78.5 juta berikutan penurunan nilai pelaburan dan peningkatan tuntutan berbanding RM108.3 juta, tempoh sebelumnya.