"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....




1 OKTOBER 2009 MASIHI....

MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

Madrasah Islamiah Bandar Kuching,
Tingkat 3, Lot 3 & 4,
Bangunan Baitulmal, Jalan Haji
Taha, 93400, Kuching,
Sarawak, Malaysia.


e - mail : islamiahmadrasah@yahoo.com

: madrasahislamiah@gmail.com

Tel: 082 - 250432

facebook: madrasahislamiah@gmail.com

twitter: www.twitter.com/mibk


Flixster: www.flixster.com/user/madrasahislamiah

Weblog Lama: www.madarasahislamiah.blogspot.com

www.bkpmik.blogspot.com

Weblog Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching:

www.badankebajikanpengawas.blogspot.com



Wednesday, January 27, 2010

PERHIMPUNAN KHITOBAH

KEPADA PELAJAR - PELAJAR MADRASAH ISLAMIAH, KESEMUANYA WAJIB HADIR PADA JUMAAT INI, INI KERANA BIRO DAKWAH MADRASAH ISLAMIAH AKAN ADAKAN MAJLIS KHITOBAH PADA PAGI HARI TERSEBUT



TARIKH: 29 JANUARI 2010

TEMPAT: DEWAN/KELAS TSANAWI I, MADRASAH ISLAMIAH, KUCHING.

ANTARA YANG AKAN TERLIBAT DI DALAM MAJLIS INI IALAH:





PENGERUSI MAJLIS
Mohd Fikri Sazali


PEMBACA AL - QURAN
Mohd Subi Hj Rafaie



PEMBACA - PEMBACA KHITOBAH:


1. Hj Haziq Ahmad Zaki Al - Wasli
2. Hamidah Kassim
3. Siti Rauhun Haidar




HARI JUMAAT IALAH HARI UNTUK KITA BERHIMPUN, MARILAH KITA BERSAMA - SAMA MENYERIKAN MAJLIS INI.

Wednesday, January 20, 2010

Keselamatan aktiviti luar

RAMAI yang berkata, 'malang tidak berbau' apabila enam nyawa melayang dalam tragedi perahu naga karam dipukul ombak semasa pasukan dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMK) Chung Ling menjalani latihan mendayung di pantai Macallum, Pulau Pinang baru-baru ini.


Ada juga yang bersuara dengan menyatakan bahawa itu sudah ketentuan Tuhan yang mengatur ajal dan maut setiap manusia. Tetapi sedarkah kita bahawa setiap agama mengajar umat-Nya agar berusaha mengelak kemalangan dengan membuat persediaan yang sepatutnya.
Ini termasuklah memastikan guru pengiring atau instruktor bagi setiap aktiviti mahir 'mencium bau' kemalangan yang boleh mendatangkan mudarat kepada peserta. Ia penting kerana biasanya peserta yang terdiri daripada pelajar masih mentah dalam sukan atau aktiviti luar yang diceburi.
Justeru, mereka memerlukan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman dan mahir. Penulis yang merupakan seorang penggemar aktiviti luar yang aktif sejak tahun 1997 mendapati guru atau pegawai pengiring kurang menguasai aktiviti yang dijalankan. Ini menyebabkan mereka bergantung sepenuhnya kepada kemahiran yang dimiliki oleh instruktor yang dijemput menjayakan sesuatu aktiviti.
Namun, apa yang diperhatikan jumlah instruktor itu tidak seimbang dengan penyertaan pelajar yang kadangkala mencecah sehingga 60 orang dalam satu-satu program aktiviti luar.
Pengalaman penulis juga mendapati jumlah yang terlalu ramai itu menyukarkan instruktor untuk mengawal pelajar yang kadang kala terlalu teruja melakukan sesuatu aktiviti sehingga terlupa aspek keselamatan.
Tragedi perahu naga karam di pantai Macallum itu mungkin berpunca daripada keadaan ombak yang tiba-tiba bertukar menjadi 'agak ganas' sehingga memaksa pusingan U dibuat untuk membolehkan pelajar berpatah balik ke pantai.
Dalam hal itu, jika guru pengiring mahir 'membaca' keadaan ombak termasuk meneliti kelajuan angin pada hari tersebut, tentunya keputusan untuk berlatih mendayung ditangguhkan sehingga keadaan cuaca mengizinkan.
Mengulas tragedi tersebut, Presiden Kelab Kembara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Aminrool Hafiz Abdul Razak, 22, berkata, setiap aktiviti yang diadakan mestilah mengikut prosedur tertentu sebelum dan semasa aktiviti berlangsung.
Menurutnya, sebelum memulakan aktiviti, pihak penganjur wajib melaporkan kepada pihak polis mengenai aktiviti tersebut.


Katanya, laporan itu penting supaya pihak polis boleh lebih cepat bertindak jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini.
"Apa sahaja aktiviti luar sama ada di sungai, laut, hutan atau gunung memerlukan pihak penganjur melaporkannya ke balai polis yang paling hampir dengan tempat penganjuran aktiviti.


"Maklumkan kepada polis tentang aktiviti itu, misalnya dari pukul berapa ke pukul berapa aktiviti itu berlangsung atau tarikh aktiviti yang diadakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Selain itu, katanya, insurans berkelompok juga perlu disediakan untuk setiap peserta, selain memastikan pegawai pengiring mahir tentang selok belok aktiviti yang diadakan.
'Bukan sahaja pengawai pengiring yang perlu tahu, tetapi peserta berpengalaman juga perlu ada dalam setiap kumpulan ekspedisi.
"Misalnya dalam aktiviti mendaki gunung, individu yang dipanggil runner akan diletakkan di bahagian paling hadapan, middle men di tengah dan sweeper di bahagian paling akhir dalam satu kumpulan mendaki.


"Kesemua mereka tahu apa yang akan dilakukan jika ada peserta menghadapi masalah. Runner, middle men dan sweeper akan membantu peserta bermasalah mengikut prosedur tertentu dan jika keadaan kritikal, mereka akan berlari sepantas yang boleh untuk mendapatkan bantuan daripada pihak luar dari kedudukan masing-masing," katanya yang memberitahu kelab kembara tersebut telah menganjurkan hampir 20 aktiviti luar pada tahun lalu.
Aminrool yang juga pelajar tahun tiga program kejuruteraan mekanikal di universiti itu berkata, kesemua individu yang memegang tanggungjawab tersebut pernah mengikuti kursus asas keselamatan.
"Tahun lalu, pihak kami mengadakan latihan kemahiran menyelamat di tempat tinggi dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia," ujarnya.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan mencadangkan supaya setiap guru dan pelajar yang mahu menyertai aktiviti di dalam air sama ada sungai, tasik atau laut wajib lulus latihan renang yang dikendalikan oleh instruktor bertauliah.
Beliau yang berpengalaman selama 23 tahun dalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), berkata, syarat setiap anggota pasukan TLDM mesti tahu berenang sebelum dibenarkan menaiki kapal tentera untuk belayar ke destinasi tertentu boleh dipraktikkan di sekolah dan universiti.
"Memandangkan sekolah dan universiti sekarang banyak mengadakan aktiviti luar melibatkan sungai, tasik atau laut, maka saya sarankan agar setiap pelajar yang menyertai aktiviti tersebut diwajibkan tahu berenang,'' ujarnya.
Menurutnya, sekurang-kurangnya apabila berlaku kejadian malang, pelajar terbabit mampu menyelamatkan diri sendiri.
"Kalau kapal karam, memang tak boleh nak buat apa-apa lagi. Tetapi jika pelajar itu tahu berenang, dia boleh mengapungkan diri sementara menunggu bantuan tiba atau berenang ke pantai," katanya.
Selain itu, katanya, penggunaan jaket keselamatan yang betul juga wajar diberi perhatian kerana jika ia tidak dikancing dengan betul, maka jaket itu tidak dapat mengapungkan diri pemakainya.
"Kalau ikat tak betul... memang tak guna juga kerana mayat pertama pelajar yang ditemui masih memakai jaket keselamatan," katanya.

Tuesday, January 19, 2010

Mesyuarat BKPMIBK dan Badan Disiplin berjalan dengan lancar

Alhamdulillah, segala puji - pujian hanya bagi Allah subhanahu wa taala, dan selawat serta salam selalu dan selama - lamanya buat junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam, serta keluarga, Para Sahabat, Tabiin dan Tabik - Tabiin dan orang - orang yang mengikuti jejak langkah mereka sehinggalah ke hari ini.

Mesyuarat Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching(BKPMIBK)hari ini berjalan dengan lancar, setelah krisis kepimpinan badan tersebut berlarutan sejak 13 Januari yang lalu. Dengan adanya mesyuarat pada pagi tadi, segala - galanya dengan Izin Allah subhanahu wa taala, akan berjalan dengan lancarlah segala urusan badan kebajikan tersebut. Dengan adanya bantuan dari pihak atasan dan Majlis Syura Madrasah Islamiah Bandar Kuching(MS - MIBK), segala - galanya sudah selesai. Pengisytiharan tamatnya krisis kepimpinan dan penubuhan badak kebajikan pengawas yang baru oleh Yang Berbahagia Mudirah Madrasah Islamiah pada pagi tadi merupakan cabaran baru bagi badan tersebut untuk terus berkhidmat untuk guru dan pelajar di Madrasah Al-Islamiah.



Kemunculan banyak muka - muka baru di dalam jawatankuasa tersebut dapat membantu ke arah kemajuan di Madrasah Islamiah. Jawatankuasa tersebut ditubuhkan dengan adanya dua lagi jawatan baru di dalam sekolah tersebut dan pembubaran satu jawatan sahaja, iaitu Bendahari. Jawatan tersebut dibubarkan adalah bagi mengelakkan krisis kepimpinan dan perebutan kuasa berlaku lagi pada masa akan datang.




JAWATANKUASA BADAN DISIPILN YANG BARU DIISYTIHARKAN PENGGAL 2010 HINGGA 2011.





Mudirah: Yang Berbahagia, Datin Hjh Rohani bte Hj Awi
Guru - guru:
1. Al - Fadhil Ust. Habbib Mustofa b. Ali Al-Haddad(Guru Penasihat Biro Dakwah)
2. Ustazah Marina bte Yahya(Guru Penasihat Biro Penerangan)
3. Ustazah Fauziah bte Bujang Kipli(Guru Penasihat Biro Khutub Khanah)
4. Ustazah Noormala bte Ahmad Hatta(Guru Penasihat Bahagian Tugas-Tugas Khas)
KETUA PELAJAR
Mohd. Subri b. Hj Rafa'ie
TIMBALAN KETUA PELAJAR
Hj Haziq Ahmad Zaki b. Mohamad Zulkipli Al-Wasli
SETIAUSAHA
Siti Farah bte Mohd. Nor
TIMBALAN SETIAUSAHA
Hamidah bte Kassim
JAWATANKUASA BIRO - BIRO DAN KELAB YANG TELAH DILANTIK
Ketua Kelab Bahasa Arab: Mohd. Subri bin Hj Rafai'e
Timbalan Ketua Kelab Bahasa Arab: Siti Farah bte Mohd. Nor


Ketua Biro Dakwah: Hj Haziq Ahmad Zaki b. Mohamad Zulkipli Al-Wasli
Timbalan Ketua Biro Dakwah: Ahmad Ubaidillah bin Bujang


Ketua Biro Khutub Khanah: Heffinie b. Leni
Timbalan Ketua Biro Khutub Khanah: Rabiatul Adawiyyah bte Mohamad Azaman


Ketua Biro Penerangan: Adie Fuad b Shafiee
Timbalan Ketua Biro Penerangan: Hamidah bte Kassim





Diharap jawatankuasa yang dilantik ini dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Apa yang penting ialah "Sami'na Wa Ato'na"(mendengar dan mentaati) apa yang diarahkan oleh guru - guru anda.







Sekian, Assalamualaikum..........














Yang Menulis

BADAN DISIPLIN MADRASAH ISLAMIAH.






Sunday, January 17, 2010

KRISIS KEPIMPINAN MADRASAH ISLAMIAH

Krisis kepimpinan Madrasah Islamiah sebenarnya telah berlaku pada 13 Januari yang lalu atas sebab alasan dengan cara pelantikan baru dan pengosongan secara mengejut Biro Dakwah.

Ini dijelaskan oleh saudara Hj Haziq Ahmad Zaki bin Mohamad Zulkipli Al-Wasli, Bekas Ketua Biro Dakwah yang mahu pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan krisis kepimpinan terutamanya di dalam dua jawatan yang penting, iaitu Biro Dakwah dan Ketua Pelajar.


Dua jawatan penting yang 'dipersoalkan' pada masa kini ialah kerana kurangnya persefahaman di dalam Biro Dakwah dan jawatan - jawatan yang lain.


Kerana krisis ini berlaku, terdapat perebutan kuasa berlaku juga di dalam isu jawatan - jawatan yang hangat diperkatakan di atas itu. Namun pada 15 April yang lalu, dengan bantuan Yang Berbahagia Mudirah, Datin Hjh Rohani Hj Awi, satu mesyuarat Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching(BKPMIBK) telah diadakan pada pagi Jumaat itu.


Mesyuarat itu bertujuan untuk memulihkan kepimpinan pengawas pada masa akan datang. Dengan adanya pemilihan pengawas - pengawas baru, krisis kepimpinan didapati telah selesai. Dengan kuasa 'Veto' mudirah yang ada, pemilihan baru jawatankuasa pengawas telahpun diisytiharkan dan semua jawatankuasa biro - biro telahpun dibubarkan. Pelantikan yang baru dan seterusnya akan diumumkan pada 22 Januari ini.







ANTARA PENGAWAS - PENGAWAS YANG DILANTIK


Ketua Pelajar(Sementara): Mohd. Subri bin Hj Rafaie

Setiausaha Pelajar(Sementara): Siti Farah binti mohd. Nor



AHLI BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH:


MUKA LAMA:

1. Hj Haziq Ahmad Zaki bin Mohamad Zulkipli
2. Hamidah binti Kassim


MUKA BARU:

1. Ahmad Ubaidullah bin Bujang
2. Hafinie bin Samad
3. Adie Fuad bin Shafiee
4. Rabiatul Adawiyyah binti Mohamad Azaman









MUQADIMMAH

Buat masa kini, belum adal lagi pengisian di dalam jawatan - jawatan di dalam biro - biro tersebut, namun satu mesyuarat khas akan diadakan pada Khamis(21 Januari 2010), dan pengumuman AJK BKPMIBK yang baru akan dibuat pada hari selepas hari yang tersebut.

Sunday, January 10, 2010

Lawatan Ilmiah dan Dakwah Habib Umar bin Hafidz


Seorang tokoh yang tidak asing lagi, Habib Umar bin Hafidz akan mengadakan lawatan dakwah beliau di beberapa tempat. Beliau pernah muncul di kaca televisyen pada Ramadhan 1430H yang lepas dalam rancangan Jejak Rasul TV3. Merupakan pengasas kepada sebuah madrasah yang terkenal, Darul Mustafa, sehingga kini beliau merupakan seorang ulama yang disegani di serata dunia. Ayuh, kita manfaatkan keberadaan beliau! Marilah kita ke taman-taman syurga!




Maklumat lanjut:
Blog Masjid al-Falah
Blog Fansuri

Pengalaman DLL 28 Disember 2009 di RTM Angkasapuri


Berikut merupakan catatan laporan mengenai rancangan siaran langsung Di Luar Lingkungan (DLL) pada 28 Disember 2009 bertempat di Angkasapuri RTM, Kuala Lumpur.

Klik di sini untuk huraian lanjut.

Thursday, December 31, 2009

Solat Gerhana 1 Januari



Marilah kita imarahkan peristiwa yang menakjubkan ini! Jumhur ulama bahawa melakukan solat gerhana adalah sunat muakkad, iaitu meninggalkannya adalah makruh.

Selepas solat Subuh, akan diadakan pembacaan sanad dan pengijazahan baki hadith musalsal pada Hari Asyura (10 Muharram 1431H / 27 Disember 2009) Ahad lepas.

Berjasa Kepada Masyarakat

2009: Tahun Berjumpa Alim Ulama dan Cendiakawan

Segala puji bagi Allah dan selawat atas baginda Nabi Muhammad sallallahu alahi wasallam, para sahabat dan orang-orang yang mengikutinya. Syukur kepada Allah, dalam tempoh yang singkat setahun terakhir berada di Semenanjung Malaysia ini, Allah telah memberikan nikmat dan faedah diri ini berkesempatan bertemu dengan para pewaris anbiya' (bukan mujaddid selebriti). Semoga pertemuan dengan mereka membawa barakah sehingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat amin. Semoga Allah meneguhkan mereka mendidik umat dan menghadapi musuh-musuh-Nya yang sering membuat makar. Amiin
Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari al-Maliki
Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Syeikh Syed Ali Abdul Majid, mantan pengetua Shubra (pusat tahfiz terkenal) Mesir
Habib Umar Abdul Rahman al-Jufri, ulama Madinah
Syeikh Syed Ahmad ibn Muhammad al-Maliki al-Hasani
Prof. Dr. Razak Sa'di al-Hasani, pensyarah Bahasa Arab UIAM
Habib Hassan Muhammad Salim al-Attas, sahabat Syed Muhammad ibn Alawi al-Maliki al-Hasani dari Singapura
Habib Umar Abdul Kadir al-Idrus
Habib Jufree al-Kailani, pemegang saham Amanah Wariseen (syarikat gergasi antarabangsa)
Habib Umar Abdul Aziz Shihab, anak murid Syed Muhammad ibn Alawi al-Maliki al-Hasani dari Palembang
Ulamak Hadhramaut yang merupakan waris Imam Habib Abdullah al-Haddad
Syeikh Yusuf Bakhour, Mufti Kanada & Khalifah Thariqah Syazuliah
Dari kiri: Syeikh Fahmi Zam Zam, Syeikh Rohimuddin (cucu saudara Syeikh Nawawi Bentani), Syeikh Yusuf Bakhour, Syeikh Baba Aziz (seangkatan Syed Muhammad ibn Alawi al-Maliki al-Hasani)
Bersama ulama
Syeikh Muhammad ibn Ibrahim al-Hasani, muhaddith dari Syria
Syed Muhammad Naquib al-Attas, pemikir ulung kontemporari
Prof. Dr. Wan Nor Wan Daud, seorang tokoh pemikir yang menghuraikan pemikiran Syed Muhammad Naquib al-Attas
Syeikh Ahmad Darwish, muhaddith Mesir

Pengacara Syed Munawar, Ustaz Uthman el-Muhammady (ISTAC), Prof. Madya Dr. Fakhruddin (Jabatan Usuluddin UM)

Dan tidak lupa kepada seorang ulama yang dikasihi, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki...

Semoga Kalian Berbahagia!

Tahun 2009 juga menyaksikan sahabat-sahabat melangkahkan kaki ke jinjang pelamin. Tahniah dan semoga kalian dilimpahi barakah, sakinah, mawaddah dan rahmah melengkapkan separuh daripada agama!

Tahniah juga kepada teman-teman yang tidak sempat dipenuhi undangan kalian!

Bang Naim & Adibah
Bang Krol & Kak Aisah
Fikri & Zet

Wednesday, December 30, 2009

2009: Dalam Kenangan

Januari
Gunung Angsi (3500 kaki), Negeri Sembilan ditawan: XPDC Ju Nekik Gunong PERKEPISMA 2009


Mac
7 Mac 2009: Tuntutan mansuhkan PPSMI. Tidak terkecuali terkena gas pemedih mata
Bengkel Dakwah Melalui Penulisan anjuran PERKEPIS bersama JAKIM
Muktamar PERKEPIS ke-11, ucapan YDP pimpinan baru, Sdr. Khairul Anwar Shazali


April

Maulidur Rasul Perdana 1430H, Masjid Negara
Jarah Ustaz Awang Pon di Shah Alam
Jarah Kuching


Jun
Tebik... huhu
Malam Tautan Anak Negeri, Pusat Asasi UIAM PJ

Riki KBS 4: Jejak kasih aktivis Task Force Miri, Ustaz Amir di Kem Rimba Ria

Perjumpaan Mahasiswa Islam Sarawak terjauh, Masjid Nilai Negeri Sembilan
Jarah seorang sahabat yang kemalangan, KUIS
Jarah Ustaz Awang Pon, di Hospital KPJ, Shah Alam


Julai
Majlis bersama Habib Umar Abdul Rahman al-Jufri, Bukit Indah, Ampang
Rami-rami berehat sebentar dalam perjalanan balik setelah majlis bersama Habib Umar
'Gaji' pertama saya (royalti PTS)
Bersama sahabat-sahabat PKPIM di Kompleks Mahkamah Wilayah Persekutuan mendengar sebutan kes isu kalimah Allah akhbar Herald.
Majlis Israk dan Mikraj 1430H di Masjid Taman TAR, Ampang
Majlis ilmu bersama HAKIM (Himpunan Intelektual Muda) di Taman Melati, Gombak
Bonda Pn. Lily di Perjumpaan Mahasiswa Islam Sarawak, Masjid Negara
Perjumpaan ilmiah bersama ahli Wataniah UIAM
al-Fatihah... pemergian seorang pejuang, pendidik dan pendakwah; Ustaz Awang Pon bin Awang Sebon


Ogos
Picture of the Year: Kem Berambeh Selaseh 4, Kem Herba Hulu Langat, Kajang
Majlis Makan Malam Yayasan Sarawak bersama YB Fadhilah & YB Saifudin
Kongres Pelajar dan Teras Kenegaraan; bersempa Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) ke-47 PKPIM
Rombongan pengilan Nikah Bang Naim & Adibah
Malam Tautan Anak Negeri MPAT ke-47; PERKEPIS
Malam Tautan Anak Negeri MPAT ke-47; PERKEPIS
Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) ke-47 PKPIM


September
Bersama RC Group UIA
Projek FYP Mael & Awe (Unmanned Aerial Vehicle - UAV)
Posing untuk Pelancaran UAV (hehe)
Pelancaran UAV
MIFTAH PKPIM Ramadhan 1430H, Masjid Negara
Majlis Nuzul Quran 1430H, Masjid Taman TAR, Ampang
Takbir Raya Posa 1430H, Suro al-Jariyah, Kpg Pujut 9
1 Syawal 1430H, Masjid an-Naim Lutong
Batalion Raya 1430H ke Marudi
Bersama dalam program Sederap Memburu Kecemerlangan, SMK Pujut, Tudan, Miri


Oktober
Majlis Hawl Memperingati Syeikh Syed Muhammad ibn 'Alawi al-Maliki al-Hasani, Madrasah Hasaniyah Bukit Sembilan, Rembau
Wacana Pemikiran Syed Muhammad ibn 'Alawi al-Maliki al-Hasani, Pusat Kesenian Islam, KL
Penutup Hawl Syed Muhammad ibn 'Alawi al-Maliki al-Hasani, Masjid Taman TAR, Ampang
Hawl Memperingati Imam Habib Abdullah al-Haddad, Masjid Baitul Makmur, KL


November
Demam FYP: Antara Terbang atau Tidak (huhu)
Demam FYP: Projek Electric Propulsion, Din AERO
Demam FYP: AMARAN, ini bukan (NOT) suicide bomber, ini adalah robot EMG, JZ & Nizam MECHA
Demam FYP: Robot Ikan; Malin MECHA
Nikah Bang Krol & Kak Aisah, Taman Sri Sena Semariang Kuching
Hari Raya Idul Adha 1430H. Kata Nu'aim, "Kedak rasa di Mekah ajak" -_-"


Disember
Hari presentasi poster FYP kepada pemeriksa luar, Galeri KAED UIAM
Teman seprojek, sdr. Hassan sedang membentang
Seminar Sufi di Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM, Jalan Duta
Sebelah malamnya, kami menziarahi para ulama di Ba'lawi KL, sebuah kediaman di Kemensah Gombak
Seminar Pengukuhan Pandangan Alam Islam & Syarahan Perdana Syed Naquib al-Attas
Pembacaan kitab Muwatta' karangan Imam Malik rahimahullah oleh ulamak hadith Mesir, Syeikh Ahmad Darwish bersempena Majlis Ma'al Hijrah 1431H di Masjid Taman TAR, Ampang
Majlis Pengijazahan Hadith Musalsal pada Hari Asyura 10 Muharram 1431H di Masjid Taman TAR, Ampang
Menjadi penonton LIVE rancangan Di Luar Lingkungan di Angkasapuri RTM, 28 Disember 2009