"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....




1 OKTOBER 2009 MASIHI....

MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

Madrasah Islamiah Bandar Kuching,
Tingkat 3, Lot 3 & 4,
Bangunan Baitulmal, Jalan Haji
Taha, 93400, Kuching,
Sarawak, Malaysia.


e - mail : islamiahmadrasah@yahoo.com

: madrasahislamiah@gmail.com

Tel: 082 - 250432

facebook: madrasahislamiah@gmail.com

twitter: www.twitter.com/mibk


Flixster: www.flixster.com/user/madrasahislamiah

Weblog Lama: www.madarasahislamiah.blogspot.com

www.bkpmik.blogspot.com

Weblog Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching:

www.badankebajikanpengawas.blogspot.com



Wednesday, January 20, 2010

Keselamatan aktiviti luar

RAMAI yang berkata, 'malang tidak berbau' apabila enam nyawa melayang dalam tragedi perahu naga karam dipukul ombak semasa pasukan dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMK) Chung Ling menjalani latihan mendayung di pantai Macallum, Pulau Pinang baru-baru ini.


Ada juga yang bersuara dengan menyatakan bahawa itu sudah ketentuan Tuhan yang mengatur ajal dan maut setiap manusia. Tetapi sedarkah kita bahawa setiap agama mengajar umat-Nya agar berusaha mengelak kemalangan dengan membuat persediaan yang sepatutnya.
Ini termasuklah memastikan guru pengiring atau instruktor bagi setiap aktiviti mahir 'mencium bau' kemalangan yang boleh mendatangkan mudarat kepada peserta. Ia penting kerana biasanya peserta yang terdiri daripada pelajar masih mentah dalam sukan atau aktiviti luar yang diceburi.
Justeru, mereka memerlukan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman dan mahir. Penulis yang merupakan seorang penggemar aktiviti luar yang aktif sejak tahun 1997 mendapati guru atau pegawai pengiring kurang menguasai aktiviti yang dijalankan. Ini menyebabkan mereka bergantung sepenuhnya kepada kemahiran yang dimiliki oleh instruktor yang dijemput menjayakan sesuatu aktiviti.
Namun, apa yang diperhatikan jumlah instruktor itu tidak seimbang dengan penyertaan pelajar yang kadangkala mencecah sehingga 60 orang dalam satu-satu program aktiviti luar.
Pengalaman penulis juga mendapati jumlah yang terlalu ramai itu menyukarkan instruktor untuk mengawal pelajar yang kadang kala terlalu teruja melakukan sesuatu aktiviti sehingga terlupa aspek keselamatan.
Tragedi perahu naga karam di pantai Macallum itu mungkin berpunca daripada keadaan ombak yang tiba-tiba bertukar menjadi 'agak ganas' sehingga memaksa pusingan U dibuat untuk membolehkan pelajar berpatah balik ke pantai.
Dalam hal itu, jika guru pengiring mahir 'membaca' keadaan ombak termasuk meneliti kelajuan angin pada hari tersebut, tentunya keputusan untuk berlatih mendayung ditangguhkan sehingga keadaan cuaca mengizinkan.
Mengulas tragedi tersebut, Presiden Kelab Kembara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Aminrool Hafiz Abdul Razak, 22, berkata, setiap aktiviti yang diadakan mestilah mengikut prosedur tertentu sebelum dan semasa aktiviti berlangsung.
Menurutnya, sebelum memulakan aktiviti, pihak penganjur wajib melaporkan kepada pihak polis mengenai aktiviti tersebut.


Katanya, laporan itu penting supaya pihak polis boleh lebih cepat bertindak jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini.
"Apa sahaja aktiviti luar sama ada di sungai, laut, hutan atau gunung memerlukan pihak penganjur melaporkannya ke balai polis yang paling hampir dengan tempat penganjuran aktiviti.


"Maklumkan kepada polis tentang aktiviti itu, misalnya dari pukul berapa ke pukul berapa aktiviti itu berlangsung atau tarikh aktiviti yang diadakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Selain itu, katanya, insurans berkelompok juga perlu disediakan untuk setiap peserta, selain memastikan pegawai pengiring mahir tentang selok belok aktiviti yang diadakan.
'Bukan sahaja pengawai pengiring yang perlu tahu, tetapi peserta berpengalaman juga perlu ada dalam setiap kumpulan ekspedisi.
"Misalnya dalam aktiviti mendaki gunung, individu yang dipanggil runner akan diletakkan di bahagian paling hadapan, middle men di tengah dan sweeper di bahagian paling akhir dalam satu kumpulan mendaki.


"Kesemua mereka tahu apa yang akan dilakukan jika ada peserta menghadapi masalah. Runner, middle men dan sweeper akan membantu peserta bermasalah mengikut prosedur tertentu dan jika keadaan kritikal, mereka akan berlari sepantas yang boleh untuk mendapatkan bantuan daripada pihak luar dari kedudukan masing-masing," katanya yang memberitahu kelab kembara tersebut telah menganjurkan hampir 20 aktiviti luar pada tahun lalu.
Aminrool yang juga pelajar tahun tiga program kejuruteraan mekanikal di universiti itu berkata, kesemua individu yang memegang tanggungjawab tersebut pernah mengikuti kursus asas keselamatan.
"Tahun lalu, pihak kami mengadakan latihan kemahiran menyelamat di tempat tinggi dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia," ujarnya.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan mencadangkan supaya setiap guru dan pelajar yang mahu menyertai aktiviti di dalam air sama ada sungai, tasik atau laut wajib lulus latihan renang yang dikendalikan oleh instruktor bertauliah.
Beliau yang berpengalaman selama 23 tahun dalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), berkata, syarat setiap anggota pasukan TLDM mesti tahu berenang sebelum dibenarkan menaiki kapal tentera untuk belayar ke destinasi tertentu boleh dipraktikkan di sekolah dan universiti.
"Memandangkan sekolah dan universiti sekarang banyak mengadakan aktiviti luar melibatkan sungai, tasik atau laut, maka saya sarankan agar setiap pelajar yang menyertai aktiviti tersebut diwajibkan tahu berenang,'' ujarnya.
Menurutnya, sekurang-kurangnya apabila berlaku kejadian malang, pelajar terbabit mampu menyelamatkan diri sendiri.
"Kalau kapal karam, memang tak boleh nak buat apa-apa lagi. Tetapi jika pelajar itu tahu berenang, dia boleh mengapungkan diri sementara menunggu bantuan tiba atau berenang ke pantai," katanya.
Selain itu, katanya, penggunaan jaket keselamatan yang betul juga wajar diberi perhatian kerana jika ia tidak dikancing dengan betul, maka jaket itu tidak dapat mengapungkan diri pemakainya.
"Kalau ikat tak betul... memang tak guna juga kerana mayat pertama pelajar yang ditemui masih memakai jaket keselamatan," katanya.

No comments:

Post a Comment