"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....




1 OKTOBER 2009 MASIHI....

MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

Madrasah Islamiah Bandar Kuching,
Tingkat 3, Lot 3 & 4,
Bangunan Baitulmal, Jalan Haji
Taha, 93400, Kuching,
Sarawak, Malaysia.


e - mail : islamiahmadrasah@yahoo.com

: madrasahislamiah@gmail.com

Tel: 082 - 250432

facebook: madrasahislamiah@gmail.com

twitter: www.twitter.com/mibk


Flixster: www.flixster.com/user/madrasahislamiah

Weblog Lama: www.madarasahislamiah.blogspot.com

www.bkpmik.blogspot.com

Weblog Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching:

www.badankebajikanpengawas.blogspot.com



Wednesday, April 28, 2010

MAJLIS KHITOBAH YANG TERAKHIR UNTUK PENGGAL PERTAMA.

MAJLIS KHITOBAH TERAKHIR UNTUK PENGGAL PERTAMA TAHUN 2010 DI MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.


PENGERUSI MAJLIS:
Mohd. Izzat


PEMBACA AL -QURAN:
Mohd. Taufiq B. Zulkipli




PEMBACA - PEMCABA KHITOBAH:

1. Hj Haziq Ahmad Zaki B. Mohamad Zulkipli - Tsanawi III
2. Siti Fara Bte Mohd. Nor - Tsanawi II
3. Fakhrur Razi B. Abdul Rahim - Tsanawi II
4. Adie Fuad B. Shafie



CERAMAH KHAS:

Al - Fadhil Us. Mustofa B. Ali Al - Haddad

Friday, April 23, 2010

MAJLIS KHITOBAH

TARIKH
23 APRIL 2010


TEMPAT
DEWAN KELAS TSANAWI I, MADRASAH ISLAMIAH, KUCHING.



PENGERUSI MAJLIS
MOHD. SUBRI B HJ RAFAI'E


PEMBACA AL - QURAN
HAFFINIE B LENI



PEMBACA - PEMBACA KHITOBAH:


1. Mohd. Fikri B Sarzali - Kelas Tsanawi III

2. Hamidah Bte Kassim - Kelas Tsanawi II


3. Rabiatul Adawiyyah Bte Mohamad Azman - Kelas Tsanawi I

4. Mohd. Izzat - Kelas Tsanawi I



DOA

Hj Haziq Ahmad Zaki B Mohamad Zulkipli Al - Wasli.















KURUSU PANDANGAN HIDUP ISLAM


ESOK, 24 APRIL 2010, BERMULA PADA JAM 8.00 PAGI, HARI SABTU.

Sunday, April 18, 2010

KELAS FARDHU AIN PADA SETIAP TIGA KALI DALAM SEMINGGU....



KHAS UNTUK PELAJAR - PELAJAR MADRASAH ISLAMIAH SAHAJA.




Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti Kelas Fardhu Ain & Tuisyen yang dianjurkan oleh Ustazah Noormala Bte Ahmad Hatta, sila bertemu dengannya di pejabatnya di bilik guru atau sila e - mail ke islamiahmadrasah@yahoo.com atau madrasahislamiah@gmail.com atau sila lawat ke dalam Facebook Madrasah Islamiah di 'Madrasatul Islamiah' atau e - mailnya di madrasahislamiah@gmail.com





KELAS FARDHU AIN & TUISYEN MADRASAH ISLAMIAH



MASA:
2.00 petang hingga selepas Solat Asar


WAKTU:
Setiap Hari Isnin hingga Rabu







Maklumat lanjut, sila telefo 082 - 440209 atau e - mail ke gadong_brunei@yahoo.com.my untuk maklumat yang lebih lanjut lagi.

Thursday, April 15, 2010

Majlis Sambutan Maulidul Rasul peringkat Madrasah Islamiah Bandar Kuching pada hari semalam berjalan dengan lancar & hebat!

Alhamdulillah, sambutan Maulidul Rasul pada hari semalam berjalan dengan lancarnya, walaupun ada sesetengah pelajar - pelajar di Madrasah Islamiah sana tidak berapa serius ketika sedang mengadakan persembahan. Walaupun begitu, majlis pada hari semalam tetap berjalan dengan lancar dan hebat!


Warga didik di Madrasah Islamiah kini kagum dengan persembahan - persembahan dari kelas masing - masing, kerana walaupun mereka semua mempunyai sedikit kesilapan, tetapi mereka semua sanggup berusaha ke arah untuk mencapai kejayaan.


Apa yang hebatnya juga, persembahan yang turut diserikan lagi oleh mereka sendiri itu bukan sahaja menggembirakan diri mereka sendiri, bahkan menggembirakan pihak guru - guru di Madrasah Islamiah itu.



Ramai guru - guru di Madrasah Islamiah berasa beruntung kerana memperolehi murid - murid yang ceria seperti mereka.








Bumi dicipta untuk manfaat manusia


Keindahan dan kemudahan yang ada di muka bumi adalah untuk kebaikan dan manfaat manusia. - Gambar hiasan


Mukadimah

AL-MARAGHI berkata: Setelah Allah SWT menceritakan kisah Nabi Musa a.s dan Firaun kepada orang musyrik, berikutnya ditunjukkan bahawa kaum Nabi Musa tidak dapat dilemahkan oleh perancangan jahat Firaun.

Allah SWT mengazabnya dan menjadikan peristiwa tersebut sebagai pengajaran kepada orang lain. Kisah ini untuk menghiburkan hati rasul-Nya agar baginda tidak susah hati kerana didustakan dan tidak diimani oleh kaumnya berhubung dengan apa yang disampaikannya.

Selanjutnya Allah SWT berfirman kepada golongan yang menolak adanya hari kebangkitan. Dia mengingatkan mereka tidak layak mengingkarinya sebab kebangkitan itu amat mudah bagi-Nya apabila dibandingkan dengan mencipta langit yang kukuh dan tersusun sebagai bukti betapa luas ilmu Allah SWT dan kekuasaan-Nya.

Firman Allah SWT: (Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan kukuh)! Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnakannya.

Syed Qutb berkata: Pertanyaan ini tidak mempunyai jawapan yang lain melainkan jawapan menyerah kalah dan mengaku bahawa langitlah yang lebih sukar diciptakan.

Ini tidak dapat dipertikaikan lagi dan yang demikian, mengapa kamu masih tertipu dengan kekuatan kamu sedangkan langitlah yang lebih sukar diciptakan dari kamu, dan yang menciptakan langit lebih gagah dari langit? Dan ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.

Disebutnya siang sebagai dhuha kerana ia merupakan waktu yang paling baik dan bersih. Kesegaran jiwa hanya terdapat pada waktu itu dan tidak terdapat pada waktu lain seperti kata al-Maraghi.

Firman Allah SWT: Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya).

Syed Qutb berkata: Diratakan permukaannya supaya sesuai untuk berjalan di atasnya. Prof. Zaglul al-Najjar mengemukakan teori bahawa hamparan bumi dan pembentukan kulitnya lalu pemecahannya serta pergerakan oasis dan pembentukan benua-benua, gunung-gunung serta sungai-sungai dan lain-lain hanya terjadi pada fasa kelima dari enam fasa penciptaan alam buana.

Pada fasa keenam pula iaitu yang terakhir barulah terjadi pembentukan kehidupan dalam bentuknya yang paling sederhana hingga kepada penciptaan manusia.

Alam buana ini dianggarkan usianya antara 10 hingga 15 bilion tahun. Sedang batu-batu yang terdapat di bumi tertua dianggarkan terbentuknya sekitar 4.6 bilion tahun.

Ini serupa dengan hasil penelitian berkenaan batu-bata yang terdapat di bulan dan aneka benda angkasa yang jatuh ke bumi. Kesan kehidupan di bumi yang tertua dianggarkan sekitar 3,800 juta tahun.

Jika demikian, masa bumi untuk dapat dihuni oleh makhluk yang hidup dianggarkan sekitar 800 juta tahun. Sedangkan kehidupan makhluk yang bernama manusia dianggarkan wujud sekitar 100,000 tahun yang lalu.

Firman Allah SWT: Ia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya), (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

Ayat ini menggambarkan ciptaan Allah untuk manusia bagi melangsungkan kehidupan termasuk binatang ternakan mereka.

Dalam tafsir al-Misbah menyebut: Perkataan mar'aha pada mulanya bererti tempat penggembalaan. Tetapi ia juga dapat difahami dengan makna rumput dan makanan binatang.

Agaknya kata itu dipilih walau yang dimaksudkan ayat di atas adalah tumbuhan secara umum baik yang dimakan oleh manusia mahupun binatang.

Ini kerana konteks ayat ini berbicara berkenaan golongan yang kafir lagi menolak kepercayaan hari kiamat. Mereka itu seperti binatang bahkan lebih sesat dari binatang.

Sheikh Tahir Ibn 'Asyur memperolehi kesan dari penyebutan kata yang hanya khusus digunakan untuk binatang ternak itu, bahawa ini menunjukkan rahmat Allah yang demikian luas kepada makhluknya kerana kepada binatang sahaja Dia telah menyiapkan bahan makanannya apatah lagi kepada manusia.

Penutup

Syed Qutb berkata: Itu ialah sebab-sebab hayat atau faktor-faktor hidup adalah cukup di bumi. Ukurannya cukup sesuai, jarak jauhnya sederhana dan strukturnya adalah sesuai untuk menemukan anasir-anasir benda pada nisbah yang boleh mencergaskan kegiatan hidup.

Ukuran bumi yang sesuai itu adalah perlu kerana kekalnya udara dingin di sekeliling bumi bergantung kepada daya tarikan yang ada pada bumi.

Dengan menukilkan pendapat Ustaz al-Aqqad melalui bukunya Aqaid al-Mufakkirin berkata: Kedudukan bumi merupakan satu kedudukan yang paling sesuai untuk menyempurnakan syarat-syarat tersebut yang pasti untuk pertumbuhan hayat dalam bentuk yang kita ketahui dan sehingga sekarang tiada bentuk hayat yang lain diketahui oleh kita.

Semoga kita menjadi golongan yang sentiasa berfikir pada kejadian Allah SWT, seterusnya dapat ma'rifatullah. Amin.

Wednesday, April 14, 2010

BERSEDIA UNTUK MAJLIS!!!

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.


TARIKH
15 Mei 2010(Hari Khamis)


TEMPAT
Dewan Kelas Tsanawi I, Madrasah Islamiah Bandar Kuching, Tingkat 3, Lot 3 & 4, Bangunan Baitulmal, Jalan Haji Taha, 93400, Kuching, Sarawak.


MASA
8.30 pagi - 12.45 tengah hari


ATUCARA MAJLIS


- Pengerusi Majlis: Haffinie Leni

- Pembaca Al - Quran: Ketua Pelajar, Mohd. Subri Rafai'e


- Ucapan Pembukaan daripada Yang Berbahagia, Datin Ustazah Hjh Rohani Bte Haji Awi, Mudirah Madrasah Islamiah Bandar Kuching.


- Ceramah Khas Sempena Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Madrasah Islamiah Bandar Kuching oleh Al - Fadhil Ust. Mustofa Al - Haddad.


PERSEMBAHAN


- Sajak & Cerpen(Kelas Tsanawi III)

- Pengisahan Tentang Sirah Rasullullah S.A.W(Kelas Tsanawi II)

- Persembahan Nasyid(Kelas Tsanawi I)

- Lakonan & Sketsa(Kelas Khas)



NOTA: "Setiap kelas mempunyai persembahan masing - masing, jadi semua pelajar Madrasah Islamiah Bandar Kuching WAJIB hadir pada masa itu".




- Doa, oleh Ust. Muhamad Syafiq Aimullah B. Jemi


- Jamuan

- Bersurai.


Monday, April 5, 2010

EGM tentang Sambutan Maulidul Rasul peringkat MIBK

EGM(iaitu Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Extra - Ordinary General Meeting) telah dilaksanakan secara mengejut dan pantas di Madrasah Islamiah pada pagi tadi.

EGM tersebut telah menggulungkan perbahasan mengenai Sambutan Maulidul Rasul, peringkat Madrasah Islamiah Bandar Kuching(MIBK).


Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Mudirah, iaitu Datin Ustzh Hjh Rohani Bte Hj Awi.


EGM tersebut juga adalah merupakan kali yang kedua setelah pada kali pertamanya diadakan adalah kerana bersempena dengan cuti sekolah pada beberapa minggu yang lalu.


EGM kali ini juga telah mengupas tentang berbagai - bagai cadangan untuk memeriahkan lagi sambutan Maulid Nabi peringkat MIBK pada tahun ini.


Pihak MIBK memang nak menyambut bahkan lebih awal daripada itu, tetapi kesuntukan masa guru - guru dan seluruh warga MIBK menyebabkan majlis ini terpaksa diakhirkan.


Diantara yang hadir pada EGM tersebut ialah:


1. YBhg. Datin Hjh Rohani Bte Hj Awi - Mudirah MIBK(selaku Pengerusi Mesyuarat)
2. Al - Fadhil Ust. Mustofa B. Ali Al - Haddad(Guru Penasihat Biro Dakwah)
3. Ustzh Marina Bte Yahya(Guru Penasihat Biro Penerangan)
4. Ustzh Fauziah Bte Bujang Kipli(Guru Penasihat Biro Khutub Khanah)
5. Ustzh Noormala Bte Ahmad Hatta(Penasihat pelajar - pelajar Kelas Khas)

DIKALANGAN JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.



1. Mohd. Subri B. Hj Rafai'e - Ketua Pelajar MIBK//Ketua Kelab Bahasa Arab MIBK.
2. Hj Haziq Ahmad Zaki B. Mohamad Zulkipli - Timbalan Ketua Pelajar//Ketua Biro Dakwah MIBK.

3. Siti Farah Bte Mohd. Nor - Setiausaha Pelajar MIBK//Penolong Ketua Kelab Bahasa Arab MIBK.

4. Hamidah Bte Kassim - Timbalan Setiausaha Pelajar//Penolong Ketua Biro Penerangan MIBK.



DIKALANGAN AHLI - AHLI BADAN KEBAJIKAN PELAJAR YANG HADIR.


1. Haffinie B. Leni - Ahli//Ketua Biro Khutub Khanah
2. Adie Fuad B. Shafie@Sapiee - Ahli//Ketua Biro Penerangan
3. Rabiatul Adawiyyah Bte Mohamad Azman - Ahli//Penolong Ketua Biro Khutub Khanah.





ISI - ISI MESYUARAT




- Majlis Sambutan Maulidul Rasul akan diadakan pada 15 April ini, bertempat di Dewan Tsanawi 1, Madrasah Islamiah, Kuching.

- Majlis akan diadakan bermula pada pukul 8.30 pagi, Hari Khamis.

- Majlis ini diadakan secara sederhana sahaja.

- Haffinie Leni, Ketua Biro Khutub Khanah akan mempengerusikan majlis tersebut.

- Mohd. Subri Hj. Rafa'ie, Ketua Pelajar pula akan membaca Al - Quran.

- Majlis juga akan diserikan dengan ucapan daripada YBhg. Mudirah, Datin Hjh Rohani Hj Awi.

- Majlis juga akan diserikan lagi dengan ceramah khas yang akan disampaikan oleh Al - Fadhil Ust. Habbib Mustofa B. Ali Al - Haddad.

- Majlis juga akan diserikan lagi dengan barmacam - macam ragam dan persembahan daripada kelas masing - masing.


1. Kelas Tsanawi III - Bacaan Sajak.
2. Kelas Tsanawi II - Bercerita tentang kisah Rasullullah S.A.W.
3. Kelas Tsanawi I - Persembahan Nasyid.
4. Kelas Khas - 'Sketsa' lakonan.


Jamuan:


Kebiasaannya pihak MIBK akan memesan makanan daripada Restoran Tok Janggut Cafe, dan kali ini juga, pihak MIBK turut memilih 'selera' yang sama.


Namun kebiasaannya, majlis ini juga diseriakan dengan berbagai - bagai jenis juadah dan makanan dari pelbagai sudut.


Justeru itu, semua warga MADRASAH ISLAMIAH wajib hadir pada majlis tersebut.