"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....




1 OKTOBER 2009 MASIHI....

MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

Madrasah Islamiah Bandar Kuching,
Tingkat 3, Lot 3 & 4,
Bangunan Baitulmal, Jalan Haji
Taha, 93400, Kuching,
Sarawak, Malaysia.


e - mail : islamiahmadrasah@yahoo.com

: madrasahislamiah@gmail.com

Tel: 082 - 250432

facebook: madrasahislamiah@gmail.com

twitter: www.twitter.com/mibk


Flixster: www.flixster.com/user/madrasahislamiah

Weblog Lama: www.madarasahislamiah.blogspot.com

www.bkpmik.blogspot.com

Weblog Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching:

www.badankebajikanpengawas.blogspot.com



Tuesday, January 19, 2010

Mesyuarat BKPMIBK dan Badan Disiplin berjalan dengan lancar

Alhamdulillah, segala puji - pujian hanya bagi Allah subhanahu wa taala, dan selawat serta salam selalu dan selama - lamanya buat junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam, serta keluarga, Para Sahabat, Tabiin dan Tabik - Tabiin dan orang - orang yang mengikuti jejak langkah mereka sehinggalah ke hari ini.

Mesyuarat Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching(BKPMIBK)hari ini berjalan dengan lancar, setelah krisis kepimpinan badan tersebut berlarutan sejak 13 Januari yang lalu. Dengan adanya mesyuarat pada pagi tadi, segala - galanya dengan Izin Allah subhanahu wa taala, akan berjalan dengan lancarlah segala urusan badan kebajikan tersebut. Dengan adanya bantuan dari pihak atasan dan Majlis Syura Madrasah Islamiah Bandar Kuching(MS - MIBK), segala - galanya sudah selesai. Pengisytiharan tamatnya krisis kepimpinan dan penubuhan badak kebajikan pengawas yang baru oleh Yang Berbahagia Mudirah Madrasah Islamiah pada pagi tadi merupakan cabaran baru bagi badan tersebut untuk terus berkhidmat untuk guru dan pelajar di Madrasah Al-Islamiah.



Kemunculan banyak muka - muka baru di dalam jawatankuasa tersebut dapat membantu ke arah kemajuan di Madrasah Islamiah. Jawatankuasa tersebut ditubuhkan dengan adanya dua lagi jawatan baru di dalam sekolah tersebut dan pembubaran satu jawatan sahaja, iaitu Bendahari. Jawatan tersebut dibubarkan adalah bagi mengelakkan krisis kepimpinan dan perebutan kuasa berlaku lagi pada masa akan datang.




JAWATANKUASA BADAN DISIPILN YANG BARU DIISYTIHARKAN PENGGAL 2010 HINGGA 2011.





Mudirah: Yang Berbahagia, Datin Hjh Rohani bte Hj Awi
Guru - guru:
1. Al - Fadhil Ust. Habbib Mustofa b. Ali Al-Haddad(Guru Penasihat Biro Dakwah)
2. Ustazah Marina bte Yahya(Guru Penasihat Biro Penerangan)
3. Ustazah Fauziah bte Bujang Kipli(Guru Penasihat Biro Khutub Khanah)
4. Ustazah Noormala bte Ahmad Hatta(Guru Penasihat Bahagian Tugas-Tugas Khas)
KETUA PELAJAR
Mohd. Subri b. Hj Rafa'ie
TIMBALAN KETUA PELAJAR
Hj Haziq Ahmad Zaki b. Mohamad Zulkipli Al-Wasli
SETIAUSAHA
Siti Farah bte Mohd. Nor
TIMBALAN SETIAUSAHA
Hamidah bte Kassim
JAWATANKUASA BIRO - BIRO DAN KELAB YANG TELAH DILANTIK
Ketua Kelab Bahasa Arab: Mohd. Subri bin Hj Rafai'e
Timbalan Ketua Kelab Bahasa Arab: Siti Farah bte Mohd. Nor


Ketua Biro Dakwah: Hj Haziq Ahmad Zaki b. Mohamad Zulkipli Al-Wasli
Timbalan Ketua Biro Dakwah: Ahmad Ubaidillah bin Bujang


Ketua Biro Khutub Khanah: Heffinie b. Leni
Timbalan Ketua Biro Khutub Khanah: Rabiatul Adawiyyah bte Mohamad Azaman


Ketua Biro Penerangan: Adie Fuad b Shafiee
Timbalan Ketua Biro Penerangan: Hamidah bte Kassim





Diharap jawatankuasa yang dilantik ini dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Apa yang penting ialah "Sami'na Wa Ato'na"(mendengar dan mentaati) apa yang diarahkan oleh guru - guru anda.







Sekian, Assalamualaikum..........














Yang Menulis

BADAN DISIPLIN MADRASAH ISLAMIAH.






No comments:

Post a Comment