"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....




1 OKTOBER 2009 MASIHI....

MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

Madrasah Islamiah Bandar Kuching,
Tingkat 3, Lot 3 & 4,
Bangunan Baitulmal, Jalan Haji
Taha, 93400, Kuching,
Sarawak, Malaysia.


e - mail : islamiahmadrasah@yahoo.com

: madrasahislamiah@gmail.com

Tel: 082 - 250432

facebook: madrasahislamiah@gmail.com

twitter: www.twitter.com/mibk


Flixster: www.flixster.com/user/madrasahislamiah

Weblog Lama: www.madarasahislamiah.blogspot.com

www.bkpmik.blogspot.com

Weblog Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching:

www.badankebajikanpengawas.blogspot.com



Wednesday, February 17, 2010

Gotong - royong yang mengeratkan Silaturrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia tak kira di mana anda berada.

Pada Jumaat yang lepas(iaitu pada 12 Febuari 2010 yang lalu), ramai juga pelajar yang hadir pada hari tersebut, menandakan tereratlah silaturrahim diantara guru - guru dan pelajar - pelajar di Madrasah Al - Islamiah ini.


Madrasah kami telahpun berbincang mengenai perkara ini sejak sekian lama, iaitu pada awal tahun yang lalu...


Namun akhirnya, gotong - royong pada pagi tadi berjalan dengan lancarnya.


Tidak ada satu halangan pun untuk kami tidak bergotong - royong.

Dalam Islam sendiri menggalakkan ummatnya agar terus bergotong - royong demi kebersihan umum di sesuatu tempat.


Misalnya di masjid - masjid dan surau - surau, kebanyakan mereka yang datang itu ialah 'kaki - kaki masjid' sahaja.


Tak nampak pun orang lain?


Memang tak nampak pun....


Jadi, kita haruslah berani mempupuk semangat ingin bergotong - royong ini, kerana Islam.







Ramai juga yang mahu bergotong - royong pada pagi tadi....










LAPORAN KHAS
Dari.....

Hj Haziq Ahmad Zaki Al-Wasli
(Timbalan Ketua Pelajar merangkap Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah Bandar Kuching).



















Bengkel Pesona Humairah


Peserta pada bengkel korporat Muslimah, 'Pesona Humaira' di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


MENJAGA imej atau penampilan diri bukan soal kecil yang boleh dipandang remeh. Ia sangat perlu dan penting dalam menjalani urusan kehidupan, apatah lagi bagi wanita Muslim dewasa ini yang turut terdedah dengan globalisasi.

Malah tidak dinafikan, wanita Muslim sekarang ini sudah ada yang berjawatan hebat di organisasi bertaraf antarabangsa, sumbangan dan suara mereka sudah semakin diiktiraf dan didengari, keberanian dan kejayaan mereka dalam lapangan perniagaan serta banyak lagi keterampilan lain.

Justeru tidak hairanlah dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengatakan terdapat peningkatan pembayar zakat wanita antara tahun 2008 dan 2009.

Bagi kutipan tahun 2009, pembayaran zakat oleh pembayar wanita adalah sebanyak RM71 juta berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak RM57 juta, meningkat sebanyak 25 peratus. Manakala bagi bilangan pembayar pula, meningkat sebanyak 16 peratus iaitu 35,646 orang bagi tahun 2009 berbanding tahun 2008 sebanyak 30,769 orang.

Lantas sebagai satu simbol penghargaan pihak PPZ kepada semua wanita yang membayar zakat di institusi zakat tersebut, satu bengkel korporat Muslimah dengan menggunakan tema, 'Pesona Humaira' telah diadakan.

Bengkel yang berlangsung di Impiana KLCC Hotel & Spa, Jalan Pinang, Kuala Lumpur pada 11 Februari lalu telah menerima sambutan hangat di mana seramai 130 orang wanita daripada pelbagai lapangan kerjaya menyertai bengkel separuh hari itu.

"Kebiasaannya, pihak PPZ menganjurkan kaedah berupa seminar zakat dengan kerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta tetapi buat julung kalinya bagi menghargai pembayar zakat wanita, pendekatan lain sedikit telah digerakkan.

"Alhamdulillah, sambutannya begitu memberangsangkan. Ini berkemungkinan kerana dua orang panel yang telah diundang iaitu Eksekutif Unit Dakwah di PPZ yang juga penceramah bebas yang tidak asing lagi iaitu Ahmad Husni Abdul Rahman serta Yasmin Siddik, Pengasas Butik Women 2 Women yang juga merupakan seorang perunding imej yang juga tidak kurang hebatnya.

"Harapan PPZ agar hubungan baik yang terbina ini tidak putus setakat berlangsungnya seminar ini. Malah kita juga berharap agar ada di antara peserta ini akan dapat menguar-uarkan kepada teman-teman wanita mereka yang lain atau ditekankan kepada para pekerja mereka soal tanggungjawab dan kewajipan berzakat," terang Ketua Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP, Nor Mukshar Harun yang mengakui bahawa potensi wanita yang membayar zakat dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Bengkel tersebut dirasmikan Pengurus Besar PPZ, Rais Alias.














Kembara ilmu, dakwah di Durham


Penulis (kanan) berbincang mengenai projek belia di North Benwell di Newcastle, England.


NAMA Durham memang jarang kita dengar. Bila saya memberitahu orang bahawa saya akan sambung belajar di Durham, secara spontan mereka kata "Di mana tu?" Mungkin kerana Durham tidak ada dalam senarai Liga Perdana Inggeris (EPL) sebab itu mereka tidak mengenali Durham.

Kalau saya kata sambung belajar di Manchester, London, Newcastle atau Sunderland pasti ramai yang tahu. Durham hanya terkenal dengan permainan kriket sahaja. Hendak menyebut Durham pun susah. Ia harus dilafazkan sebagai 'Darem' bukan secara baku Durham!

Durham terletak di timur laut England berjiran dengan Newcastle, Sunderland dan Middlesborough. Jika naik keretapi laju dari London, ia akan mengambil masa tiga setengah jam. Durham merupakan kawasan pekan dan perkampungan orang putih yang tidak dihuni oleh imigran dari negara lain atau disebut Black and Minority Ethnic (BME). Tidak seperti Bradford yang dipenuhi oleh orang Pakistan sehingga digelar 'Bradfodstan'.

Durham merupakan bandar universiti yang tidak terlalu besar seperti bandar London, Sheffield, Leeds atau Newcastle. Durham merupakan bandar lama yang amat terkenal dengan Norman Cathedral dan istana kota abad ke-11.

Ia dilatari dengan sebatang sungai besar yang merentangi bandarnya. Pemandangannya amat cantik terutamanya di musim luruh kerana dedaun yang kekuningan menambahkan lagi kecantikan landskapnya. Bahasa Inggeris yang digunakan di sini amat sukar difahami kerana mereka menggunakan slanga 'Jodi' iaitu bahasa orang Newcastle di bahagian utara England. Saya menghadapi kesukaran apabila dalam kelas untuk memahami bahasa Jodi ini. Berbanding jika saya ke London (selatan England) bahasa Inggeris yang digunakan standard dan amat mudah difahami. Cuaca di Durham sentiasa sejuk walaupun musim panas. Cuaca sekarang iaitu dalam musim luruh antara 10-15 darjah celsius. Sejuk, kadang-kadang saya perlu memakai baju tebal berlapis ditambah dengan sarung tangan.

Durham berasal daripada perkataan lama Inggeris iaitu 'Dun' bermakna bukit dan 'Holme' diterjemahkan sebagai pulau. Bishop Durham mengambil variasi kalimah Latin sehingga dinamakan 'N.Dunelm'. Ada setengah riwayat menyatakan, Durham diambil namanya daripada lagenda 'Dun Cow' dan penggembala lembu yang mana mereka dalam hikayat legenda memandu pendeta Lidisfarne membawa tubuh St. Cuthbert ke tapak pengkebumian yang dikenali sekarang sebagai Durham. Hari ini Dun Cow dikatakan merupakan jalan pertama diasaskan di Durham, dan di situ sekarang terletaknya Masjid Durham yang serba sederhana. Itulah satu-satunya masjid di Durham.

Di Durham lahirnya tokoh seperti Tony Blair, bekas Perdana Menteri Britain yang digantikan oleh Gordon Brown. Di Durham juga lahir seorang tokoh komedi terkenal bernama Rowan Atkinson atau Mr. Bean.

Saya mengambil keputusan menyambung pelajaran dalam Community and Youth Work di sini bagi meneruskan kajian saya dalam bidang belia dan sukarelawan ini. Kursus yang saya ambil amat menarik bagi saya kerana saya belajar tentang hal ehwal orang muda dan bagaimana hendak mendekati orang muda secara profesional dan beretika. Ilmu dan kemahiran ini adalah amat penting bagi saya sebagai seorang yang terlibat dalam kerja-kerja belia dan dakwah secara sepenuh masa dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD).

Di samping itu, saya cuba mempelajari budaya kesukarelaan dan kerja belia di UK agar dapat diserap dalam sistem dan budaya kerja pertubuhan belia Islam apabila pulang. Selain itu, saya membina jaringan dengan agensi, persatuan, individu dan ahli akademik yang ada kaitan dengan belia dan aktiviti kesukarelaan agar jaringan yang sedia berkembang besar dan ia amat berguna di masa hadapan.

Walaupun sibuk dengan pelajaran dan tugasan harian, saya tidak pernah lupa mengingatkan diri agar sentiasa berdakwah kepada masyarakat bukan Islam di United Kingdom (UK) mahupun masyarakat Islam UK serta tidak ketinggalan berdakwah kepada komuniti pelajar Malaysia di sana.

Dalam kursus ijazah sarjana saya mensyaratkan untuk melakukan kerja lapangan bersama projek belia di UK. Saya ditakdirkan ditempatkan di North Benwell Youth Project di Newcastle. Saya berpeluang berinterakasi dengan generasi muda Newcastle di North Benwell ini secara langsung.

Nilai agama

Saya dapat menyelami bagaimana kehidupan anak muda di situ yang amat jauh daripada nilai agama dan adab sopan serta hidup di kawasan yang mempunyai rekod jenayah yang tinggi. North Benwell terkenal dengan pelbagai masalah jenayah dan moral di kalangan belia. Adakalanya saya mengambil masa ketika berbual dengan mereka bercerita tentang Islam dan kehidupan sebagai seorang Muslim secara santai. Banyak salah faham yang telah berjaya saya rungkaikan berkenaan Islam kepada mereka, seperti isu keganasan dan kedudukan wanita dalam Islam.

Durham merupakan bumi subur untuk perkembangan Islam. Dengan adanya Masjid Durham yang disediakan atas budi bicara pihak pentadbiran Universiti Durham serta peranan yang dimainkan oleh DUIS atau Durham University Islamic Society menyemarakkan lagi usaha penerangan Islam kepada masyarakat tempatan dan pelajar di Durham. DUIS di bawah kepimpinan pelajar sarjana kedoktoran (PhD) Malaysia, Maszlee Malek banyak membawa dimensi perubahan dan dinamika baru dakwah di Durham.

Terbaru, DUIS merancang mengadakan Discover Islamic Week 2010 pada awal Mac bagi memperkenalkan Islam secara besar-besaran kepada warga Durham serta membetulkan salah faham terhadap agama Allah ini.

Antara program yang dirancang adalah pameran, pengedaran risalah, wacana ilmiah membarisi tokoh-tokoh Islam seperti Hamzah Tzortzis, Adam Deen dan Ryan. Selain itu DUIS juga merancang untuk membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk menyaksikan sendiri solat Jumaat didirikan secara langsung sambil mendengar khutbah dari khatib jemputan yang berwibawa untuk menerangkan Islam. DUIS boleh dilayari di http://www.duisoc.com/




sila layari : www.utusan.com.my



No comments:

Post a Comment