Madrasah agama penuh yang tertua di Negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Madrasah ini kini terletak di Bangunan Baitulmal, Jalan Haji Taha, Kuching.
"MAJU KE HADAPAN SEMUA"
MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING
Tingkat 3, Lot 3 & 4,
Bangunan Baitulmal, Jalan Haji
Taha, 93400, Kuching,
Sarawak, Malaysia.
e - mail : islamiahmadrasah@yahoo.com
: madrasahislamiah@gmail.com
Tel: 082 - 250432
facebook: madrasahislamiah@gmail.com
twitter: www.twitter.com/mibk
Flixster: www.flixster.com/user/madrasahislamiah
Weblog Lama: www.madarasahislamiah.blogspot.com
Weblog Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching:
www.badankebajikanpengawas.blogspot.com
Wednesday, February 16, 2011
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM
Sunday, January 23, 2011
GAMBAR KENANGAN SEMASA MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PADA 20 JANUARI YANG LALU
Dan tidak lupa juga jasa dan pengorbanan mudirah untuk kami selama ini, tidak dilupakan juga, hadiah penghargaan diberikan kepada Ustazah Hajah Rohani Haji Awi
Mudirah sedang menyampaikan hadiah penghargaan kepada guru baru, iaitu Ustazah Nur Fathah Haji Abdul Rahim
Yang Berbahagia Mudirah Madrasah Islamiah sedang menyampaikan hadiah penghargaan kepada Ustazah Fauziah Bujang Kipli
Kelihatan Yang Berbahagia Mudirah sedang menyampaikan hadiah penghargaan kepada Ustazah Marina Yahya
Kelihatan Yang Berbahagia Mudirah Madrasah Islamiah, Datin Ustazah Hajah Rohani Haji Awi menyampaikan hadiah penghargaan kepada Ustazah Noormala Ahmad
Gambar guru - guru( dari kiri ), Ustazah Marina Yahya, Ustazah Fauziah Bujang Kipli, Ustazah Hajah Rohani Haji Awi( Mudirah Madrasah Islamiah ), Ustazah Noormala Ahmad dan Ustazah Nur Fathah Haji Abdul Rahman.
Inilah gambar - gambar kenangan yang diberikan kepada kami. Diharap anda semua dapat melihat gambar - gambar kenangan majlis ini dengan jelas. Majlis ini diadakan pada 20 Januari yang lalu. Sepatutnya majlis penyampaian hadiah diadakan pada bulan November tahun 2010 yang lalu, tetapi keadaan yang tidak mengizinkan menyebabkan kami terpaksa melaksanakan majlis tersebut pada 20 Januri yang lalu.
Di atas juga ada gambar - gambar majlis penyampaian hadiah penghargaan untuk semua guru. Tujuan majlis penyampaian hadiah itu diadakan adalah bagi mengenang jasa guru - guru yang telah lama berkhidmat di Madrasah Islamiah.
Tidak lupa juga, Mudirah kami, Datin Ustazah Hajah Rohani Haji Awi juga turut menerima hadiah penghargaan kerana jasa dan sumbangannya kepada Madrasah Islamiah dan perkhidmatannya sebagai Mudirah Madrasah Islamiah
Catatat: Pada hari Jumaat, iaitu 21 Januari 2011, kami juga mengadakan sesi bergambar. Jadi gambar - gambar ini bercampur dengan gambar - gambar pada majlis penyampaian hadiah itu. Diharap anda semua jangan keliru.
Thursday, January 20, 2011
Seni bina masjid
|
|
Masjid adalah seni bina yang amat sinonim dengan masyarakat Islam. Ia merupakan mercu tanda yang amat ketara di sesebuah penempatan Islam. Perkataan masjid bermaksud tempat untuk bersujud atau tempat bersembahyang dan ia berasal daripada perkataan Arab, sujud yang menjelaskan cara orang Islam bersembahyang.
Perkataan masjid juga mempunyai persamaan maksud bagi perkataan Sepanyol iaitu mezquita. Perkataan ini diadaptasi dari Sepanyol yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Umayyah dan wilayah Islam pertama yang terletak di Eropah. Masjid juga dikenali dengan pelbagai nama di Eropah, seperti mosque (Perancis), moschee (German), moschea (Itali).
Di dalam sejarah Islam, seni bina masjid bermula dengan struktur seni bina yang amat ringkas. Walaupun Rasulullah SAW berasal dari Mekah dan memulakan seruan Islam di sana tetapi masjid pertama yang didirikan oleh baginda adalah ketika peristiwa hijrah.
Ada yang menyatakan Masjid Quba sebagai masjid yang pertama yang didirikan oleh baginda dan Saydina Abu Bakar r.a. Namun, ada penyelidik yang memilih Masjid Nabi atau Masjidil Nabawi di Madinah sebagai masjid yang pertama kerana ia mempunyai peranan dan fungsi yang lebih besar dalam penubuhan pemerintahan Islam yang pertama.
Ia berperanan sebagai tempat untuk bersembahyang, tempat untuk belajar mengenai Islam dari Rasulullah SAW, tempat bermesyuarat mengenai hal ehwal keselamatan, sosial dan ekonomi Madinah ketika itu.
Seni bina Masjid Nabawi ketika itu digambarkan seperti sebuah dewan luas yang tidak tinggi dan mempunyai ruang yang dibahagikan oleh sembilan baris tiang tiap satunya dan mempunyai arah kiblat yang menunjukkan arah Mekah.
Kesederhanaan seni bina Islam ini berlangsung sehingga Dinasti Umayyah di bawah pemerintahan Khalifah al-Malik dan puteranya al-Walid I.44
Sewaktu kerja-kerja pengubahsuaian Masjid Nabawi dijalankan, baginda telah membesarkan saiz dewan sembahyang dan ditambah dengan tiang-tiang dari wilayah luar berserta hiasan.
Sewaktu Dinasti Abbasiyah pula, Ibnu Abbas r.a. menggunakan seni bina sebagai satu alat propaganda dalam menunjukkan kehebatan dan kekuatan kerajaan Islam ketika itu.
Selari dengan perkembangan Islam keluar dari Semenanjung Tanah Arab, seni bina masjid juga turut berkembang dalam pelbagai gaya dan bentuk seni bina.
Dari Barat sehingga ke Timur berbagai-bagai rekaan seni bina masjid didirikan bagi membolehkan umat Islam berkumpul dan beribadat.
Secara amnya seni bina masjid sering dikaitkan dengan kubah berbentuk bulat dan menara tetapi tidak semua masjid di wilayah Islam mempunyai kedua-dua ciri ini. Contoh yang terdekat adalah masjid tradisional Dunia Melayu.
Seni bina masjid Dunia Melayu sebelum abad ke 19 tidak mempunyai kubah. Masjid Dunia Melayu kebanyakannya mempunyai atap tumpang yang bertingkat.
Di China pula, masjid mempunyai seni bina yang hampir sama dengan seni bina kediaman masyarakat tempatan tanpa kubah dan dihiasi dengan hiasan masyarakat tempatan seperti kaligrafi, motif awan larat, dan bunga teratai.
Persamaan yang ada dalam seni bina masjid yang didirikan dari Barat hingga ke Timur dan dari dahulu sehingga sekarang ialah dewan sembahyang yang luas bagi memuatkan jumlah jemaah yang ramai, mihrab (tanda yang menunjukkan arah kiblat) dan tempat untuk mengambil air sembahyang.
Setiap masjid juga mempunyai mimbar bagi para khatib membaca khutbah sewaktu sembahyang Jumaat dan sembahyang Aidiladha dan Aidilfitri. Rekaan mimbar adalah pelbagai dan menarik bagi setiap wilayah Islam.
Di galeri seni bina Muzium kesenian Islam Malaysia terdapat pelbagai contoh masjid dari Timur Tengah, Asia Tengah, China dan Asia Tenggara.
Pameran di galeri ini dimulakan dengan dua buah model masjid yang mempunyai kedudukan yang penting dalam Islam iaitu Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Kepelbagaian bahan binaan, rekaan dan keindahan sentuhan artistik masyarakat Islam tempatan dapat dilihat dengan jelas pada setiap model seni bina yang dipamerkan.
Saturday, January 1, 2011
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
DAN SELAMAT BERSEKOLAH MENENGAH KEPADA PELAJAR - PELAJAR SEKOLAH RENDAH YANG BARU SAHAJA MENAMATKAN SESI SEKOLAH RENDAH MEREKA.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, MUDAH - MUDAHAN MENDAPAT ILMU YANG BERMANFAAT.