"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....




1 OKTOBER 2009 MASIHI....

MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

Madrasah Islamiah Bandar Kuching,
Tingkat 3, Lot 3 & 4,
Bangunan Baitulmal, Jalan Haji
Taha, 93400, Kuching,
Sarawak, Malaysia.


e - mail : islamiahmadrasah@yahoo.com

: madrasahislamiah@gmail.com

Tel: 082 - 250432

facebook: madrasahislamiah@gmail.com

twitter: www.twitter.com/mibk


Flixster: www.flixster.com/user/madrasahislamiah

Weblog Lama: www.madarasahislamiah.blogspot.com

www.bkpmik.blogspot.com

Weblog Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching:

www.badankebajikanpengawas.blogspot.com



Thursday, January 7, 2010

Kalimah Allah: Hak Muslim atau Hak semua?



Syukur ke hadrat ILAHI, malam tadi (5 Januari 2010, 8.30malam), saya diberi izin hadir ke Forum “KALIMAH ALLAH: HAK MUSLIM @ HAK SEMUA?” yang berlangsung di ADM LT 4, UIAM Gombak. Sudah lama rasanya saya tidak diperdengarkan dengan majlis ilmu yang isi dan intipatinya agak tidak mengecewakan. Hadir kerana saya sedar agama saya diancam bahaya. Seandainya saya BUKAN JURUDAKWAH sekalipun, saya tetap ingin hadir. Mungkin pada yang masih kurang jelas, tanggal 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan penggunaan kalimah “ALLAH” dalam majalah Herald.



Malam itu ada 2 panelis yang tampil mengupas sedalam2nya mengenai isu ini. Yang pertama ialah Timbalan Dekan Kulliyyah Ilmu Wahyu UIAM dan juga Mantan Timbalan Presiden ABIM, Dr. Mohd Farid Mohd Shahran dan yang kedua Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan juga graduan Undang-undang UIAM, saudara Mohd Faisal Abdul Aziz.

Pusingan pertama forum telah dimulakan oleh Dr. Farid yang dilontarkan dengan persoalan isu ini dari sudut pandangan Islam dan perbandingan agama. Dr. Farid membuka bicara beliau dengan kesyukuran ke hadrat ALLAH Ta’ala. “Bukan ALLAH dalam majalah Herald tu.” Tergelak audien mendengar sindiran itu. Dr. Farid menegaskan bahawa, isu ini bukanlah isu mudah, bukan sekadar ‘simple word’, sebaliknya ia harus dilihat dari pelbagai sudut. Isu ini juga bukan isu yang kita boleh berikan hitam dan putih secara terus. Beliau melihat di peringkat Mahkamah Tinggi itu sendiri, kedua2 pihak mempunyai hujah tersendiri, namun kita perlu kepada hujah yang lebih tegar dalam memelihara pendirian masing2.



Dr. Farid menasihatkan agar isu kalimah “ALLAH” ini janganlah dilihat dalam konteks aqidah yang mudah, tetapi harus dibuka dan dilihat lebih luas lagi. Isu ini timbul apabila pihak majalah Herald itu ingin menterjemahkan perkataan “LORD” atau “GOD” ke dalam Bahasa Melayu dan mereka telah memilih “ALLAH” sebagai ganti “LORD” atau “GOD”. Persoalannya, kenapa perkataan “ALLAH” yang dipilih sedangkan ada lagi perkataan2 lain yang boleh digunakan seperti Tuhan, Ruh Qudus dan lain-lain. Kenapa mesti “ALLAH”?

Dr. Farid membawa kami menilai melalui 2 keadaan. Keadaan yang pertama kesalahan menterjemah. “LORD” ialah Kata Nama Am dalam Bahasa Inggeris. Maka, jika diterjemah ke Bahasa Melayu harus juga daripada Kata Nama Am iaitu “TUHAN”. Tetapi, dalam kes ini, mereka terus menggantikan “LORD” itu kepada Kata Nama Khas iaitu “ALLAH” yang mana merupakan satu kesalahan dalam sistem penterjemahan.


Keadaan yang kedua ialah dari sudut semantik. Semantik ini bermakna setiap istilah, lafaz dan perkataan mesti mempunyai ‘correspond meaning’ atau makna yang tersendiri. Al-Quran paling banyak mentakrifkan maksud “ALLAH”. Contohnya dalam Surah Al-Ikhlas. Ayat pertama memberi makna ALLAH itu Esa. Ayat kedua memberi makna ALLAH itu tempat bergantung. Ayat yang ketiga memberi makna ALLAH itu tidak beranak dan diperanakkan. Apa yang jelas, makna “ALLAH” tiada satu persamaan pun (mithal). Dr. Farid menambah lagi, sungguh jelas maknanya dalam Al-Quran dan ayat2nya juga ada yang “muhkamad” iaitu tidak boleh dipertikaikan lagi. Jadi, seandainya kita menggunakan hakikat lain pada istilah “ALLAH” maka kita telah biadab pada ALLAH. Dengan bahasa pun kita kena beradab.

Dr. Farid menegaskan bahawa beliau tidak begitu bersetuju dengan bunyi tajuk forum pada malam itu kerana bunyinya seolah2 kita hendak merebut dan memonopoli istilah. Padahal, kita berbahas kerana kita memahami isu ini dalam sudut pandangan alam Islam.

Beliau menjelaskan dalam Bahasa Melayu banyak dipengaruhi dengan pandangan alam Islam (Bahasa Arab) kerana kita tahu makna perkataan2 ini lebih tepat. Dr. Farid melahirkan rasa bimbang dengan situasi dalam masyarakat sekarang ini kerana ramai yang terkeliru. Bukan sahaja di kalangan umat Islam, yang bukan Islam pun turut terkeliru juga. Beliau sebenarnya tidak kisah apa yang bakal diputuskan mahkamah, tetapi yang beliau bimbangkan pemikiran di kalangan orang2 Islam terhadap isu ini tanpa melihat isu ini dalam konteks yang lebih mendalam.



Sesetengah pihak mengatakan, kita menang kes ini sebenarnya. Berdiri atas hujah istilah itu datang sebelum ISLAM lagi. Ini memang betul, tetapi apabila Islam tersebar serata alam, maka Islam telah mengubah (mengislamisasikan) istilah2 ini kepada makna yang lebih dekat dengan tauhid termasuklah istilah ALLAH.

Contoh yang beliau berikan ialah perkataan "KAREEM" yang bermaksud mulia. "KAREEM" sebelum kedatangan Islam diberikan kepada seseorang yang mempunyai ramai anak lelaki. Namun, setelah kedatangan Islam, nilai makna itu disandarkan pada ALLAH YANG MAHA MULIA. Dan, kita haruslah mengikut makna2 istilah itu selepas kedatangan Islam kerana ada ulama' bahasa yang telah mengkaji dan menghasilkan buku yang tebal2 yang mengandungi huraian istilah2 itu. Maka ia bukanlah perkara yang harus kita pandang ringan.

Inilah agenda sesetengah pihak yang berpegang pada konsep kesatuan agama. Bak kata ahli agam Rom: "ALL ROADS LEADS TO ROME" yang jelas menpromosikan konsep persamaa agama. Menyentuh soal TOLERANSI pula, beliau merasakan orang2 MELAYU ISLAM sudah cukup tolerant dengan orang2 bukan ISLAM. Sesungguhnya memang benar Nabi Muhammad S.A.W pun menyuruh kita untuk tolerant, TETAPI pendirian dalam agama TIDAK BOLEH ditoleransikan sewenang2nya. Bahkan, dalam Surah Al-Kafirun, kita telah mengisbatkan hak masing2 dan bukannya 'INTOLERANT'. Adakah salah untuk kita kata: "WE ARE DIFFERENT, BUT WE RESPECT EACH OTHER."

Dr. Farid menegaskan kita perlu teliti dalam memberi pandangan dan meletakkan posisi kita dalam isu ini. Jangan sesekali memudahkan agama. Adalah berbeza antara AGAMA ITU MUDAH dengan MEMUDAH2KAN agama. Dari segi mengikut mazhab pula, beliau mengatakan kita mengikut mazhab bukanlah kita taklid buta, tetapi kita letakkan kepercayaan kepada kewibawaan ilmu ulama'2 Islam yang muktabar.


Pusingan kedua forum diserahkan kepada saudara Faisal dan beliau banyak menyentuh isu ini dari kaca mata undang2 walaupun tidak secara keseluruhannya. Saudara Faisal menjelaskan bahawa salah satu cara gerakan Kristianisasi menyebarkan dakyah mereka ialah dengan memperibumikan Kristian dalam masyarakat setempat. Perkembangan Kristianisasi di Eropah membuktikan bagaimana fahaman Kristianisasi telah disalahertikan iaitu berasal daripada tamadun Yunani, Rom dan lain2. Begitu juga di Alam Melayu, mereka menggunakan kalimah "ALLAH" untuk menserasikan Kristianisasi dalam masyarakat kita. Tujuannya mudah iaitu untuk mengelirukan orang Melayu.

Tegas saudara Faisal lagi, ini bukan isu majalah semata2, tetapi isu sistem sosial yang akan berlaku dalam jangka panjang. Ramai orang2 muda tidak melihat implikasi besar isu ini dalam jangka panjang. Ramai yang memandang ringan kerana ia hanya satu kalimah. Beliau melontarkan persoalan:" MENGAPA KITA BERSYAHADAH 'TIADA TUHAN SELAIN ALLAH'? KENAPA TIDAK 'TIADA ALLAH SELAIN ALLAH'?". Ancaman yang bakal diterima juga dilontarkan oleh saudara Faisal. Beliau berkata, andai kalimah ini diizinkan untuk digunapakai oleh semua pihak sekarang, kita tidak akan mampu mempersoalkan penggunaannya dalam agama lain untuk masa akan datang.

"BAITULLAH" mungkin digunakan untuk gereja. Begitu juga dengan "RUMAH ALLAH". Bible pula mungkin mereka sebut "KITAB ALLAH". Inilah kesan jangka panjang yang lebih memudaratkan masyarakat Islam kita. Kita akan marah jika perkataan "ALLAH "itu diletakkan di bahagian pusat patung besar di Kuil Batu Caves itu. Namun ketika itu kita tidak akan mampu untuk berbuat apa2 kerana kita sudah benarkan pengunaab kalimah "ALLAH" ini untuk agama lain juga.Inilah sebabnya kenapa isu kalimah "ALLAH" ini bukan isu yang kecil, isu majalah semata2, TETAPI ADA AGENDA YANG CUKUP BESAR. Beliau menjelaskan lagi, pada tahun 1986, kabinet Malaysia telah memutuskan ada 4 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh agama lain iaitu ALLAH, SOLAT, KAABAH dan BAITULLAH.

Kesimpulan dari forum di atas, saya merasakan sedikit terisi dengan fakta2 dan penjelasan2 kedua-dua panel. Sesungguhnya kita harus memahami isu ini bukan setakat untuk jangka pendek, tetapi kesannya untuk jangka panjang kelak.

Catatan Jurnal: Siti Raufa Sufrina Bt. Abdul Raub

Pautan Berkaitan:

Blog Akhienaim:
1. Media Statement By Zainul Rijal Abu Bakar, President, Muslim Lawyers Association of Malaysia

2. Kemelut Pemikiran Agama

3. CHRISTIAN TRANSLATION OF THE TRIUNE GOD USING THE TERM ALLAH: A CASE OF WORD WRONGLY USED

4. Isu Nama Allah: Persoalan Aqidah Bukan Perebutan Nama

5. KRISTIAN BOLEH GUNA NAMA ALLAH?

Blog al-Fansuri:

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Forum Remaja Islami & Qiamullail Perdana



Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM) Sarawak telah menganjurkan Forum Remaja Islami & Qiamullail Perdana di Masjid Darul Ibadah di Kampung Semariang Lama, Kuching pada 1 Januari 2010 (Jumaat) yang lepas. Forum bertajuk "Hijrah Mencipta Generasi Pemangkin Ummah" dipengerusikan oleh En. Zamri Bali (Exco PERKEPIS) dan dibarisi oleh Ustaz Sarbini Dahlan (Pegawai Latihan HIKMAH), Ustaz Hasfa Bakhry Hassan (YDP ABIM Sarawak) dan Ustaz Zamri Mohamad (Pengarah YADIM Sarawak) sebagai panelis.

Terdahulu sebelum itu, En. Khairul Anwar Shazali (YDP PERKEPIS) telah diberikan ruang kesempatan untuk menyampaikan Kuliah Maghrib berhubung isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Muslim berikutan daripada keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.

Lebih kurang 100 orang hadir menyertai program tersebut dan rata-ratanya telah memberikan maklum balas positif daripada forum yang disampaikan. Tidak kurang juga yang melahirkan kerisauan terhadap perkembangan terbaru isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Muslim. Hadirin mengharapkana agar isu ini disebarkan kefahamannya di kalangan masyarakat khususnya bukan Muslim. Agar tidak berlaku kekeliruan dan mengelakkan daripada isu ini dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Seterusnya hadirin daripada kalangan belia Islam beriktikaf di masjid tersebut dan program diteruskan dengan Qiamullail pada pagi keesokan harinya. Program ditamatkan usai Solat Subuh berjemaah.

Tuesday, January 05, 2010

ALLAH: BUKAN BAHASA BIBLE


Isu berkenaan tuntutan pihak Kristian terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka masih lagi hangat diperkatakan. (Rujuk The Sun, Ruangan Herald The Catholic Weekly )

Pihak yang menuntut mendakwa bahawa kalimah Allah ialah terjemahan dari bahasa Inggeris yang mengunakan kalimah God di dalam bible Versi English mereka.

Sekiranya tuntutan ini dipenuhi kita akan melihat di dalam bible Kristian ayat-ayat berbunyi seperti berikut:-

“Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup “
( Matius 16 : 16 )

“..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.”
( Matius 27 : 43 )

“ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera dari Allah,
bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus )
Kristus. (Galatia 1 : 3 )

Serta banyak lagi ayat-ayat lain yang tidak perlu diperincikan di sini. Jelasnya, dalam menangani isu ini, kita perlu merujuk kembali kepada fakta sebenar. Iaitu, apakah bahasa asal penulisan kitab Taurat dan Holy Bible?

Berdasarkan fakta, bahasa asal kitab Taurat adalah bahasa Hebrew manakala bahasa yang digunakan bagi penulisan kitab Holy Bible ialah bahasa Greek.

Kalimah tuhan dalam bahasa Hebrew ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27 : 46 yang menyebut : Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: “Eli,Eli, lama sabakhtani?”Ertinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku ?”

Manakala di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud tuhan ialah Theos. Orang-orang Rom yang menyembah Tuhan yang disepakati oleh mereka sebagai Tuhan yang sebenar memanggil Tuhan ini sebagai Hotheos. Manakala sekiranya ada di kalangan mereka yang menyembah Tuhan palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tontheos.

Perhatikan! Bagi kedua-dua bahasa yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun yang menyebut kalimah Allah Sesetengah sarjana Kristian menyatakan bahawa alasan yang paling kukuh bagi mereka untuk dibenarkan penggunaan kalimah Allah ialah berdasarkan penggunan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Arabic.

Sememangnya diakui kalimah Allah digunapakai di dalam Bible berbahasa Arab. Bible versi bahasa Arab tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi Alkitab Al-Muqaddas. Begitu juga Bible berbahasa Melayu yang menggunakan nama yang sama? Di dalam terjemahan Bible bahasa Melayu mereka menamakannya sebagai Al-kitab berita baik.*

Perlu dinyatakan bahawa kalimah Allah wujud di dalam Bible bahasa Arab adalah kerana sesetengah Kristian Arab (seperti Syria, Mesir dan lain-lain) yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan Allah). Ia berbeza sama sekali dengan konsep Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini termasuk mereka yang terlibat dengan tuntutan isu kalimah Allah ini.

Maka hujah yang dijadikan sandaran sebagai alasan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak masuk akal kerana golongan Kristian Trinity sendiri mengkafirkan golongan Kristian Unity.

Terdapat juga sarjana mereka yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan sekali-kali timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada penterjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan adalah terjemahan dari kalimah Lord.

Pandangan mereka ini juga mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible mereka. Persoalannya, apakah perbezaan antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian?

Sekiranya mereka mendakwa bahawa Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam syurga maka mereka perlu mengetahui bahawa ayat yang akan dinyatakan di bawah ini membuktikan bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja! Perhatikan;

The GospelOf St. Mark 12:29 menyebut :
Jawab Jesus : “Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa”

Saya bertanya kepada orang-orang Kristian, siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah Nabi Isa? Tidak! Lafaz Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan oleh sarjana mereka bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Nabi Isa!

Sekiranya mereka berhujah dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan kalimah Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa, iaitu seperti dinyatakan di dalam The Gospel Of St.Matius 16:22 yang menyebut : Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya :“Tuhan, (Jesus) semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu”.
Maka mereka perlu menyelesaikan dahulu percanggahan di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu adalah Nabi Isa sahaja ataupun Tuhan juga adalah Allah! Di samping itu, kita juga tidak lupa untuk menyeru agar mereka memerhatikan kata-kata Jesus sendiri terhadap keesaan Allah. Perhatikan;

The Gospel Of St.John 20:17 yang menyebut :
Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu.”

Dalam The Gospel Of St. Matthew 22:37 :menyebut :
Jawab Jesus kepadanya: “ Kasihilah Tuhan Allahmu dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan segenap akal budimu.

Dalam erti kata lain Nabi Isa bukannya Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Nabi Isa sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah!

Kesimpulannya, larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diwartakan menerusi keputusan kabinet yang bersidang pada 16 Mei 1986 adalah amat wajar. Empat perkataan dikhususkan hanya buat umat Islam dan sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya oleh Non Muslim iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah. Sesetengah negeri pula contohnya selangor, telah menambah lagi beberapa perkataan yang dianggap mengelirukan sekiranya digunakan oleh Non Muslim.

Jelaslah di sini kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.


Sumber:
Cawangan Aqidah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

No comments:

Post a Comment