"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....




1 OKTOBER 2009 MASIHI....

MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

Madrasah Islamiah Bandar Kuching,
Tingkat 3, Lot 3 & 4,
Bangunan Baitulmal, Jalan Haji
Taha, 93400, Kuching,
Sarawak, Malaysia.


e - mail : islamiahmadrasah@yahoo.com

: madrasahislamiah@gmail.com

Tel: 082 - 250432

facebook: madrasahislamiah@gmail.com

twitter: www.twitter.com/mibk


Flixster: www.flixster.com/user/madrasahislamiah

Weblog Lama: www.madarasahislamiah.blogspot.com

www.bkpmik.blogspot.com

Weblog Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching:

www.badankebajikanpengawas.blogspot.com



Sunday, February 28, 2010

MAJLIS SEMASA MAULIDUL RASUL




GAMBAR TOKOH - TOKOH ULAMA' YANG ADA DI SARAWAK INI. DARI KIRI: AL-FADHIL UST. WAN IZUDDIN AL-IDRUSS, AL-FADHIL UST. HABBIB MUSTOFA B ALI AL-HADDAD, AL-FADHIL UST. HJ ADHLAN.

25 Febuari 2010:


Pukul 7.30 malam:

1.Maulid Sempena Hari Keputeraan Baginda Rasullullah S.A.W di Semerah Padi, Samariang.

2.Maulid Sempena Maulid Nabi S.A.W di rumah Habbib Muhammad B Alawi Al-Attas.

3.Ceramah agama khas di Surau Sri Bahagia, Sri Bahagia(Kediaman Tun Abdul Rahman Yaakub), Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Kuching.

4. Maulid Nabi di Masjid Jamek, Petra Jaya, Kuching.

MASJID JAMEK NEGERI SARAWAWAK, PETRA JAYA, KUCHING.

5.Sambutan Maulidul Rasul peringkat Jalan Astana di Masjid Al-Firdaus,

6. Sambutan Maulid Nabi Peringkat Kampung Malaysia Jaya di Masjid Darul Abidin, Kampung Malaysia Jaya, Kuching.






Jumaat, 26 Febuari 2010, 12 Rabiul Awwal 1431 Hijrah:


1. Khutbah Khas sempena Maulid Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Jamek, Petra Jaya, Kuching.

2.Pukul 7.30 malam: Malam Memperingati Rasullullah S.A.W di Amfiteater Waterfront, Kuching.



Sabtu, 27 Febuari 2010:


1. Pukul 9.00 pagi: Sambutan memperingati jasa baik Rasullullah kepada ummatnya di Surau Sri Bahagia, Kuching.

2. Sambutan Maulid Nabi secara kecil - kecilan di Sekretariat PERKEPIS, Gita.

3. Sambutan memperingati Rasullullah S.A.W di Siol Kandis, Kuching.



Ahad, 28 Febuari 2010:


7.30 malam:


1. Ceramah Khas sempena maulid Nabi di Surau Al-Kausar, Kuching

2. Ceramah Khas sempena Maulid Nabi di Masjid At-Taqwa, Gita, Kuching.

3. Tayangan Video khas sempena mengenang jasa Rasullullah S.A.W di Sekretariat ABIM, Gita.


Thursday, February 25, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL






KAMI DI MADRASAH ISLAMIAH, MENGUCAPKAN SELAMAT BERCUTI UMUM DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SALLALLLAHU ALAIHI WASSALAM.





Berusaha amal sunnah Nabi SAW


Perarakan melibatkan pelbagai lapisan umur masyarakat adalah antara aktiviti yang sering dilakukan semasa sambutan Maulidur Rasul. - Gambar hiasan


SABAN tahun apabila menjelang tarikh 12 Rabiulawal, umat Islam akan menyambut peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang membawa rahmat kepada sekelian alam.

Malangnya, tidak ramai di kalangan kita yang benar-benar menghayati sirah baginda SAW. Seterusnya menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.

Sebabnya, belum wujud perasaan kasih dan sayang yang tinggi terhadap nabi yang terakhir walaupun baginda disenaraikan sebagai The 100 A Ranking Of The Most Influential People in History tulisan Michael Hart.

Itulah yang ditekankan oleh Pegawai Agama Islam Daerah yang juga Kadi Daerah Kuala Selangor, Zainal Abidin Sulaiman dalam kuliah subuh bertajuk 'Menghayati Sirah Nabi Muhammad SAW'.

Kuliah itu disampaikan di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor sempena sambutan Maulidur Rasul pada 26 Februari ini.

Antara kehebatan Nabi SAW adalah kelahiran baginda telah diceritakan menerusi kitab Taurat dan Injil.

Namun, golongan Yahudi dan Nasrani sengaja menyembunyikan fakta tersebut kerana dengki disebabkan nabi akhir zaman bukanlah daripada kalangan mereka. Nabi akhir zaman adalah dari kalangan orang Arab.

Kata Zainal, dalam al-Quran memang banyak diceritakan dengan kelahiran Nabi SAW sebagai pembawa rahmat ke atas sekelian alam.

Antaranya, firman Allah yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam. (al-Anbiya': 107).

* Dan ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang jelas nyata! (as-Saff: 6)

Menurut Zainal, dengan memahami sirah nabi SAW, umat Islam akan berdiri untuk melaksanakannya. Ini kerana di dalamnya terkandung ayat al-Quran dan hadis dalam lapangan hidup yang pelbagai.

Katanya, hal ini penting supaya kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.

"Kita nak ikut atau mencontohi Nabi SAW bukan maksud mengikut tempat di Arab tetapi berdasarkan keadaan tempat kita sebagai mana diterangkan dalam kitab Bahrul Mazi (lautan madu)," katanya.

Antara yang boleh kita amalkan adalah sunat mengucup hujung jari selepas makan. Ini supaya umat Islam dilihat sebagai yang menitik beratkan kebersihan.

Kata Zainal, Nabi Muhammad SAW walaupun semasa makan roti kering, baginda tetap mengucup hujung jari sebab ada keberkatan.

Menurutnya, dalam hidup seharian, kita boleh amalkan membaca doa sebelum dan apabila bangun tidur, masuk tandas dengan kaki kiri dan berdoa, keluar tandas dengan kaki kanan dan berdoa.

"Itu sekurang-kurangnya yang boleh kita lakukan dalam seharian. Jangan langsung tidak mencontohi sunnah Nabi SAW.

"Apabila kita melaksanakan perkara-perkara begini, akan datang rasa tenang dan gembira dalam hati yang tidak dapat diterjemahkan dengan perkataan," jelasnya.

Bagi pasangan suami isteri pula, kata Zainal, antara sunnah baginda adalah mandi bersama untuk menyemarakkan lagi kasih sayang.

Namun, katanya, tidak ramai pasangan suami isteri yang mengamalkannya.

"Malah ada pasangan yang apabila ditanya tentang perkara itu menjawab, mana boleh suami isteri mandi bersama," jelas beliau.

Dalam satu kisah, kata Zainal, bagi membuktikan Nabi SAW sebagai utusan Allah kepada sekelian makhluk telah bertemu dengan seekor kijang yang terjerat.

Katanya, kijang itu merayu kepada baginda agar dilepaskan kerana sudah tiba masa untuknya menyusukan anak.

"Kijang itu kemudiannya berbaiah dengan Nabi SAW yang ia akan kembali semula ke jerat itu selepas selesai menyusukan anaknya.

"Benarlah selepas selesai, kijang itu masuk semula dalam jerat itu dan baginda pun mencari tuan punya jerat untuk membeli kijang tersebut.

"Akhirnya pemilik jerat itu menghadiahkan kijang itu kepada Nabi SAW dan baginda pun melepaskan haiwan tersebut," kata beliau.

Sejarah ringkas Nabi SAW

Nabi Muhammad telah diputerakan di Mekah, pada Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah.

Ayahnya, Abdullah, ialah anak Abdul Mutalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan ke-40.

Ayahnya meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim.

Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Saadiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda dibawa ke Mekah mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Mutalib.

Selepas datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Pada usia remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak.

Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka.

Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah).

Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
























Ucapan khas daripada Mudirah Madrasah Islamiah


Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera & salam bahagia kepada anda semua, mudah - mudahan diberkati & dirahmati oleh Allah selalu.


Selawat dan salamlah banyak - banyak kepada Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, sempena dengan hari Kelahiran Baginda.


Rasullullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin dan juga seorang utusan Allah yang paling mulia di muka bumi Allah ini. Sesungguhnya Rasullullah lah pemimpin yang paling agung di muka bumi Allah ini.



DATIN HJH ROHANI HJ AWI

MUDIRAH MADRASAH ISLAMIAH

Monday, February 22, 2010

Selamat Menyambut Hari Jadi Kepada Hj Haziq Ahmad Zaki...



Selamat menyambut Hari Lahir yang ke - 18 khas dari Madrasah Islamiah Bandar Kuching kepada Hj Haziq Ahmad Zaki bin Mohamad Zulkipli Al-Wasli, di mana hari kelahirannya, iaitu pada hari ini jatuh pada hari Selasa.





MAJLIS HARI JADI HJ HAZIQ AHMAD ZAKI.


Majlis ini disambut dengan sederhana sahaja tetapi meriah. Walaupun disusuli denga sedikit kekurangan, tetapi tetap meriah. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada saudara Hj Haziq Ahmad Zaki bin Mohamad Zulkipli Al-Wasli, yang menyambut hari lahirnya yang ke - 18.


Pengerusi Majlis pada masa itu ialah saudara Adie Fuad bin Shafiee. Disusuli dengan doa selamat serta ucapan alu - aluan daripada mudirah Madrasah Islamiah, Ustazah Hajah Rohani Haji Awi.


Majlis ulang tahun ini juga diserikan dengan lagu "Allah Selamatkan Kamu". Semuanya tetap meriah dan turut menyanyikan lagu tersebut.









UCAPAN KHAS DARIPADA USTAZAH MUDIRAH MADRASAH ISLAMIAH.





Alhamdulillah, segala puji - pujian hanya bagi Allah, serta selawat dan salam dicurahkan kepada Nabi Muhammad dan keluarga serta para sahabat baginda.

Syukur Alhadulillah dan tahniah saya ucapkan kepada Hj Haziq Ahmad Zaki bin Mohamad Zulkipli, kerana menyambut hari lahirnya yang ke - 18. Tahniah saya ucapkan untuk dia. Walaupun dia seorang yang sedikit nakal dan amat kuat bergurau, tetapi dia merupakan seorang timbalan ketua pelajar yang jujur dan sopan santun.


Walaupun begitu juga, saya harapkan bahawa agar beliau dilanjutkan usianya dan dimurahkan rezekinya.





Dan juga semoga Allah lanjutkan usia kita.


Sekian, Assalamualaikum..........



Hjh Rohani bte Hj Awi
MUDIRAH MADRASAH ISLAMIAH.







UCAPAN DARIPADA KETUA PELAJAR MADRASAH ISLAMIAH.





Salam bahagia & salam 1 Malaysia kepada anda semua, mudah - mudahan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Tanpa izinnya, kita tidak mungkin akan bersama pada hari yang mulia ini. Tahniah diucapkan kepada saudara Timbalan Ketua Pelajar Madrasah Islamiah, Hj Haziq Ahmad Zaki, yang telahpun selamat meraikan hari jadinya yang ke - 18 di Madrasah Islamiah.

Salam bahagia sekali lagi, kita semua tahu yang hari - hari yang kita lalui ini berlaku dengan pantasnya, tetapi kita tidak tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini.



Walau apapun, kesemuanya adalah takdir daripada Allah Azza Wa Jalla.




Salam dari saya
MOHD SUBRI BIN HAJI RAFA'IE

KETUA PELAJAR MADRASAH ISLAMIAH.







UCAPA SEKALUNG TAHNIAH DARIPADA TIMBALAN SETIAUSAHA BADAN PELAJAR MADRASAH ISLAMIAH.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, dan selawat serta salam kita curahkan kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian.


Syukur ke hadrat Allah kerana Hj Haziq telahpun selamat meraikan hari jadinya yang ke - 18. Mohon maaf sekiranya mempunyai salah silap kata dan sebagainya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.

Mohon maaf atas semua kesalahan yang saya pernah lakukan dengan pihak Madrasah Islamiah pada sekarang ini.


Saya di sini, juga mewakili saudari Siti Farah bte Mohd. Nor, yang juga Setiausaha Badan Pelajar Madrasah Islamiah, ingin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah kepada timbalan ketua kami, iaitu Hj Haziq Ahmad Zaki.


Semoga Allah lanjutkan usianya dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Amin......


HAMIDAH BINTI KASSIM
TIMBALAN SETIAUSAHA PELAJAR MADRASAH ISLAMIAH.







Yayasan CIMB sedia RM2.4j untuk 10 sekolah angkat


Murid-murid tahun enam SK Jelutong teruja melihat portal Tutoruntuk UPSR selepas majlis pelancaran Program Penguasaan ICT di SK Jelutong di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 22 Feb. - Yayasan CIMB memperuntukkan RM2.4 juta kepada 10 sekolah angkat di seluruh negara menerusi Program Mempromosi Kebijaksanaan, Mengasah Bakat dan Menyuntik Tanggungjawab (Pintar) pada tahun ini.

Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat Kumpulan CIMB, Ung Su Ling berkata, peruntukan itu akan diagih-agihkan ke semua sekolah angkat yayasan berkenaan bagi menjayakan pelbagai aktiviti di bawah program tersebut.

Katanya, jumlahnya lebih besar berbanding tahun lalu RM780,000, sekali gus membuktikan komitmen yayasan berkenaan dalam membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar di luar bandar.

''Di bawah program itu tahun lalu, kita telah melancarkan projek perintis program penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan menyumbang komputer di dua buah sekolah masing-masing di Perlis dan Kelantan.

''Hasil program itu, pelajar dari kedua-dua sekolah yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah menunjukkan peningkatan sebanyak 80 peratus.

''Melalui kejayaan itu, Yayasan CIMB memperluaskan program ICT ke Sekolah Kebangsaan Jelutong hari ini dan turut menyumbang sebanyak 45 komputer baru," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas pelancaran program penguasaan ICT di SK Jelutong dan penyerahan replika cek tajaan komputer dan langganan portal pendidikan Tutor yang disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah CIMB Bank, Datuk Seri Stephen Yeap Leong Huat.

Turut hadir, Ketua Sektor ICT Jabatan Pelajaran Negeri, Tan Hock Lee dan Pengurus Kanan Pemasaran dan Pembangunan Perfisio Solutions Sdn. Bhd., yang merupakan anak syarikat Kumpulan Utusan, Mohd. Yusni Abdul Ghani.

Program penguasaan ICT itu turut menjalin kerjasama dengan Kumpulan Utusan menerusi langganan portal pendidikan Tutor untuk dimanfaatkan secara percuma oleh murid-murid sekolah terlibat selama setahun.

Su Ling berkata, pihaknya juga sudah menyediakan sebanyak 210 buah komputer untuk diedarkan kepada baki tujuh buah sekolah angkat yayasan itu secara berperingkat-peringkat bermula bulan depan.

Dalam pada itu, Mohd. Yusni berkata, melalui portal Tutor, para pelajar dapat mengikuti peperiksaan percubaan secara dalam talian yang bakal mempunyai 170,000 soalan tahun ini.

"Kita berharap semua murid yang terlibat akan mendapat pelbagai manfaat menerusi program ini dan pada masa sama meningkatkan pengetahuan mereka dalam penggunaan ICT," katanya.

Saturday, February 20, 2010

Perutusan Daripada Mudirah................


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, salam sejahtera & salam 1 Malaysia kepada anda semua, mudah - mudahan mendapat rahmat dan berkat daripada Allah subhanahu wa taala.

Salam sekali lagi semua, di mana Kelab Bahasa Arab telahpun bermula dengan selamat dan teratur, apabila kelab ini, di mana saya adalah Guru Penasihat nya, telah memberi bimbingan sepenuhnya dengan cemerlang, gemilang & terbilang.


Saya telah mengajar murid - murid agar mereka lebih memahami Bahasa Arab dengan lebih jelas lagi.

Kami semua, iaitu di pihak jawatankuasa Kelab Bahasa Arab memang sudah bersedia dari awal lagi untuk membuka kelas ini pada tiap - tiap Hari Jumaat.






Sekian Dari Saya..............


HJH ROHANI BINTI HAJI AWI
Mudirah Madrasah Islamiah merangkap Guru Penasihat Kelab Bahasa Arab Madrasah Islamiah.



Thursday, February 18, 2010

Permulaan Kelab Bahasa Arab di Madrasah Islamiah...

Pada pagi tadi, iaitu pada pukul 11 pagi, bermulalah sebuah perhimpunan, tetapi ianya hanya dilihat sebagai perhimpunan sahaja, bukannya "perhimpunan yang sebenar - benarnya". Pada pagi tadi juga, Yang Berbahagia, Mudirah Ustazah Hajah Rohani Haji Awi, juga selaku Guru Penasihat Kelab Bahasa Arab merasmikan Kelab Bahasa Arab buat kali pertamanya pada tahun ini. Perhimpunan yang tidak berapa formal ini diadakan adalah untuk menyemarakkan kembali zaman kegemilangan Bahasa Arab di Madrasah Islamiah pada tahun 2005 yang lalu......


Pelajar - pelajar semua disuruh agar menghafal apa yang mereka faham tentang apa itu ayat - ayat 'singular' dan ayat - ayat 'plural' di dalam bahasa arab itu. Ini adalah bagi menguji minda pelajar - pelajar yang ingin mendalami lagi bahasa arab secara lebih dekat dan jelas.


Namu ada juga pelajar - pelajar yang masih kurang faham tentang kepentingan bahasa arab di sesebuah sekolah agama mahupun pondok. Ujarnya mereka yang tidak faham itu tentulah akan mengatakan 'susah benda - benda yang macam ini bagi saya' , padahal ianya amatlah senang...


Kisah ini sebenarnya sudah lama berlalu, tetapi masih ada juga pelajar - pelajar yang tidak memahami bahasa arab merungut.


Itulah sebabnya kelas seperti ini diadakan.................

Wednesday, February 17, 2010

KENANGAN DI MADRASAH ISLAMIAH






Gambar ini diambil semasa Majlis Muhibbah diantara Madrasah Islamiah dengan Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak.





Bahasa oh bahasa!


Islam menggalakkan umatnya menggunakan bahasa yang indah dan baik-baik apabila bertutur. -Gambar hiasan


BAHASA merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis.

Percakapan atau tulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna mendalam dan juga mampu menyentuh perasaan.

Justeru, Islam menggalakkan umatnya menggunakan bahasa yang indah dan baik-baik apabila bertutur.

Rasulullah SAW sendiri berdakwah menggunakan bahasa yang paling baik dan halus dan tidak pernah menggunakan bahasa yang kesat dan kasar dalam pengucapan baginda.

Sifat ini seharusnya dicontohi terutama sekali para remaja supaya dapat menggunakan bahasa yang baik dan teratur dalam percakapan seharian.

Luqman Al-Hakim juga berpesan dengan anaknya, menggunakan istilah 'wahai anakku' yang menggambarkan kelembutan seorang ayah dalam menasihati anaknya sehingga termaktub dalam al-Quran (Luqman:12-19).

Penulis buku motivasi terkenal, La Tahzan (Jangan Bersedih), Dr. Aidh Abdullah al-Qarni juga ada berkata dalam suatu temuramah, "Islamlah yang mengajak orang untuk memiliki kebebasan berekspresi. Tapi ada dua syarat dalam hal ini. Jangan sampai menghina suatu agama dan, kedua, jangan sampai merosak dan memfitnah orang lain."

Ini menunjukkan bahawa bersuara tidak mengehadkan batas pemikiran manusia, tetapi harus dilakukan dengan batas lingkungan yang benar dan beretika.

Namun dapat diperhatikan senario pada hari ini, ialah penggunaan bahasa yang semakin kasar dan kadangkala juga boleh menggugat keimanan.

Ia terserlah dalam penggunaan bahasa di kalangan muda-mudi termasuk remaja, dalam blog penulisan, bait lagu dan puisi, serta dalam rancangan di televisyen atau radio.

Penggunaan bahasa pasar dan bahasa kasar sememangnya kurang enak didengar, namun itulah realiti yang terpaksa ditelan hari ini.

Persoalannya, adakah rancangan-rancangan tidak akan laku sekiranya tidak menggunakan bahasa yang indah dan teratur?

Adakah setiap program memerlukan jenaka yang kadangkala berlebihan dan kurang sedap didengar untuk menarik perhatian penonton?

Adakah bahasa yang digunakan dalam lagu misalnya tidak melambangkan sikap dan jiwa sebenar seseorang itu?

Oleh itu, remaja perlu berfikir secara mendalam akan penggunaan bahasa agar ia tidak menyinggung perasaan orang lain sekali sekalipun untuk menyatakan kebenaran.

Antara gurauan dan igauan

Dalam menggunakan bahasa, perkara-perkara seperti sebutan, ejaan, kosa kata, tanda baca dan sebagainya dipanggil tatabahasa dan ia merujuk kepada struktur dan binaan ayat.

Manakala peraturan-peraturan bagi memilih bentuk sapaan, ganti nama, bentuk hormat, dan perbuatan menyentuh orang, mengiktiraf taraf sosial, taraf pendidikan, usia orang dan lain-lain pula boleh dipanggil sebagai budi bahasa.

Budi bahasa adalah sesuatu yang penting apabila bertutur dan berkomunikasi, walaupun sedang berjenaka dan bergurau.

Yang menjadi masalahnya ialah apabila ramai antara kita yang cuba bergurau tetapi menggunakan bahasa yang kurang enak didengar dan kadangkala mengaibkan orang lain.

Islam tidak melarang berjenaka dan bergurau, tetapi tidak harus berlebih-lebihan. Menghiburkan diri dengan jenaka atau kata-kata gurauan boleh menghilangkan kerisauan hati tetapi dalam masa yang sama ia kadangkala mengundang sensitiviti kepada orang yang terlibat dan mendengar.

Oleh itu, remaja harus sentiasa berhati-hati agar tidak menyinggung perasaan sesiapa dan pastinya kita mengharapkan perbuatan yang serupa daripada orang lain juga.

Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik dan hati memproses emosi.

Apabila seseorang memberi tindakbalas yang positif, secara automatik emosi akan berasa ceria dan bersemangat dan begitulah sebaliknya.

Apatah lagi sekiranya berjenaka tentang agama yang bermaksud untuk memperlekehkan agama.

Ia mungkin berlaku tanpa disedari, sebagai misalnya berlawak mengenai hukum-hakam yang sudah sedia maklum wajib dilakukan seperti bersolat, berpuasa, dan asas-asas rukun Islam dan rukun Iman yang lain.

Ada juga yang tanpa sedar berjenaka mengenai tuntutan yang wajib dilakukan seperti menutup aurat, menjaga kewajipan dengan jiran dan guru, poligami dan sebagainya.

Paling tidak pun, bergurau dengan memendekkan istilah-istilah yang baik seperti astaga, La'ilah,dan sebagainya dengan tujuan menimbulkan rasa geli hati kepada pendengar. Semua ini akan menjejaskan keimanan walaupun dilakukan tanpa sedar dan niat.

Adalah menjadi suatu kebiasaan pula di masa kini untuk menyelitkan lawak jenaka dalam majlis-majlis ilmu.

Sesetengah orang berpendapat bahawa tanpa jenaka sesebuah ceramah akan menjadi bosan dan tidak menarik.

Mungkin ada benar. Dan mungkin juga ia kurang tepat. Bagaimana ilmu boleh disampaikan secara berkesan sekiranya disampaikan dengan lawak dan terlalu santai? Apakah matlamat sebenar apabila berceramah? Memastikan matlamat seminar tercapai atau membuat orang ketawa?

Justeru, penggunaan bahasa dalam bergurau dan jenaka mesti digunakan sebaik-baiknya kerana dibimbangi boleh membawa interpretasi yang salah yang menyinggung manusia dan hukum-hukum Allah.

Sekiranya ia dilafazkan untuk meredakan ketegangan minda dan sekadar menaikkan suasana ceria, bolehlah dilakukan sekadarnya.

Apa yang penting, gurauan dan jenaka bukanlah jalan untuk mengalih dan menutup pintu kebenaran. Kerana apabila manusia sudah terlalu gembira, kadangkala mereka terlupa akan isu pangkal dan fokus sebenar.

Syirik tanpa sedar

Selain itu kita juga sering disajikan dengan lagu-lagu, sajak, drama atau filem yang menggunakan bahasa-bahasa yang menggambarkan cinta manusia lebih unggul daripada cinta kepada Allah SWT.

Lambakan lagu yang menggunakan istilah seperti 'tidak boleh hidup tanpamu', 'hidup matiku hanya untukmu' dan sebagainya menggambarkan bahawa manusia seolah-olah telah menjadi hamba kepada cinta dan manusia bergantung kepada manusia yang lain sedangkan Allah telah menjadikan manusia dengan kemampuan dan kelebihan yang tersendiri.

Terdapat juga lagu-lagu yang tanpa kita sedari menyalahkan takdir atas musibah yang berlaku, sedangkan dalam Islam kita harus percaya kepada ketentuan qadar dan qada yang Allah tentukan. Lagu digambarkan seolah-olah hidup akan hancur selepas kehilangan sesuatu atau seseorang, ataupun sedangkan kita dituntut untuk bersabar, percaya dan bertawakal kepada Allah.

Begitu juga dengan nyanyian, iaitu pada dasarnya ia tidak sepatutnya melekakan apatah lagi memuja-muja sesuatu selain Nya yang boleh membawa ke arah syirik.

Menggunakan perkataan seperti dewa, dewi, idola dan lain-lain sebagai manifestasi kepada orang yang dicintai adalah sesuatu yang salah.

Sungguhpun ia digunakan untuk menggambarkan betapa agungnya kecintaan terhadap seseorang, ia menyalahi konsep bahawa yang perlu diagungkan adalah Tuhan yang kekal abadi, dan bukan manusia dan dunia yang fana ini.

Harus diingat bahawa pengucapan kepada manusia tidak boleh melebihi tingginya kuasa Allah. Malang sekali apabila radio dan stesen TV juga menyiarkan lagu ini sewenangnya tanpa berfikir akan implikasinya apabila ia menjadi siulan ramai.

Memang tidak salah para remaja menjadi orang-orang yang dinamik dalam menggunakan istilah dan konsep. Tetapi setiap istilah terkandung makna dan makna dalam istilah agama berkait rapat dengan al-Quran dan hadis.

Seperti juga orang-orang Barat mengemukakan istilah-istilah tertentu untuk dipopularkan, tetapi ia terkandung maksud yang bercanggah atau tidak serasi dengan tradisi dan budaya orang Islam.

Orang Barat mengguna pakai sesuatu istilah, kadang-kadang berkait rapat dengan tradisi, budaya dan pancaran daripada sistem kepercayaan atau agamanya.

Para remaja yang hidup dalam negara merdeka amat mustahak menjaga kepentingan jati diri. Memelihara jati diri tidak semestinya menyebabkan para remaja menjadi tertutup terhadap pengaruh baik daripada budaya dan tradisi orang lain.

Budi bahasa yang baik sememangnya menyenangkan hati semua orang dan lebih baik disertakan dengan perbuatan yang yang baik. Bak kata pepatah Melayu, 'Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa'.

Kesimpulan

Penggunaan bahasa dalam komunikasi seharian bukan kecil fungsinya. Penggunaan bahasa yang tepat dan benar memberikan makna mendalam dan struktur yang kukuh dalam menyampaikan sesuatu maksud.

Untuk bercakap mengenai kebenaran, tidak semestinya dalam nada yang keras dan kasar. Ia boleh disampaikan dengan nada yang lembut, tetapi tegas dan berprinsip.

Untuk berbeza pendapat juga tidak semestinya meninggi suara atau melukakan, tetapi harus dibalas dengan ilmu, fakta dan berbudi bahasa. Oleh itu, remaja harus berupaya membezakan antara yang baik dan buruk, serta tidak hanya terikut-ikut sesuatu perkataan atau perbuatan hanya dikatakan untuk mengikut peredaran zaman.




Hj Haziq Ahmad Zaki ialah Timbalan Ketua Pelajar merangkap Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah
















Hikmah di sebalik musibah


Kerosakan alam lumrahnya mengakibatkan kerugian bagi manusia.


MUTAKHIR ini kita selalu saja mendengar berita tentang musibah (bencana) yang berlaku di serata dunia. Alam seolah-olah begitu murka dengan keserakahan umat manusia yang dengan rakus mengeksploitasinya tanpa henti.

Mengapakah musibah selalu saja menimpa kita? Mungkin kita akan menemukan banyak pendapat mengapa ini terjadi.

Ahli geologi akan mengatakan: "Ini hanya peristiwa alam biasa". Para dukun pula akan mengatakan: "kejadian-kejadian tersebut adalah penanda pergantian zaman".

Namun semua yang demikian adalah pendapat saja. Dalam pandangan al-Quran, musibah-musibah adalah merupakan ketentuan (takdir) yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang yang beriman harus bertawakal. (at-Taubah: 51).

Pada ayat ini, Allah menegaskan bahawa setiap peristiwa yang terjadi semuanya telah digariskan Allah. Dan hanya kepada Allah, kita berlindung.

Mengapakah Allah menimpakan bencana kepada umat-Nya, umat yang mengimani dan menyembah-Nya dalam ajaran yang benar dan hak? Mengapa bukan orang-orang kafir saja ditumpaskan dengan bencana?

Jawabnya adalah kerana di sebalik setiap takdir, pastilah terdapat makna yang tersembunyi. Ini termasuklah dalam beberapa musibah yang melanda kita. Dan bagi yang tertimpa musibah, setidak-tidaknya dapat memetik hikmah atas apa yang menimpa mereka.

Mereka yang lolos dari bencana adalah orang-orang yang beruntung kerana masih sempat ditegur oleh Allah SWT. Mereka yang lolos masih diberi kesempatan oleh Allah untuk memperbaiki kualiti ketakwaan, keimanan dan hidupnya.

Mereka masih sempat meminta keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang mereka lakukan serta berbuat kebajikan sepanjang sisa hidupnya untuk menghapuskan dosa.

Sesungguhnya, bencana menjadi teguran bagi mereka yang selamat, demikian pula bagi mereka yang berada jauh dari tempat kejadian. Orang-orang yang tidak terkena bencana, mendapatkan cubaan dari kesan bencana. Mereka yang selamat (senang) berkewajipan menolong yang kepayahan. Mereka yang hidup berkewajipan menyelenggara-kan jenazah bagi yang meninggal.

Mereka yang masih memiliki banyak harta, berkewajipan memberi makanan dan pakaian serta menolong dengan segenap kemampuan kepada mereka yang kehilangan segalanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Barang-siapa melepaskan kesusahan seorang muslim dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat; barang siapa memudahkan seorang yang mendapat kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat; dan barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat; dan Allah selalu akan menolong hambanya selama ia menolong saudaranya. (riwayat Muslim).

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Hak seorang Muslim atas seorang Muslim yang lain ada enam. Di antara para sahabat ada yang bertanya: Apa saja ya Rasulullah? Baginda menjawab: Bila kamu berjumpa dengannya ucapkan salam. Jika ia mengundangmu, penuhilah. Jika ia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah. Jika ia bersin dan memuji Allah hendaknya kamu mendoakannya, dan jika ia sakit jenguklah, dan jika ia mati hantarkanlah jenazahnya…. (riwayat Muslim)

Bencana juga adalah teguran Allah kepada orang-orang beriman yang lalai menjalankan perintah-Nya. Kita selalu saja tidak dapat memperbaiki diri, sikap dan perbuatan. Padahal bencana yang terjadi ini adalah akibat dari perbuatan dan helah kita sendiri sebagai bangsa.

Jika alam di negeri kita rosak, siapakah yang merosakkannya? Tentu kita sendiri yang menjadi puncanya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Telah nampak kerosakan didarat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (ar-Rum: 41).

Adapun bagi kita semua, rentetan musibah yang terjadi hendaklah menjadi tazkirah (pengingat) bahawa bencana tersebut dapat terjadi ditempat kita jika Allah SWT menghendaki.

Seharusnyalah kita selalu berdoa, bertaqarrub dan beristighfar semoga Allah SWT selalu menganugerahkan keselamatan dan keampunan bagi kita semua.

Peringatan daripada Allah yang berupa bencana menunjukkan Allah masih sayang kepada hamba-hamba-Nya dan menghendaki mereka untuk kembali ke jalan yang diredai-Nya.

Sesungguhnya, kerosakan alam selalu mengakibatkan kerugian bagi warga di sekelilingnya, terutama rakyat kecilnya.

Siapa yang lebih kuat harus melindungi yang lemah. Siapa yang berkemampuan harus menolong yang sedang dalam kesusahan dan siapa yang selamat harus bersedia menolong yang terkena musibah.

Kita semestinya merasa takut jika tidak menolong, padahal kita mampu. Kita semestinya merasa malu kepada Allah jika tidak membantu mereka yang sedang kesusahan, padahal kita sedang banyak memiliki kelonggaran.

Dengan berbuat demikian, maka umat akan bersatu dan kesatuan umat Islam akan semakin kukuh selepas berlalunya bencana. Sedarlah bahawa selalu ada hikmah di balik setiap kejadian yang tampak mengerikan.

Sesungguhnya, bencana merupakan ujian bagi umat Islam.





Mohd Redzuan Abdullah ialah Mantan Ketua Pelajar Madrasah Islamiah sesi 2006 - 2007.

Gotong - royong yang mengeratkan Silaturrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia tak kira di mana anda berada.

Pada Jumaat yang lepas(iaitu pada 12 Febuari 2010 yang lalu), ramai juga pelajar yang hadir pada hari tersebut, menandakan tereratlah silaturrahim diantara guru - guru dan pelajar - pelajar di Madrasah Al - Islamiah ini.


Madrasah kami telahpun berbincang mengenai perkara ini sejak sekian lama, iaitu pada awal tahun yang lalu...


Namun akhirnya, gotong - royong pada pagi tadi berjalan dengan lancarnya.


Tidak ada satu halangan pun untuk kami tidak bergotong - royong.

Dalam Islam sendiri menggalakkan ummatnya agar terus bergotong - royong demi kebersihan umum di sesuatu tempat.


Misalnya di masjid - masjid dan surau - surau, kebanyakan mereka yang datang itu ialah 'kaki - kaki masjid' sahaja.


Tak nampak pun orang lain?


Memang tak nampak pun....


Jadi, kita haruslah berani mempupuk semangat ingin bergotong - royong ini, kerana Islam.







Ramai juga yang mahu bergotong - royong pada pagi tadi....










LAPORAN KHAS
Dari.....

Hj Haziq Ahmad Zaki Al-Wasli
(Timbalan Ketua Pelajar merangkap Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah Bandar Kuching).



















Bengkel Pesona Humairah


Peserta pada bengkel korporat Muslimah, 'Pesona Humaira' di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


MENJAGA imej atau penampilan diri bukan soal kecil yang boleh dipandang remeh. Ia sangat perlu dan penting dalam menjalani urusan kehidupan, apatah lagi bagi wanita Muslim dewasa ini yang turut terdedah dengan globalisasi.

Malah tidak dinafikan, wanita Muslim sekarang ini sudah ada yang berjawatan hebat di organisasi bertaraf antarabangsa, sumbangan dan suara mereka sudah semakin diiktiraf dan didengari, keberanian dan kejayaan mereka dalam lapangan perniagaan serta banyak lagi keterampilan lain.

Justeru tidak hairanlah dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengatakan terdapat peningkatan pembayar zakat wanita antara tahun 2008 dan 2009.

Bagi kutipan tahun 2009, pembayaran zakat oleh pembayar wanita adalah sebanyak RM71 juta berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak RM57 juta, meningkat sebanyak 25 peratus. Manakala bagi bilangan pembayar pula, meningkat sebanyak 16 peratus iaitu 35,646 orang bagi tahun 2009 berbanding tahun 2008 sebanyak 30,769 orang.

Lantas sebagai satu simbol penghargaan pihak PPZ kepada semua wanita yang membayar zakat di institusi zakat tersebut, satu bengkel korporat Muslimah dengan menggunakan tema, 'Pesona Humaira' telah diadakan.

Bengkel yang berlangsung di Impiana KLCC Hotel & Spa, Jalan Pinang, Kuala Lumpur pada 11 Februari lalu telah menerima sambutan hangat di mana seramai 130 orang wanita daripada pelbagai lapangan kerjaya menyertai bengkel separuh hari itu.

"Kebiasaannya, pihak PPZ menganjurkan kaedah berupa seminar zakat dengan kerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta tetapi buat julung kalinya bagi menghargai pembayar zakat wanita, pendekatan lain sedikit telah digerakkan.

"Alhamdulillah, sambutannya begitu memberangsangkan. Ini berkemungkinan kerana dua orang panel yang telah diundang iaitu Eksekutif Unit Dakwah di PPZ yang juga penceramah bebas yang tidak asing lagi iaitu Ahmad Husni Abdul Rahman serta Yasmin Siddik, Pengasas Butik Women 2 Women yang juga merupakan seorang perunding imej yang juga tidak kurang hebatnya.

"Harapan PPZ agar hubungan baik yang terbina ini tidak putus setakat berlangsungnya seminar ini. Malah kita juga berharap agar ada di antara peserta ini akan dapat menguar-uarkan kepada teman-teman wanita mereka yang lain atau ditekankan kepada para pekerja mereka soal tanggungjawab dan kewajipan berzakat," terang Ketua Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP, Nor Mukshar Harun yang mengakui bahawa potensi wanita yang membayar zakat dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Bengkel tersebut dirasmikan Pengurus Besar PPZ, Rais Alias.














Kembara ilmu, dakwah di Durham


Penulis (kanan) berbincang mengenai projek belia di North Benwell di Newcastle, England.


NAMA Durham memang jarang kita dengar. Bila saya memberitahu orang bahawa saya akan sambung belajar di Durham, secara spontan mereka kata "Di mana tu?" Mungkin kerana Durham tidak ada dalam senarai Liga Perdana Inggeris (EPL) sebab itu mereka tidak mengenali Durham.

Kalau saya kata sambung belajar di Manchester, London, Newcastle atau Sunderland pasti ramai yang tahu. Durham hanya terkenal dengan permainan kriket sahaja. Hendak menyebut Durham pun susah. Ia harus dilafazkan sebagai 'Darem' bukan secara baku Durham!

Durham terletak di timur laut England berjiran dengan Newcastle, Sunderland dan Middlesborough. Jika naik keretapi laju dari London, ia akan mengambil masa tiga setengah jam. Durham merupakan kawasan pekan dan perkampungan orang putih yang tidak dihuni oleh imigran dari negara lain atau disebut Black and Minority Ethnic (BME). Tidak seperti Bradford yang dipenuhi oleh orang Pakistan sehingga digelar 'Bradfodstan'.

Durham merupakan bandar universiti yang tidak terlalu besar seperti bandar London, Sheffield, Leeds atau Newcastle. Durham merupakan bandar lama yang amat terkenal dengan Norman Cathedral dan istana kota abad ke-11.

Ia dilatari dengan sebatang sungai besar yang merentangi bandarnya. Pemandangannya amat cantik terutamanya di musim luruh kerana dedaun yang kekuningan menambahkan lagi kecantikan landskapnya. Bahasa Inggeris yang digunakan di sini amat sukar difahami kerana mereka menggunakan slanga 'Jodi' iaitu bahasa orang Newcastle di bahagian utara England. Saya menghadapi kesukaran apabila dalam kelas untuk memahami bahasa Jodi ini. Berbanding jika saya ke London (selatan England) bahasa Inggeris yang digunakan standard dan amat mudah difahami. Cuaca di Durham sentiasa sejuk walaupun musim panas. Cuaca sekarang iaitu dalam musim luruh antara 10-15 darjah celsius. Sejuk, kadang-kadang saya perlu memakai baju tebal berlapis ditambah dengan sarung tangan.

Durham berasal daripada perkataan lama Inggeris iaitu 'Dun' bermakna bukit dan 'Holme' diterjemahkan sebagai pulau. Bishop Durham mengambil variasi kalimah Latin sehingga dinamakan 'N.Dunelm'. Ada setengah riwayat menyatakan, Durham diambil namanya daripada lagenda 'Dun Cow' dan penggembala lembu yang mana mereka dalam hikayat legenda memandu pendeta Lidisfarne membawa tubuh St. Cuthbert ke tapak pengkebumian yang dikenali sekarang sebagai Durham. Hari ini Dun Cow dikatakan merupakan jalan pertama diasaskan di Durham, dan di situ sekarang terletaknya Masjid Durham yang serba sederhana. Itulah satu-satunya masjid di Durham.

Di Durham lahirnya tokoh seperti Tony Blair, bekas Perdana Menteri Britain yang digantikan oleh Gordon Brown. Di Durham juga lahir seorang tokoh komedi terkenal bernama Rowan Atkinson atau Mr. Bean.

Saya mengambil keputusan menyambung pelajaran dalam Community and Youth Work di sini bagi meneruskan kajian saya dalam bidang belia dan sukarelawan ini. Kursus yang saya ambil amat menarik bagi saya kerana saya belajar tentang hal ehwal orang muda dan bagaimana hendak mendekati orang muda secara profesional dan beretika. Ilmu dan kemahiran ini adalah amat penting bagi saya sebagai seorang yang terlibat dalam kerja-kerja belia dan dakwah secara sepenuh masa dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD).

Di samping itu, saya cuba mempelajari budaya kesukarelaan dan kerja belia di UK agar dapat diserap dalam sistem dan budaya kerja pertubuhan belia Islam apabila pulang. Selain itu, saya membina jaringan dengan agensi, persatuan, individu dan ahli akademik yang ada kaitan dengan belia dan aktiviti kesukarelaan agar jaringan yang sedia berkembang besar dan ia amat berguna di masa hadapan.

Walaupun sibuk dengan pelajaran dan tugasan harian, saya tidak pernah lupa mengingatkan diri agar sentiasa berdakwah kepada masyarakat bukan Islam di United Kingdom (UK) mahupun masyarakat Islam UK serta tidak ketinggalan berdakwah kepada komuniti pelajar Malaysia di sana.

Dalam kursus ijazah sarjana saya mensyaratkan untuk melakukan kerja lapangan bersama projek belia di UK. Saya ditakdirkan ditempatkan di North Benwell Youth Project di Newcastle. Saya berpeluang berinterakasi dengan generasi muda Newcastle di North Benwell ini secara langsung.

Nilai agama

Saya dapat menyelami bagaimana kehidupan anak muda di situ yang amat jauh daripada nilai agama dan adab sopan serta hidup di kawasan yang mempunyai rekod jenayah yang tinggi. North Benwell terkenal dengan pelbagai masalah jenayah dan moral di kalangan belia. Adakalanya saya mengambil masa ketika berbual dengan mereka bercerita tentang Islam dan kehidupan sebagai seorang Muslim secara santai. Banyak salah faham yang telah berjaya saya rungkaikan berkenaan Islam kepada mereka, seperti isu keganasan dan kedudukan wanita dalam Islam.

Durham merupakan bumi subur untuk perkembangan Islam. Dengan adanya Masjid Durham yang disediakan atas budi bicara pihak pentadbiran Universiti Durham serta peranan yang dimainkan oleh DUIS atau Durham University Islamic Society menyemarakkan lagi usaha penerangan Islam kepada masyarakat tempatan dan pelajar di Durham. DUIS di bawah kepimpinan pelajar sarjana kedoktoran (PhD) Malaysia, Maszlee Malek banyak membawa dimensi perubahan dan dinamika baru dakwah di Durham.

Terbaru, DUIS merancang mengadakan Discover Islamic Week 2010 pada awal Mac bagi memperkenalkan Islam secara besar-besaran kepada warga Durham serta membetulkan salah faham terhadap agama Allah ini.

Antara program yang dirancang adalah pameran, pengedaran risalah, wacana ilmiah membarisi tokoh-tokoh Islam seperti Hamzah Tzortzis, Adam Deen dan Ryan. Selain itu DUIS juga merancang untuk membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk menyaksikan sendiri solat Jumaat didirikan secara langsung sambil mendengar khutbah dari khatib jemputan yang berwibawa untuk menerangkan Islam. DUIS boleh dilayari di http://www.duisoc.com/




sila layari : www.utusan.com.my



Thursday, February 11, 2010

EGM.....

Salam sejahtera kepada rakan & taulan semua, hari ini, iaitu pada pagi tadi telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Luar Biasa(EGM) di Madrasah Islamiah. Mesyuarat tersebut diadakan di dalam Kelas Tsanawi II. Mesyuarat tersebut diadakan secara mengejut sebenarnya. Ini kerana keadaan yang tidak menentu pada masa kini menyebabkan Mudirah Madrasah Islamiah, Datin Hjh Rohani Hj Awi terpaksa mengadakan mesyuarat.


Mesyuarat pada pagi tadi adalah di atas cadangan Timbalan Ketua Pelajar Madrasah islamiah, Hj Haziq Ahmad Zaki. Ini kerana dia hendak berbincang pasal program apa yang akan dibuat pada Hari Jumaat ini.


Namun semasa mesyuarat, sepatutnya mesyuarat pada pagi tadi mengupas tentang program pada Hari Jumaat sahaja, tetapi beberapa orang guru juga turut megupas mengenai isu disiplin diri pelajar Madrasah Islamiah.



Mesyuarat tersebut juga megupas beberapa peraturan - peraturan baru yang dijangka akan mengubah sedikit peraturan - peraturan di dalam Perlembagaan Disiplin Madrasah Islamiah.



Diantaranya ialah:



- Majlis Khitobah dan Fardhu Ain akan diadakan dua kali sebulan sahaja

- Biro Dakwah Madrasah Islamiah dibataskan kuasanya untuk terus menjadikan Hari Jumaat sebagai hari aktiviti mereka.

Sunday, February 7, 2010

PENGUMUMAN!!!

PERJUMPAAN IBUBAPA DI MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.




TARIKH: 8 - 9 FEBUARI 2010

TEMPAT: KELAS TSANAWI II, MADRASAH ISLAMIAH, KUCHING.

MASA: PUKUL 9 PAGI HINGGA 12 TENGAH HARI.




"SEMUA PELAJAR WAJIB HADIR"

Friday, February 5, 2010

Majlis Khitobah berjalan dengan lancar....

Alhamdulillah, segala puji - pujian hanya bagi Allah yang maha segala - galanya serta selawat serta salam dicurahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam, serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian.


Alhamdulillah, Majlis Khitobah Madrasah Islamiah pada pagi tadi berjalan dengan lancar. Tidak ada satu halangan pun yang ada pada dan di dalam majlis itu. Guru Penasihat Biro Dakwah, Al - Fadhil Us Habbib Mustofa Al - Haddad telah menyatakan hasratnya untuk menaik tarafkan lagi Biro Dakwah sebagai biro yang terbaik diantara biro - biro yang lain yang ada di Madrasah Islamiah. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar - pelajar Madrasah Islamiah kerana sudi menolong dan turut serta untuk menghidupkan majlis yang biasanya tiga sekali seminggu dijalankan. Berdasarkan kajian terperinci mengenai Biro Dakwah Madrasah Islamiah, Biro Dakwah masih lagi berada di tangga teratas. Diharap ianya dapat kekal sampai bila - bila masa. Bukan bermakna biro - biro lain tidak penting, tetapi juga melihat pada keadaan yang ada pada masa sekarang, Biro Dakwah dilihat lebih aktif berbanding dengan biro - biro dal kelab - kelab yang lain. Biro Dakwah merupakan diantara biro - biro yang pernah mengalami krisis kepimpinan pada Januari yang lalu, memberikan pengajaran kepada biro tersebut supaya jangan mengulangi kesilapan yang ada pada masa yang akan datang. Diharap pada lain masa nanti, Biro Dakwah akan dapat berjalan seperti biasa.






HAZIQ AHMAD ZAKI AL -WASLI
Timbalan Ketua Pengawas Madrasah Islamiah selaku
Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah Kuching.





Wednesday, February 3, 2010

SEKILAS...


Mari Lihat Diri...

Mari Lihat Diri...

Sertai Kumpulan Maulid PERKEPIS

Juh ekot kamek orang sekali... kita imarahkan Majlis Zikrullah dan Selawat 'ala Rasulillah s.a.w.

Kepada sesiapa yang berminat atau berkemahiran di dalam nukuk bongo, main kerincing, niup flute, main gitar atau pandei main apa-apa jenis alat muzik, kitak orang amat dialu-alukan... Mun sik pandei pun sik hal, nok penting minat ada... PERKEPIS akan nulong kitak orang belajar...

Sesiaapa yang berminat, boleh tinggalkan pesanan (nama dan nombor perhubungan) di chatbox... PERKEPIS akan hubungi kitak orang segera...

TUESDAY, FEBRUARY 02, 2010

Februari: Ju ngekot program yang nyesal mun sik pegi!


::Jana Taqwa HEWI Siri 2 ::
Tarikh : 6 -7 Februari (Sabtu - Ahad)
Tempat : Homestay Pasir Pandak, Petra Jaya
Peserta : terbukak kepada semua pelajar perempuan dan mahasiswi Islam jak::



:: Ekpedisi Pendakian Gunung Santubong ::
Tarikh : 7 Februari 2010
Tempat : Gunung Santubong, Kuching
Peserta : umum untuk semua
Yuran : RM 5 seorang


:: Usrah Umum ::
Tarikh : 7 Februari (Ahad, 8.15 mlm.)
Tempat : Sekretariat PERKEPIS, Gita
Peserta : Semua dijemput hadir


:: Projek Remaja Astronomi ::
Tarikh : 13 - 14 Februari (Sabtu - Ahad)
Tempat : Kem Alapong, Lundu
Peserta : Terbukak kepada semua pelajar dan mahasiswa

:: Usrah Umum ::
Tarikh : 14 Februari (Ahad, 8.15 mlm.)
Tempat : Sekretariat PERKEPIS, Gita
Peserta : Semua dijemput hadir



:: Kursus Asas Fasilitator Ideal Siri 2 ::Tarikh : 20 - 21 Februari (Sabtu - Ahad)
Tempat : Sekretariat PERKEPIS, Gita
Peserta : Terbukak kepada belia berumur 20 tahun ke atas

:: Usrah Umum ::
Tarikh : 21 Februari (Ahad, 8.15 mlm.)
Tempat : Sekretariat PERKEPIS, Gita
Peserta : Semua dijemput hadir




:: Perkampungan Menara Gading Sarawak 2010 ::
Tarikh : 22 - 25 Februari 2010
Tempat : Pusat Latihan Sarawak (PLS), Telaga Air, Kuching
Peserta : bekas calon SPM & STPM 2009
Yuran : PERCUMA!



:: Maulid al-Rasul Perdana ::
Tarikh : 26 Februari 2010
Tempat : Waterfront Kuching
Peserta : umum untuk semua

:: Usrah Umum ::
Tarikh : 28 Februari (Ahad, 8.15 mlm.)
Tempat : Sekretariat PERKEPIS, Gita
Peserta : Semua dijemput hadir


Berjasa Kepada Masyarakat

Usrah Bersama Shah Kirit Kakulal Govindji

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) cukup bertuah di dalam Usrah pada 24 Januari apabila dikunjungi oleh tokoh dai'e yang tidak asing lagi di dalam lapangan perbandingan agama di Malaysia iaitu En. Shah Kirit Kakulal Govindji. Beliau yang berada di Kuching di dalam rangka lawatan peribadi beliau telah dijemput untuk menyampaikan pengisian di dalam usrah tersebut. Beliau yang lebih mesra dipanggil dengan nama Brother Shah telah menyampaikan penjelasan tentang isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Muslim di samping beberapa isu lain tentang umat dan agama Islam.

Kehadiran Brother Shah di dalam usrah tersebut adalah amat dihargai bagi membudayakan ilmu dalam erti kata sebenar. Di samping itu, pengalaman dan pandangan Brother Shah juga turut membuka mata dan minda di kalangan khalayak yang hadir. PERKEPIS mengucapkan jazakallahu khairan khathira kepada Brother Shah dan semoga beliau terus komited dan konsisten di dalam perjuangan dakwah Islam di Malaysia.

Brother Shah

Di antara hadirin yang hadir

Brother Shah menyampaikan pengisian beliau


Baramij Taakhi wa Talahum ke-11: Sesaudara Seperdagingan


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam serta orang-orang yang mengikuti baginda sallallahu alaihi wasallam sehingga Hari Kiamat.


Syukur kepada Allah, program Barnamij Taakhi wa Talahum ke-11anjuran Akademi Bestari Muda (ABM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah selamat berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 29 sehingga 31 Januari 2010 yang lepas. Program tersebut telah disertai oleh lebih 40 orang peserta lelaki dan perempuan. Mereka merupakan individu-individu yang lepasan SPM 2009 yang terdiri daripada lebih 9 buah sekolah di kawasan Kuching. Namun demikian, program bertambah meriah apabila dihadiri oleh saudara dan saudari yang datang dari Sebuyau (pmemakan masa 3 jam perjalanan ke Kuching) seramai 5 orang serta dua orang pelajar Tingkatan Dua.






Program Baramij Taakhi wa Talahum yang juga bermaksud ‘program sesaudara seperdagingan’ merupakan program tahunan ABM menghimpunkan para penuntut lepasan SPM yang bertujuan untuk mengajak rakan-rakan sebaya bersama-sama mengikat tali persaudaraan tanpa membezakan lagi soal kelompok sekolah. Melalui program ini, diharapkan para peserta dapat berkongsi bersama-sama akan kesedaran betapa pentingnya persaudaraan bermula daripada awal usia. Ini kerana perjalanan kehidupan bakal ditempuh masih jauh. Dengan ikatan yang disimpul sebegini awal, diharapkan kelak akan membuahkan makna dalam diri dalam bersama-sama menggembleng tenaga berjasa kepada masyarakat sehingga ke hujung nyawa.










Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan sehinggalah ke Hari Kiamat kelak. Marilah kita bersama-sama berdoa agar ikatan ukhuwah ini terjalin dan diikatkan atas persaudaraan suci yang dipandang oleh Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Mudah-mudahan dengan persaudaraan, kepercayaan dan kesetiaan yang dipupuk mampu menjadi janakuasa yang luar biasa. Agar kelak dalam bergerak bersama-sama dalam memikul tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat dalam perjalanan meraih redha Allah Tuhan sekalian alam. Amiin, ya Rabb!





Terima kasih daun keladi kepada insan-insan yang telah bertungkus-lumus menjalankan amanah dalam bersama menjayakan Barnamij Taakhi wa Talahum, sama ada secara langsung dan tidak langsung. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian...
Atas: Dari kanan; Bg Zack, mahasiswa perubatan di New Zealand (Ketua AJK Dapur), Ustaz Suhardi (Pengasas ABM), Sdr. Ahmad Syahmeer “Bob”, mahasiswa TESL UNITAR (Ketua Fasilitator)
Atas: Bg Syed Abdul Hamid, Mantan YDP PERKEPIS
Atas & Bawah: AJK Dapur
Bawah: Barisan fasilitator ABM (lepasan SPM) yang dipimpin oleh sdr. Ahmad Syahmeer


Bertani di lading dibawa bekal,
Keringat diperah demi umat;
Ukhuwah seakidah saudara kekal,
Ukhuwah dikandung ajal penamat.

Dimudik di hulu hingga ke muara,
Payah berperau’ ngael sembilang;
Islam pengikat ukhuwah bersaudara,
Teguh umah kembalilah gemilang!


Berjasa Kepada Masyarakat