
KAHERAH 10 Mac – Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi hari ini setelah mengalami serangan sakit jantung. Beliau berada di Riyadh untuk menghadiri majlis anugerah Raja Faisal malam tadi.
Tantawi, 82, sedang menaiki sebuah pesawat awal pagi ini apabila beliau berasa sakit lalu terjatuh di tangga, lapor stesen televisyen Mesir.
Beliau dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh di mana doktor mengesahkan kematiannya.
Jenazahnya dijangka dibawa pulang ke Kaherah, malam ini.
Tantawi dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada 1986. Beliau memegang jawatan itu selama hampir 10 tahun sebelum dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar pada 1996.
Pada tahun lepas, Tantawi mencetuskan kontroversi apabila beliau mengharamkan pemakaian niqab (purdah) di semua sekolah dan asrama untuk pelajar perempuan di bawah kendalian Al-Azhar.
Al-Azhar, sebuah kompleks universiti dan masjid berusia lebih 1,000 tahun adalah antara pusat pengajian Islam paling terkemuka di dunia dan mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.
Lebih 78 peratus daripada calon SPM 2009 dapat sijil
11/03/2010 10:36am
PUTRAJAYA 11 Mac – Seramai 78.15 peratus atau 364,046 daripada 465,853 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berjaya mendapat sijil.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada jumlah itu, seramai 199,155 calon lulus semua mata pelajaran dan seramai 214 calon memperoleh gred tertinggi atau A dalam semua mata pelajaran.
Bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 3009 pula, seramai 3,138 daripada 6,920 calon lulus dalam sijil itu.




No comments:
Post a Comment