SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI SEMUA
Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim,
Alhamdulillahirobbil a’lamin, Wassola tu Wassala mu a’la ashrafil anbiya iwal mursalin, Sayyidina Wa Maulana Muhammad, Wa a’la alihi, Wasohbihi, Wattabiin, Wattabik – tabiinalahul Ihsani Ila Yaumid diin.
Alhamdulillah, segala puji – pujian hanya bagi Allah Subhanahu Wa Taala, tidak lupa juga selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam serta keluarga, Para Sahabat, Tabiin, Tabik – Tabiin serta orang – orang yang mengikuti jejak langkah mereka semua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam sejahtera dan salam bahagia saya ucapkan kepada anda semua, bahawa saya, Hj. Haziq Ahmad Zaki bin Mohammad Zulkipli, akan mewakili Ketua Pelajar Madrasah Islamiah, Mohd. Subri b. Hj. Rafai’e dan pelajar – pelajar semua untuk menyampaikan amanat akhir tahun ini.
Saya bukannya nak bermain – main ataupun ingin bergurau senda dengan anda di hadapan semua, tetapi saya ingin memberi mesej yang anda jarang – jarang sekali dengar.
Saya akan mulakan ceramah saya di hadapan anda semua tentang prestasi pelajar – pelajar dan pengawas – pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching(MIBK).
Saya, selaku Ketua Biro Dakwah sesi 2009 hingga 2010, telah melihat bahwa semakin hari semakin ramai pelajar – pelajar Madrasah Islamiah yang kurang ambil perhatian tentang biro – biro yang telah diselaraskan untuk memajukan Madrasah Islamiah, terutama sekali Biro Dakwah.
Semasa saya berada di sini sejak tahun 2002 lagi, saya melihat Biro Dakwah amat diambil perhatian, ini kerana kerjasama, kekentalan serta ketabahan mereka di dalam aspek untuk menghidupkan Biro Dakwah.
Biro Dakwah dinaik taraf sebagai Biro paling terbaik diantara biro – biro yang lainnya pada tahu 2003, ini kerana dengan adanya majlis – majlis yang ada kaitannya dengan biro tersebut, berjalan dengan lancar.
Saya menjadi semakin suka dan minat pada Biro Dakwah, dan pada tahun 2004, saya dilantik oleh Ketua Biro Dakwah pada masa itu, Mohd. Redzuan Abdullah sebagai ahli biro tersebut.
Saya juga melihat sendiri, bahwa Biro Dakwah mempunyai perkembangan yang tinggi berbanding biro – biro yang lain pada zaman itu, sehinggalah pada tahun 2007, Ketua Biro Dakwah pada masa itu, Mohd. Nurul Haq bin Abdul Rahim terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Biro yang sementara sahaja, berikutan dengan adanya krisis dalaman yang dihadapi oleh biro mereka pada masa itu.
Saya akui kewujudan krisis tersebut,sehinggakan krisis kepimpinan berlaku pada tahun itu juga.
Namun, dengan kebijaksanaan Mudirah Madrasah Islamiah, Datin Hjh. Rohani Hj. Awi, telah merombak semula jawatankuasa pengawas tersebut dan turut sama menyelesaikan krisis kepimpinan itu.
Dan pada masa itulah, saya dilantik sebagai Ketua Biro Dakwah bagi sesi 2007 hingga 2008, namun sebelum saya memegang jawatan Ketua Biro Dakwah pada masa itu, saya memegang jawatan sebagai Ketua Kelab Bahasa Arab.
Dalam pada masa yang sama, saya dan rakan – rakan pengawas dan biro – biro yang lain turut membantu dalam menyelesaikan krisis kepimpinan tersebut.
Ketua Pelajar pada masa itu, Mohd. Fikri bin Sazali turut membantu saya dalam menyelesaikan krisis di dalam Biro Dakwah pula.
Alhamdulillah, krisis kepimpinan telahpun berakhir pada Bulan Ogos 2008, yang pada masa itu juga bermulalah tugas saya sebagai Ketua Biro Dakwah penuh.
Pada tahun 2008, setelah Ketua Pelajar baru dilantik iaitu Musa Hasli, menggantikan Mohd. Fikri Sazali pada masa itu, saya diturunkan pangkat sebagai Naib Ketua Biro Dakwah sebagai pengajaran pada masa itu dan pada masa itu juga, sahabat karib saya Mohd. Harith Danial bin Sapawi dilantik sebagai ketua saya pada masa itu.
Namun, saya tetap teruskan tugas saya sebagai Naib Ketua Biro Dakwah sesi 2008 – 2009.
Saya tabah menghadapi dugaan, dan pada masa itulah, Biro Dakwah tidak lagi dipedulikan dan menjadi sebuah biro yang paling merudum.
Saya amat kesal dengan prestasi Biro Dakwah pada masa itu, dan saya juga meminta agar rakan karib saya bersama – sama
menyelesaikan krisis pada masa itu.
Namun, krisis tetap belum berakhir, tetapi krisis itu tidak seteruk tahu 2007.
Krisis dalaman Brio Dakwah pada tahun 2008 juga tidak melibatkan jawatankuasa pengawas pada masa itu.
Ini kerana pada masa itu, Biro Dakwah kurang diambil perhatian oleh pelajar – pelajar.
Biro Dakwah terus – menerus meneruskan Majlis Khitobah serta Majlis Fardhu Ain setiap kali pada hari Jumaat selang – seli dua minggu.
Namun, amat sedikit sekali pelajar ke hadapan, bahkan ada yang tidak mahu dan ada juga yang enggan ke hadapan.
Mereka enggan ke hadapan atas alasan tidak ingin untuk menyampaikan khitobah, mengaji, membaca doa penutup mahupun menjadi pengerusi majlis.
Tekanan semakin kuat pada Biro Dakwah pada masa itu hinggakan kami terpaksa menundakan beberapa – beberapa majlis yang disebutkan tadi, sehinggakan ada satu hari bahawa, sebuah perhimpunan itu tidak ada seorang pun yang membaca khitobah, mengaji Al – Quran, membaca doa mahupun, menjadi pengerusi majlis.
Saya sendiri berasa hairan, kenapa ada segelintir pelajar – pelajar enggan ke hadapan, hanya kerana MALU!
Bahkan ada juga mereka tidak mahu hadir ke sekolah, bahkan ada juga yang sanggup balik awal dan ponteng sekolah demi tidak mahu menghadirkan diri di dalam majlis – majlis yang disebutkan tadi.
Apalah salahnya kita sekali – sekala untuk ke hadapan, bercakap, mengaji Al – Quran, menjadi pengerusi majlis, mahupun membaca doa.
Dan pada tahun 2008 itu jugalah, saya meminta kepada Guru Penasihat Biro Dakwah, Al – Fadhil Ustaz Habbib Mustafa bin Ali Al – Haddad agar mengadakan satu mesyuarat luar biasa untuk Biro Dakwah pada msa itu.
“Tidak ada pilihan lain, kecuali dengan mengadakan mesyuarat tersebut”, kata saya kepada Ketua Biro Dakwah, iaitu Harith.
Harith tidak terlalu berfikir panjang pada masa itu, tetapi dia enggan mengadakan mesyuarat pada hari itu.
Saya sendiri terpaksa mendesak bahawa agar mesyuarat tersebut mesti diadakan walaupun agak lewat dan agak sekejap masanya.
Saya laporkan perbuatan Harith ini kepada Ustazah Rohani, kerana dia enggan mengadakan mesyuarat.
Dengan bantuan Ustazah Rohani dan Ust Habbib Mustafa, akhirnya Harith setuju untuk mengadakan mesyuarat dan ianya disahkan oleh oleh Ustazah Rohani bahawa, pihak Biro Dakwah telah mengadakan satu mesyuarat luar biasa.
Kelulusan daripada Ustazah Rohani itu diletakkan di dalam fail Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching(BKPMIBK), sebagai menandakan bahawa Biro Dakwah telah mengadakan satu mesyuarat yang tidak dijangka – jangkakan pada tahu 2008 yang lalu.
Dengan adanya mesyuarat tersebut, Biro Dakwah akhirnya berjaya menyelesaikan krisis dalaman yang ada pada mereka apabila perhatian pada biro tersebut diambil semula.
Akhirnya, semakin hari semakin ramai orang meminati Biro Dakwah yang dahulunya pernah diboikot oleh pelajar – pelajar Madrasah Islamiah itu sendiri.
Buktinya adalah semakin ramai pelajar – pelajar Madrasah Islamiah yang berani ke hadapan untuk berceramah dan menyampaikan khitobah, membaca Al – Quran serta membaca doa di khalayak ramai.
Mereka semakin berani untuk ke hadapan untuk berucap, Alhamdulillah.
Dan pada tahun ini, iaitu 2009, saya telah dilantik semula menjadi Ketua Biro Dakwah oleh Majlis Syura BKPMIBK buat penggal ke – 2, saya sekali lagi untuk mencuba nasib di dalam menyelesaikan masalah pelajar yang tidak suka berani untuk berucap di hadapan semua pelajar.
Inilah misi utama saya pada masa itu, dan pada masa itu juga, saya berazam untuk meletakkan Biro Dakwah sebagai biro terbaik pada tahu 2009.
Impian saya tercapai apabila Ustazah Rohani mengisytiharkan Biro Dakwah sebagai biro yang terbaik sekali pada tahun 2009.
Buktinya adalah semakin ramai pelajar – pelajar Madrasah Islamiah yang ingin ke hadapan.
Namun begitu, masih ada juga pelajar – pelajar Madrasah Islamiah yang mengetepikan diri mereka untuk ke hadapan.
Saya pernah menyampaikan ceramah saya pada bulan Febuari yang lalu, bahawa sedarlah anda semua, betapa pentingnya dakwah di dalam Islam ini, buktinya ada, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam berdakwah dan terus berdakwah tanpa mempedulikan dirinya dibaling batu walaupun seketu batu sekalipun.
Betapa besar jasa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wassalam, sehingga kita sendiri, tidak dapat membalas jasa Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam.
Sedarlah, dengan adanya Biro Dakwah ini, kita mampu hidupkan semangat dakwah di dalam hidup kita ini.
Sedarlah, hidup di dunia ini amatlah sekejap dan sementara sahaja, tidak ada yang kekal abadi, melainkan Zat Allah Subhanahu Wa Taala yang Maha Agung, Maha Mulia lagi Maha Kaya.
Buktinya ada di dalam Surah Ar – Rahmaan, yang berbunyi:
“Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa, Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan”.
Surah Ar – Rahmaan, ayat ke 26 – 27(surah ke – 55 di dalam Al – Quran).
Maka hendaklah kita senantiasa bersedia, apa yang akan berlaku pada keesokan harinya, lusa, dan pada masa akan datang.
Contohnya, dengan adanya propaganda yang menyatakan bahawa Planet Bumi ini akan “berakhir hayatnya” pada 2012 akan datang.
Namun, Allah telah berfirman di dalam Al – Quran, bahawa Kiamat itu akan berlaku bila – bila masa sahaja, tak seorang pun yang akan mengetahui bila hari kiamat itu akan tiba.
Sesungguhnya, HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENENTUKAN, bila hari kiamat itu akan tiba.
Berbalik kepada cerita Biro Dakwah tadi, pada tahun 2009 ini, saya telahpun menjawat jawatan iaitu sebagai Ketua Biro Dakwah sesi 2009 – 2010, tetapi masih ada juga pelajar – pelajar Madrasah Islamiah yang malu – malu untuk ke hadapan menyampaikan khitobah mereka.
Namun, setelah berbincang dengan Guru Penasihat Biro Dakwah, Al – Fadhil Ust Habbib Mustafa, dengan Naib Ketua Biro Dakwah, Siti Farah bte. Mohd. Nor, dan satu – satunya ahli di dalam Biro Dakwah, iaitu Mohd. Taufiq b. Zulkifli, krisis tersebut akhirnya berjaya diselesaikan.
Berbanding dengan biro – biro yang lain pula, biro yang bertanggungjawab mengenai kebersihan, iaitu Biro Penerangan pula mempunyai purata peratus yang amat sederhana berbanding dengan biro – biro yang lain yang tegas dan tulus ikhlas menjalankan tanggungjawab mereka.
Biro Khutub Khanah pula, iaitu biro yang bertanggung jawab tentang perpustakaan mempunyai ‘peminat’ yang amat sedikit, berbanding biro – biro yang lain.
Ini sesetengah kerana peminjam – peminjam buku gagal untuk menghantar balik buku – buku yang mereka pinjamkan dahulu.
Dan kemudiannya, mereka ini pula gagal menjelaskan hutang – hutang mereka terdahulu kepada Biro Khutub Khanah.
Inilah masalah Biro Khutub Khanah, tetapi mereka amat cekap menyelesaikan krisis yang ada pada biro mereka.
Saya ucapkan tahniah kepada Mohd. Syahrul b. Hamdan, iaitu Ketua Biro Khutub Khanah, kerana berjaya menyelesaikan krisis yang tersebut itu tadi.
Dan satu – satunya kelab, iaitu Kelab Bahasa Arab merupakan diantara kelab yang paling laris dan terbaik bagi tahun – tahun yang terdahulu.
Tetapi sayangnya, kelab ini mengalami kejatuhan pada tahun ini, disebabkan oleh jawatankuasa kelabnya sendiri yang tidak ada membuat satu pun program untuk kelab tersebut, khususnya yang berkaitan dengan bahasa arab.
Sepatutnya Kelab Bahasa Arablah yang menjadi peranan dan tonggak utama berbanding biro – biro lain di Madrasah islamiah.
Ini kerana bahasa arab adalah bahasa yang utama sekali di dalam Madrasah Islamiah, dan Kelab Bahasa Arab memainkan peranan yang amat penting dalam melariskan lagi bahasa arab sebagai bahasa utama Madrasah Islamiah.
Selain daripada perkembangan – perkembangan yang ada pada biro – biro yang ada di Madrasah Islamiah kini, kita sering melihat disiplin pelajar yang semakin hari semakin kurang diperhatikan.
Ini kerana dengan adanya sebahagian pengawas – pengawas itu sendiri yang selalu datang lewat ke sekolah.
Sepatutnya, pengawas – pengawas di Madrasah Islamiah ini menunjukkan contoh dan disiplin yang tinggi kepada pelajar – pelajar Madrasah Islamiah untuk diikuti, bukannya tunjuk ‘hebat’ diantara satu dengan yang lain.
Saya sendiri sebenarnya kesal dengan pelajar – pelajar yang dahulu – dahulu, sebelum tahun 2009 ini, kerana membuat perangai yang tidak senonoh, apatah lagi perangai yang tidak senonoh itu menjadi ikut – ikutan untuk semua pelajar.
Yang amat memalukan lagi, pengawas – pengawas yang sepatutnya menjaga disiplin pelajar – pelajar Madrasah Islamiah, menjadi ‘tonggk utama’ kepada perbuata- - perbuatan pelajar yang tidak senonoh itu.
Tetapi, Alhamdulillah, pelajar – pelajar Madrasah Islamiah pada tahun ini menunjukkan disiplin yang tinggi dan terbaik, dan prestasi ujian dan peperiksaan, sama ada peperiksaan akhir tahun mahupun peperiksaan pertengahan tahun semakin hari semakin meningkat.
Apa yang penting sekali, kita haruslah tabah dan sabar dalam menghadapi semua ujian – ujian Allah yang ada di dunia ini.
Sekian, itu sahaja ucapan saya pada hari ini.
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
HJ. HAZIQ AHMAD ZAKI B. MOHAMMAD ZULKIPLI
(Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah sesi 2009 – 2010).
Ucapan ini dibaca pada 19 November 2009,
Hari Khamis,
Jam 10.15 Pagi,
Di Dewan Kelas Tsanawi I,
Madrasah Islamiah,
Kuching.
No comments:
Post a Comment