"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....




1 OKTOBER 2009 MASIHI....

MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

Madrasah Islamiah Bandar Kuching,
Tingkat 3, Lot 3 & 4,
Bangunan Baitulmal, Jalan Haji
Taha, 93400, Kuching,
Sarawak, Malaysia.


e - mail : islamiahmadrasah@yahoo.com

: madrasahislamiah@gmail.com

Tel: 082 - 250432

facebook: madrasahislamiah@gmail.com

twitter: www.twitter.com/mibk


Flixster: www.flixster.com/user/madrasahislamiah

Weblog Lama: www.madarasahislamiah.blogspot.com

www.bkpmik.blogspot.com

Weblog Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching:

www.badankebajikanpengawas.blogspot.com



Monday, April 5, 2010

EGM tentang Sambutan Maulidul Rasul peringkat MIBK

EGM(iaitu Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Extra - Ordinary General Meeting) telah dilaksanakan secara mengejut dan pantas di Madrasah Islamiah pada pagi tadi.

EGM tersebut telah menggulungkan perbahasan mengenai Sambutan Maulidul Rasul, peringkat Madrasah Islamiah Bandar Kuching(MIBK).


Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Mudirah, iaitu Datin Ustzh Hjh Rohani Bte Hj Awi.


EGM tersebut juga adalah merupakan kali yang kedua setelah pada kali pertamanya diadakan adalah kerana bersempena dengan cuti sekolah pada beberapa minggu yang lalu.


EGM kali ini juga telah mengupas tentang berbagai - bagai cadangan untuk memeriahkan lagi sambutan Maulid Nabi peringkat MIBK pada tahun ini.


Pihak MIBK memang nak menyambut bahkan lebih awal daripada itu, tetapi kesuntukan masa guru - guru dan seluruh warga MIBK menyebabkan majlis ini terpaksa diakhirkan.


Diantara yang hadir pada EGM tersebut ialah:


1. YBhg. Datin Hjh Rohani Bte Hj Awi - Mudirah MIBK(selaku Pengerusi Mesyuarat)
2. Al - Fadhil Ust. Mustofa B. Ali Al - Haddad(Guru Penasihat Biro Dakwah)
3. Ustzh Marina Bte Yahya(Guru Penasihat Biro Penerangan)
4. Ustzh Fauziah Bte Bujang Kipli(Guru Penasihat Biro Khutub Khanah)
5. Ustzh Noormala Bte Ahmad Hatta(Penasihat pelajar - pelajar Kelas Khas)

DIKALANGAN JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.



1. Mohd. Subri B. Hj Rafai'e - Ketua Pelajar MIBK//Ketua Kelab Bahasa Arab MIBK.
2. Hj Haziq Ahmad Zaki B. Mohamad Zulkipli - Timbalan Ketua Pelajar//Ketua Biro Dakwah MIBK.

3. Siti Farah Bte Mohd. Nor - Setiausaha Pelajar MIBK//Penolong Ketua Kelab Bahasa Arab MIBK.

4. Hamidah Bte Kassim - Timbalan Setiausaha Pelajar//Penolong Ketua Biro Penerangan MIBK.



DIKALANGAN AHLI - AHLI BADAN KEBAJIKAN PELAJAR YANG HADIR.


1. Haffinie B. Leni - Ahli//Ketua Biro Khutub Khanah
2. Adie Fuad B. Shafie@Sapiee - Ahli//Ketua Biro Penerangan
3. Rabiatul Adawiyyah Bte Mohamad Azman - Ahli//Penolong Ketua Biro Khutub Khanah.





ISI - ISI MESYUARAT




- Majlis Sambutan Maulidul Rasul akan diadakan pada 15 April ini, bertempat di Dewan Tsanawi 1, Madrasah Islamiah, Kuching.

- Majlis akan diadakan bermula pada pukul 8.30 pagi, Hari Khamis.

- Majlis ini diadakan secara sederhana sahaja.

- Haffinie Leni, Ketua Biro Khutub Khanah akan mempengerusikan majlis tersebut.

- Mohd. Subri Hj. Rafa'ie, Ketua Pelajar pula akan membaca Al - Quran.

- Majlis juga akan diserikan dengan ucapan daripada YBhg. Mudirah, Datin Hjh Rohani Hj Awi.

- Majlis juga akan diserikan lagi dengan ceramah khas yang akan disampaikan oleh Al - Fadhil Ust. Habbib Mustofa B. Ali Al - Haddad.

- Majlis juga akan diserikan lagi dengan barmacam - macam ragam dan persembahan daripada kelas masing - masing.


1. Kelas Tsanawi III - Bacaan Sajak.
2. Kelas Tsanawi II - Bercerita tentang kisah Rasullullah S.A.W.
3. Kelas Tsanawi I - Persembahan Nasyid.
4. Kelas Khas - 'Sketsa' lakonan.


Jamuan:


Kebiasaannya pihak MIBK akan memesan makanan daripada Restoran Tok Janggut Cafe, dan kali ini juga, pihak MIBK turut memilih 'selera' yang sama.


Namun kebiasaannya, majlis ini juga diseriakan dengan berbagai - bagai jenis juadah dan makanan dari pelbagai sudut.


Justeru itu, semua warga MADRASAH ISLAMIAH wajib hadir pada majlis tersebut.


No comments:

Post a Comment